Friday, February 24, 2012

Edisi luahan rasa

Tatau nak mulakan ayat mcm mana. Nak pikir letak title tuk post ni pun serba salah....:(

Naper?...Semuanya berkaitan pasal kerja sebenarnya. Nak ulas panjang lebar, rasanya 3h3m pun x akan habis...Sebabnya byk menda sgt yang akhir2 ni cukup memeningkan kepala....

tembam smula kan pipi saya tu?.....huhu

Pening kepala sebabnya perlu buat keja tapi libatkan hal personal + family. Bunyi mcm x baguslah kan?....Tapi, selalu sahaja saya tewas dengan situasi NO CHOICE. Tewas kerana terpaksa korbankan sesuatu untk dapatkan sesuatu yang lain.......haihhhhh!......

Keselesaan di persekitaran tempat kerja sudah tidak "semewah" dulu. Mungkin sbb dah biasa berada dlm "zon selesa" maka bila hampir semua keselesaan itu ditarik balik...maka keseronokan untuk bekerja sudah drop hampir 50%. Banyak kan...separuh rasa drop!!!....Huhuhuhu....bila keja menimbun, x penah habis...dan peruntukan cuti tidak lagi semewah dulu maka mmg rasa mcm selalu berada dalam keadaan huru hara. Masa bersama keluarga pun semput2 ajer bila mana terpaksa membawa balik kerja ke rumah...Kesian anak2 saya, byk masa mereka yang telah saya curi...kalai pinjam masih lagi boleh diganti semula kan? Tapi lately byk masa bersama mereka saya telah gunakan untuk membuat kerja2 itu......Rasa mcm nak nangis kan?.....


Kena pulak situasi kami, En HB yang bekerja jadual shift....ada weekend yang turn dia kena bekerja. Bila mana weekend saya pula diperlukan untuk memberi komitmen terhadap kerja....hadiri bengkel / kursus, bertugas tuk apa program ofis..amatlah menimbulkan rasa konflik dalam jiwa En HB yang terpaksa korbankan cutinya tuk menjaga our precious Inas....Iman masih boleh dibawah jagaan bibik. Nak tinggalkan bibik dengan 2 orang anakanda saya ni amat mustahil kerana pasti tidak tertanggung dia dgn karenah kedua2 anak ini....
"Iman yang semakin aktif tdk lekat dipegang...yang langsung x boleh berenggang, kalau tidak pasti menjerit mengamuk minta perhatian....Si kakak pula yang kdg kala anginnya baik hanya behave dengan menonton tv, tapi adakalanya juga menuntut perhatian ingin juga didekati sentiasa, perlu disuap makannya...perlu diuruskan berak kencingnya........"
Mungkin kalau atuk dan tukmanya ada disini, tdk menjadi perkara ini terlalu resah dan dilema bagi kami kerana msh boleh ditinggalkan kejap2 bersama mereka tika ayah bekerja dan ibu kena bekerja juga di hari minggu kan...?.....Bila atuk & tukma  nak balik smula sini?.....

Semuanya semata ibu yang terpaksa berikan 150% komitmen terhadap kerja sekarang? Semuanya kerana KPI kah? Menggunakan masa emas bersama family tuk kerja2 ibu itu, tapi tiada pula diberikan ganti masa itu.....sungguh rasa x patut kan?...

So, jalan terbaik bagaimana?...Daya yan saya ada sekarang ni hanyalah beserah kepada Allah, semoga Dia mempermudahkan urusan kami.....aminnnn!

note: saya tidak mengharapkan agar dibayar lebih tuk setiap masa saya yang diambil, cukuplah sekadar menggantikan semula masa itu......kan...?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails