~ ini entry terperap sebenarnya, saya tdk ada kekuaran untuk mencoret isu "gangguan fikiran" ini krn malas mau melayan rasa yang sebu ini.....(Doc advice, jgn bebankan fikiran...it's not good for ur pregnancy related..)
Awal 2011, dgn semangat yang baru...ingin menggunakan apa shj kesempatan dan peluang yang ada dgn sebaiknya..tak kiralah dr sudut perspektif apa2 pun.
Tapi seawal Jan 2011 ni, hati saya sudah sikit tersentap.....terganggu juga fikiran. Wajarkan terganggu....saya ketahuan bahwa INTAZ tlh menghadkan penjagaan terhadap anak2 istimewa sehingga ke umur 7 hn shj. Bermkana, Inas hanya ada peluang setahun shj lagi untuk 'dijaga' di INTAZ....Ohhh!...kat mana ibu dan ayah nak harapkan penjagaan slps umurnya 8 thn keatas nanti?......Aduhh!...tersentap jiwa raga ibu dan ayah ni.....:(
Kalau dilayan rasa (padahal lambat lagi dlm tempoh setahun drpd 1 Jan 2011 ni), mmg mengalir air mata saya ni. Memikirkan nasib si dia ini, mmg selalu juga membuatkan hati si ibu ini luluh. Pada siapa yang nak diharapkan penjagaan sementara ibu dan ayah kluar bekerja mencari rezeki buat kita. masa bagitau kat En Hb, nmpk jugak kerut keruh diwajahnya...risau + sentap juga nampaknya......:(. Saya cuba sedaya mungkin menahan air mata drpd gugur...sedihhh bila memikirkan...
Kesian kami kan....mengharapkan agar ada rezeki dan kesempatan serta peluang terbaik untuk sidia yang istimewa ini..Semoga Allah membantu mempermudahkan urusan kami nanti...Insyallah, tidak akan putus berdoa....
Dan, pagi tadi....ada berita yang melegakan buat kami. Mama aka Pn Faridah sebagai penyelia di INTAZ ada memaklumkan bhw untuk kategori istimewa mcm Inas, biasanya INTAZ akan lanjutkan tempoh penjagaan. Cukup lega....tak perlu rsnya saya nk bertanya 'perlanjutan tempoh' itu sehingga bila...cukuplah sekadar mengathui boleh dilanjutkan....aminnn...Terima Kasih Tuhan, kerana memberikan ruang untuk saya bernafas dan berfikir dengan tenang.....Syukur Alhamdulillah.....
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...