Friday, October 22, 2010

Rezeki baby barangkali..aminn

Nampak gayanya...bulan oktober ni rezeki kami agak murah. Alhamdulillah..rezeki baby dalam kandungan ini agaknya membuahkan nikmat kepada kehidupan kami. Syukur sgt pada Yang Maha Esa dengan segala kurniaan ini, semoga dirahmati dan diberkati olehNya....amin..

Yang nk noted here ialah, hasrat kami nampaknya dipermudahkan olehNya. Maksudnya disini, selama ini apa yang kami dapat bulan ni adalah bukan pun sebenarnya keperluan...tetapi lebih kepada rasa kehendak tuk keselesaan jer....

1. Kipas remote - brand biasa2 je
Sedia maklum, kipas kat ruang tamu tu kononnya ber remote lah..tapi dah agak lama remotenya rosak...:(. So selama ini mmg tahap speed kipas tu xleh nk dikontrol lah. So, br ni masa En HB pi o/s ke P/jaya..dia ternampak ada iklan SALE kat satu kedai lampu tu...so katanya nak jengah dan nak cari ganti kipas yg kat ruang tamu tu. Saya x terus setuju pun..tapi x lah pulak membantah. Dan..mmg betul lah...dia balik umah dengan membawa set kipas yang baru tu....saya ok je tp ada ty jugak, "pasal nak ganti? kan ke yang tu belum rosak betul lagi?"..." remotekan rosak..pulak tu cuba tgk bilahnya, dah berkarat...x baguslah tuk kesihatan.."..jawab En HB. Dan En HB mmg handyman orangnya. Dia pasang sendiri je....


2. Panasonic - Aircond
B4 this..aircond hanya ada kat bilik tamu kat umah kami. Naper letak bilik tamu?...Sbbnya, di master bedroom rasanya x perlu...mcm x panas je....But, lately...rasa mcm panas berpelu2 je bilik tido, saya pun x selesa dan sian juga kat our precious Inas. So, sajer buat cadangan kat En HB suh pasang aircond gak kat bilik tido kami bila nampak dia beria2 berangan nak beli TV LCD/Plasma....saje suh dia fikir, antara TV dan Aircond mana lebih perlu?....heheheh, dan dia agree with me that aircond lagi perlu tu keselesaan....lagipun saya tau, kdg2 siang hari dia pun mmg pi masuk tido bilik tamu sbb nak selesa tido.....Dann, hasilnya...terpasanglah aircond di bilik tido kami, membuatkan our precious mcm mengada2 tiap kali nak tido konon2 mcm gelisah jer selagi aircond x dipasang....huhuhu, cerdik tul lah anak ibu ini......

sila abaikan sajer baju2 yg bergantungan itu.....

3. Toshiba - Mesin basuh
Sedih pulak rasanya...sbb sayang jugak nk let go kan barang lama dan uzur ni yang belum rosak..tapi demi tuk kegunaan akan datang kira mcm terpaksa rela je lah. lagipun kalo tgk pada jangka hayat perkhidmatan mesin basuh ni..dan rupa fizikal keuzurannya...rsnya wajarlah ditukar baru dan x de salahnya pun....hehehe


Naper kata uzur?...sebabnya dah 2-3 kali jugak masuk workshop bila ada masalah / rosak diperbaiki. Dan masih boleh memberi khidmat pada kami...Kira berbaloi lah jugak En HB beli masa dia bujang2 dulu dan dah hampir 10 thn rupanya berkhidmat kpd kami. Walaupun modelnya ialah semi-auto dan muatan hanya boleh tampung <5kg (saya agak2 je)..tapi kami tetap berpuas hati sms tempoh menggunakannya.


Dan sementelah di bukan Oktober ini kami ada duit tersepak...rezeki lebih, so kami nekad tuk mencari penggantinya. Pilihan kami ialah Toshiba - 9 kg Automatic. lepas ni hrp2 tdklah sampai 2 hr masa yang En Hb ami tuk siapkan basuhan baju...huhuhuhu


Brg yang lama tu, insyallah kami akan sedekahkan kepada mereka yg memerlukan...(walau bukan bagi barang baru, tp sekurangnya barang itu msh boleh diguna dan tdk rosak...)

Dan selepas ini, saya dah tau dah apa yg seterusnya akan diganti dlm rumahku syurgaku ini....sabar ye En HB, insyallah..ada rezeki nanti dapatlah tunaikan hasratmu yang udah lama terpendam itu...hehehehe..sabar..sabar..

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails