As a human, kita ni dianugerahkan pelbagai bentuk perasaan. Happy, sedih, benci, sayang, sensitif, marah dan macam2 lagi lah bentuk perasaan yang ada dlm diri. Walau apa pun bentuk peasaan yang kita ada, ini semua adalah anugerah daripadaNya....
Sensitif....biasanya berlaku apabila terjadinya gangguan emosi pada seseorang yang seringkali melibatkan mental seseorang. Biasanya sikap org yang mempunyai rasa sensitif yang tdk terkawal ialah lebih senang memendamkan perasaan. Kenapa dipendam?...Mungkin sbb tamau nak berdebat...nak jaga perasaan orang atau pun mungkin sbb hati kat dalam tu dah terusik sangat...Tapi bagus ke kalau pendam2 jadik pekasam ehh?...kalau ikan pekasam setahu saya mmg sedapp dimakan dgn nasi panas2...hehehhe
Kisah Sensitif saya...
Saya akui, saya pun dulu mmg org yg ada peel sensitif ini. Tapi saya masih sedar diri..tdk biarkan berlarutan..paling lama pun ngajuk kejap jer....Lepas tu saya akan cuba lupakan dengan buat tatau sajer. tapi sejak ada gift from above is my Inas ni, rasa sensitif saya tu pun ibarat macam dah kering begitu sahaja. Senang cakap mmg sentiasa kena buat hati kering je lah dgn cakap2 org yg x penah memahami keadaan saya yg ada anugerah ini...kerana saya pasti bahawa "kekurangan itu bukan kelemahan".......(tetiba sebak japp...)
Adakah itu bermakna saya pendam?...Nak saya luahkan satu persatu rasanya tak perlulah. Cukup sekadar saya katakan, utk mereka2 yang sedap mulut berkata yg bukan2 terhadap my Inas (bukan kata2 yang membina)..mmg cukup terkesan dihati saya. Cthnya, ada dikalangan ahli keluarga (mereka sepatutnya yg lbh memberikan kekuatan kepada kami) yang bagai menidakkan keupayaan Inas (kami sedia maklum yg Inas tdk dapat menjadi senormal kanak2 lain) untuk lebih maju. Membandingkan Inas dengan kanak2 senasib atau pun yg lebih teruk keadaan mereka..dan membuat telahan, begitulah nasib Inas sehingga ke akhirnya....patut kah?...Kami tak minta pun utk dihulurkan bantuan keringat mahupun wang ringgit utk ringankan beban, tapi cukuplah sekadar secebis doa dan kata2 semangat..bukannya kata2 yg tdk sedap didengar dan akan men 'down' kan semangat kami......Untuk segala kata2 dan tohmahan sebegitu, mmg saya akan ingat sampai bila2....terlekat kemas di hati saya, sehinggakan kalau mereka itu golongan org tua...hilang rasa hormat dan respect kepadanya...sekiranya kalau mereka itu ditimpa kesusahan, tiada pun rasa simpati dihati saya.....kejam kah saya?....
Alhamdulillah, setakat ini kami mmg masih mampu dan ada keupayaan menyediakan / mencari duit utk setiap rawatan terhadap Inas yg ingin dicuba. Tuahn itu Maha Adil dan Saksama....."tidak akan kamu ditimpa ujian sekira kamu berhak utk menghadapinya..."....Dan sentiasa saya beringat ujian ini adalah didikan daripadaNya utk kami. Orang sekeliling mungkin memandang kami ini seolah "tiada apa2 masalah" dalam hidup......munking krn nampak kami serba serbi mencukupi. Tapi ada masanya, kami turut terasa hati. Cthnya bila berdepan dgn situasi ini. -> Lewat 2 minggu lepas, kami menerima kiriman pesanan daripada seorang ahli keluarga yang berbunyi.." Derma ikhlas utk ahli keluarga.....untuk saudara XXX yang mengalami penyakit XXX bertahun lamanya....Kos perubatan agak tinggi..."...saya hanya mendang sepi sms itu. Dikhabarkan kpd En Hb dan kami berbalas kata dengan ton suara yang agak ber emosi...." Kenapa Inas x ada pun sesiapa nk lancarkan tabung derma mcm ni?..Agaknya kan, org pandang Inas ni bukan satu masalah kut?...Inas ni sihat boleh berdikari dimata mereka kut?...Dah hampir 6thn++ Inas masih x boleh berdikari, x ada siapa nampak kut?....Tak perlukan byk wang ringgit tuk membuat rawatan?....Dan saya akhiri sessi ton emosi itu dengan "Inilah rezeki kita..tak perlu nak meminta2 pada sesiapa kerana dengan kudrat dan usaha kita, masih mampu menangani masalah kita tanpa menyusahkan orang lain........"
" Inas membesar dengan ibu bapa yang patut kita semua contohi"....ini msg yg tertera di wall photo raya di FB saya...ahniks so much to Mak Long's Inas yg sentiasa memberikan kami semangat. Namun, setakat keupayaan ini hari ni...kami mmg sedia maklum bahwa kami belum cukup usaha lagi tuk membantu Inas. " Inas hari ni adalah sebenarnya atas kelebihan usaha dan semangat dia, kita masih belum secukupnya membantu dia.....kekangan masa, penat adalah musuh utama kita, harap2 kita sedar bahwa kita kena perlu lebih berussha utk melihat Inas membesar dengan lebih keupayaan lagi...."...itu hasil perkongsian perbincangan saya dan En Hb. Noktah.
Kisah Sensitif org lain lak....
Agak sulit kan bila asik2 kita je nk kena jaga hati org....saya mmg x selesa bila berdepan dgn org mcm ni. Sbbnya dengan sikap saya yang banyak mulut dan suka bergurau nih...ada saja citer itu ini.....pok pek pok pek itu ini, tapi bila berdpan dgn org mcm nimenjadikan saya kena cut off my karektor tu sbbnya takut terlepas kata apa2 boleh buat dia terasa...huhuhu. Situasi biasa cthnya kalo org mengomen (ramai yg mulut laser mcm ni) ttg bentuk fizikal tubuh badan kita, saya dah lali sgt dah....cthnya dulu masa bersaiz XXL, org mmg confirm akan komen mcm2...dan sekarang (b4 peknan) bila dah ke saiz M pun org komen jugak....so saya dah x heran lah dengan situasi cakap2 org tu...tapi ada org mmg x leh terima komen2 org, mmg dia rasa down sgt2...kecik hati sgt2...dia pendam...dan akhirnya bimbang akan berputik rasa benci pd org2 tu....Pada saya, x baguslah kan nak ber sensitif sgt psl hal2 remeh mcm tu....Yang baru kawin pulak, patutnya terima ajer lah pertanyaan org2 keliling ttg "dah ada isi ke belum?" dengan memberi jawapan yang bernas..bukannya tarik muka dan berperasaan sedih bagai nk rakk...itu semua adalah persoalan yg biasa lebih2 lagi dtg drpd org2 tua pangkat pakcik/makcik tu....
Pendek kata, kalau tak suka pada sesuatu pertanyaan dan kata..bagus kita terus menjawab...bukannya perlu pendam sbbnya akan memakan diri sendiri juga, diri sendiri yg tension kan?..Udahnya rasa x happy je kan?.....bagaimana penerimaan orang pada kita adalah disebabkan pembawaan diri kita masuk dalam pergaulan mereka2 itu..kan...?
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...