Petang ni mmg dah plan dalam pikiran nak lepak kat pantai minum2 petang. Excelli kawasan rekreasi pantai ni x jauh pun dari rumah saya, dalam sekitar 1km je kut....seberang jalan je lahh...:). Tapi kami jarang2 jugak lepak sini, biasalah kan...bila yang dekat tu tak selalu nak pegi, yang jauh2 jugak yang nak pi jengahnya.....hehehe
Ada gerai2 makan kat sini. Apa menu yang specialnya ialah dah tentu ABC dan jugak Rojak KLIA namanya.....pic ada kat bwh nun...
Ada disediakan kerusi2 untuk kita leh duk lepak2 kat sini.....
3 beranak je datang sini, janji ngan kak Inas nak makan goreng pisang....suka sangat :). Ramai juga orang petang ni, maklumlah hari minggu kan....
Sabar menanti....
LaiChi kang tu ibu punya, ABC special ada aiskrim tu ayah punya...
Agaknya, nama Pantai Batu Hitam ni sempena dengan adanya batu-batu karang hitam tu kut....saya pun kurang pasti...ye lah kut nya...hehehe
Sedap je mata memandang....
Hari minggu. pantai ini mg penuh dengan kunjungan orang ramai.....mungkin sekadar nak lepak2 bersama keluarga mahupun nak lepaskan anak2 bermain dengan pasir pantai...mmg meriah :)
Di kawasan sebelah sana nun...ramai je orang datang piknik kat sini, siap ada yang bawak khemah lagi dan buat aktiviti BBQ....
Rojak KLIA...apsal tah nama menunya begini, mungkin sbb kombinasi 2 menu rojak ni kut...?..
Close up 1....ada sayur kangkung + perut + tauhu kering + kuah rojak
Close up 2...ada ayam + tauhu + telur rebus + salad + timun
Cuba teka berapa harga?.....jeng...jeng...jenggg!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...