Sungguh sadis rasanya....selama hampir 32 thn dipinjamkan nyawa tuk bernafas di muka bumi ini, thn inilah kali pertama saya menyambut Hari Raya AidilAdha dengan tiada apa2 perasaan...atau lebih tepat lagi dengan perasaan yang kosong....:(. Begitu sedih mendengarnya kan.....?
Padahal, ketika tiba hari yang mulia ini...saya dikelilingi dengan ahli keluarga yang bertanya khabar dan mengambil berat perihal sesama kami. Walaupun saya masih mampu berlagak biasa, masih mampu tersenyum dengan mereka semua tapi hakikatnya.....apa yang terperam dalam hati hanya Tuhan sahaja yang tahu. Yang benarnya, bila saat saya bersendirian, saya dapat rasakan saya tidak menikmati hari2 yang mulia dan bahagia ini sebenar2nya......:(. Kerana.....fikiran saya telah diganggu dengan keadaan dan kenyataan yang seadaanya begitulah yang saya alami......
"Tak de mood nak raya"
"Tak seronok beraya..."
Yer...itu yang terkeluar daripada mulut2 kami ketika sehari dua sebelum bercuti untuk menyambut Aidiladha ini. Ingatkan, bila sampai harinya...bila terdengar takbir berkumandang...maka timbul lah rasa nikmat untuk menyambut.....Tapi masih pudar perasaan......
Hebatnya penangan jiwa dan perasaan yang terkacau ini. Keseronokan rasa yang sepatutnya timbul pabila berpeluang membuat ibadah korban pun langsung tak terlihat pada wajah. Sudahnya, Majlis Akikah Iman berlalu seperti yang dirancangkan tetapi hanya berlalu begitu sahaja tanpa penglibatan seluruh jiwa dan emosi saya. Simpati sgt pada mama saya yang menjadi orang kuat dapur untuk menjayakan majlis itu. Saya hanya sekadar "meminjamkan" bibik kepada mama untuk membantunya.
Sungguh saya kesal dan rasa bersalah......
Maafkan saya...
note:..sekali-sekala saya terbayangkan, tah apa akan terjadi pada perasaan saya sekiranya keadaan ini saya terpaksa lalui ketika dalam tempoh hamil?....seram sejuk dibuatnya....aduhhh! sungguh terbeban....dan kesian pada rakan2 yang sdg hamil skrg...terpaksa lbh byk bersabar bermain dengan emosi....(-_-)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...