Sebelum berakhirnya tahun 2011 ni, ada 2 hasrat kami untuk cuba tunaikan demi untuk my precious Inas. Harap sgt agar hasrat ini dapat dicapai.....namun kami akur, kami hanya merancang....
Sebelum nk bagaitau apa hasrat tu, saya nak selitkan kat entri ttg saat2 kami rasa sedikit "kesal" dengan kejadian kecil yg berlaku kepada Inas baru ini....:(. Maafkan ayah dan ibu Inas sebab cuai hingga mendatangkan rasa "sakit" pada Inas......maafkan kami duhai inas....:(
Kisahnya, eksiden Inas jatuh dari stroller yang dh byk berjasa tu. Excelli, sbb Ians duk x diam...excited nak hala ke ayah dan ibu kemudian strollernya tumbang. Mungkin sbb stroller tu dh x mampu nak menampung berat badan ini (walau Inas kurus je x berat mana pun tapi mmg stroller tu dh x sesuai dgnnya yg dah semakin tinggi). Sudahnya, kepalanya sebelah kiri benjol dan ada melecet yg mengeluarkan darah. Mmg panik sgt kami bila2 lagi Inas menangis kuat dan ramai org tengok. Ibu tuamkan Inas dengan kain yang ditekup kat mulut (ala2 suam) mulanya...pastu bila dah adapt air batu terus2 ajer tuam ngan air batu tu. Inas mmg marah + nangis mungkin sbb terasa sakitlah kan.....kesian sgt kat Inas :(
Ayah berkali2 kata yg salah stroller tu, sbb mmg dh x sesuai sgt2 tuk Inas. Nk beli yg lain bukan masalahnya, cuma stroller yg sedia ada kat Malaysia ni bukan purposely tuk special needs mcm Inas. So kalau beli jugak mmg nmpk mcm x bijak lah, end up bila dia dh makin besar (kalau Inas msh belum mampu berjalan sendiri, tapi "Ya Allah, kami memohon agar Inas mampu berjalan sendiri satu hari nanti"...) confirm punya standard stroller tu akan menjadi x sesuai juga :(. Kechiwa juga, sbb kat Malaysia ni mmg x de tempat boleh dptkan special stroller untuk challenged children mcm Inas. Sehinggakan kami terpaksa google dan mungkin order dr US.
So, stroller baru adalah hasrat pertama yg kami nak dapatkan sebelum berakhir tahun 2011 ni. Dah google dan cari yg berkenan serta memenuhi keperluan Inas, ada jumpa kat sini especialneeds.com. Dah live chat ngan person in charge nya, kami msh menantikan quotation drpd pihak sana. harap2 dpt matchkan dengan bajet yg kami ada. Semoga Tuhan mempermudahkan urusan kami....aminnnnn..
Hasrat kedua ialah mahu mencuba rawatan HBOT. Excelli last 3 years kami dah penah pergi bertanya untuk dapatkan rawatan ini, tapi pulang dgn tangan kosong shj kerana "tidak direkomen" sepenuhnya. Mungkin sbb kosnya mahal (satu sessi RM250) dan untuk challenged children mcm Inas ni perlukan sekurang2nya 20-40 sessi rawatan (waktu itu kami keadaan kewangan kami msh tidak stabil). So, boleh kira kan brp bajet yg nak kami ada. Tapi, bg kami yg sudah byk tempat mencuba pelbagai rawatan untuk Inas...kali ini kami seakan nekad tuk menerjah mencuba rawatan ini. Pasal kekangan kewangan, kami berserah kepada Yang Maha Kuasa, kami percaya rezeki untuk anak seistimewa Inas ini tetap ada...Insyallah. Dlm masa yang sama, kami mengenepikan soal "keberkesana" rawatan ini, untuk ajaib Inas pulih sebetulnya adalah mmg mustahil...tapi walau sedikit perubahan yang Inas dapat dari rawatan ini itulah yang lebih utamakan dan patut bersyukur....walaupun nampak "sedikit", tapi sebenarnya adalah "banyak" untuk Inas.......Insyallah...
Sekarang kami sedang mendapatkan maklumat dari pusat HBOT ini, memandangkan jarak jauh dgn homewtown kami ni. Segala persediaan dan perancangan perlu diatur dgn rapi, mudah untuk urusan kerja yang memerlukan ibu dan ayah memohon cuti.
Semoga urusan kami dipermudahkan olehNya.......insyallah, kami cuba untuk bersabar.....aminnnn...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...