Monday, April 9, 2012

Jasamu dikenang ~ Sweet Honda C70


Kali ni share sesuatu yang mmg besar jasanya kepada saya selama saya menuntut pengajian di UPM 1997-2001. Walaupu tidaklah se gah mana, tapi apa yang penting jasanya itu mmg benar2 membantu dan meringankan beban tenaga saya ketika belajar disana dulu...hehehe

Asalnya ni motor abah bawak ulang alik gi keja dia melawat ladang kelapa sawit (keja ngan Felda). Lepas tu mama pulak bwk ulang alik gi keja, masa tu klinik mama tu hanya 300meter dari rumah jer. Bila mama dah upgrade beli motor Kriss (jenama terkenal moto buatan Malaysia pada masa tu hehehe), dapatlah saya peluang guna motor kapcai Honda C70 ni......muahhh! Memang tak kisah pun nak motor yang mcmmana, asal ada pengankutan dah cukup bersyukur...aminnn

Masih ingat lagi, masa setahun dua yang pertama menunggang motor ni saya mmg x berani langsung nak bawak kluar dari kawasan UPM tu, apatah lagi nak merempit yer...hehehe. Mmg semata2 mcm niat murni yang asal lah...perlukan motor untuk nak pegi kuliah, sbbnya kawsan UPM tersangat luas. Dari kolej kediaman nak gi ke kawasan kuliah/fakulti mak aii adalah dalam jarak 500-1km kut. Fuhh!, mmg sahihlah boleh berpeluh lecak baju dibuangnya kalo cuaca panas terik. pulak ditambah lagi dengan adanya struktur jalan yang ada sikit kena panjat/turun bukit...huhuhuu....Biasanya, kwn baik coursemate saya iaitu Jue (lama dah x dgr berita dia....apa citer ye skrg ni?) yang menjadi pembonceng setia untuk ulang alik ke kuliah.

Lepas 2 tahun kut, barulah berani berjalan jauh sikit bawak kluar dari UPM. Tu pun takat nak ulang alik ke stesen komuter, senang nak kluar ke KL atau time nak balik kampung. Fuhh!...mencabar jugak sessi perjalanan nak balik kampung masa tu....motor yang kdg2 Jue (dia x de lesen yer...:D) tu tolong htrkan (kdg2 ada naik bas tambang milo 50sen UPM)-komuter-bas express-abah jemput - sampai umah...... Sekali sekala kalo nak pi melepak kat The Mines Shopping Mall tu mmg mudahlah kan.....(sekarang ni lalauan komuter Serdang - TMSM tu dah terlalu sibuk bangattt!....

Sungguh saya terhutang budi....nampak x sticker Kolej Kediaman 5 UPM dan sticker P saya dulu tu masih ada kekal ditampal disitu.....

Sekarang ni, my sweet Honda C70 ni masih lagi berkhidmat dengan setia bersama keluarga kami. Dah hampir 4 tahun sekarang berkhidmat dengan y BIL pulak, dia wat ulang alik ke stesen komuter tuk pegi keja lak.....Wahhh!...mmg sungguh bersar jasanya bukan?...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails