* Lanjutan daripada entri Berlegar2 difikiran
Saya rasa saya tak dapat nk sembunyi di wajah...tentang kerisauan yang sedang berlegar2 di dalam diri saya ini :(. Bila di coret atas kertas.....sungguh saya terasa lagi dengan ujian daripadaNya untuk kesekian kalinya ini. Mencuba untuk bertenang tanpa terlalu serius memikirkan...ermm, mungkin pada orang lain (yg semestinya tdk berada ditempat saya), ini semua adalah perkara kecil sahaja....tapi tidak kecil pada kami yang benar2 berada dibahu yang memikul ini.
As per stori dalam entri sebelum ini, "siapa yang nak jaga Inas 2012 dan seterusnya nanti?" msh lagi tergantung begitu. Dan kami sendiri msh belum mendapatkan pengesahan drpd kedua pihak (INTAZ & PDK Teruntum tu) berkenaan dengan hal ini. Honestly speaking, bukan kerana saya rasa msh lambat lagi untuk mendapatkan pengesahan...tetapi yg sebenarnya ialah saya lebih risaukan tentang pengesahan yang mungkin....ya..mungkin...tidak berpihak kepada kami :(. Ya Allah, moga Kau permudahkan urusan kami nanti.....
Yang seterusnya.......perkara yang menduga, bilamana panel insurans di syarikat En HB tidak lagi mahu membiayai perubatan follow up checkup dan ambilan ubat Inas (Epilim + Tegretol) di KSH. Mereka secara jelas sudah menarik balik tanggungan every mth yang hampir RM400++ sebulan bagi bekalan ubat Inas tu dengan alasan masalah penyakit ini adalah penyakit kekal. Agaknya pihak insurans perasan yang selama ini hampir 3 tahun lamanya ditanggung kos bekalan ubatan Inas ini. Maknanya, kami perlu beralih arah ke GH untuk menyambung rawatan dan ubatan Inas ini.....Sabarlah, Tuhan masih menduga kita......
Yang seterusnya.....syarat baru untuk mendapatkan elaun di PDK ialah perlu hadir ke PDK sekurangnya 8 kali sebulan...berbanding hanya 4 kali sebulan sebelum ini. Selama ini pun, ayah yg byk mainkan peranan menghantar Inas ke PDK yang hanya separuh hari itu...kemudian separuh hari lagi ke INTAZ. Bermakna, kami kena berikan komitmen sekali ganda lagi untuk tambahan 4 hari lagi dalam sebulan.....Bagi parents yang tidak bekerja ( ayah wajib bekerja...mana ada parents yg mmg ayah dan ibu x bekerja kan?), mmg boleh bg komitmen sepenuh masa...tapi bagi kami yang dua2 bekerja ini....mmg terasa agak ketat syarat ini. Elaun yang diterima RM150 (RM140 yang diberikan shj) sebenarnya mmg hak Inas, so mmg bernilai untuk menampung keperluan (diapers terutamanya) Inas. Walaupun, pada pandangan mata kasar, ayah dan ibunya bekerja...tapi ketahuilah keperluan untuk urusan anak istimewa ini perlu diutamakan. Tentang keadaan di PDK itu....tak perlulah saya kupaskan satu persatu, yang nyatanya mmg tdk memenuh standard yang diharapkan......
Memang bingung...memang speechless dibuatnya....:(. Harapan mmg bergunung....tapi tidak bermakna kami meminta simpati daripada orang, cukuplah sekadar minta memahami keadaan...
Semangat yang tinggal sekarang ni.....saya perlu tenang dan sabar dengan ujian ini. Ayah dan ibu kena kuat....untuk menghadapi apa jua yg berlaku. Insyallah, Tuhan akan menjanjikan rahmat buat umatnya yang diuji....Buat Inas, semoga sentiasa sihat dan damai bersama keluarga kita ini......
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...