Sungguh terharu saya pabila menerima bait2 kiriman mesej seperti ini. Sahabat dari jauh mengirim kan ole2 kepada saya hanya melalui pesanan menerusi FB (kebaikan FB menghubungkan ukhuwahh sgt saya hargai). Seingat saya, kami tdk lagi penah berjumpa semenjak Majlis Kenduri Perkahwinan saya 7 thn yang lalu kerna kami msg2 membawa haluan sendiri ( bekerja dan bekeluarga)...Bertemu semula hanya lah setahun yg lalu menerusi FB..alhamdulillah....
Flashback....
Saya dan dia mmg akrab ketika di zaman persekolahan. Dia mmg seorang rakan yang baik dan memahami. Byk juga perkara yang kami kongsikan bersama. Saya sungguh bertuah mempunyai seorang sahabat sepertinya. dan kini, setelah hampir selama 16 thn usia persahabatan kami...dia tetap juga masih seperti dulu. Seorang sahabat yg memahami dan dapat membaca isi hati saya yang terkini.....isi hati seorang ibu yang mempunyai anak istimewa dan juga isi hati seorang saya yang sememangnya seorang yang ada mempunyai karektor 'happy go lucky'...hehehehe
Semalam, saya selamat terima kiriman ole2 itu daripada. "no hidden or actual cost" begitulah msg yang diterima di wall FB saya. Kiriman yg terdiri daripada sekilo lebih daging unta (pernah bergurau utk merasa krn dia sekarang brd diperantauan negara padang pasir)....khas utk saya yang sedang peknen ini, sekotak cookies from air tangan dia...(nampak sungguh sedap tp msh belum dapat menikmatinya), sebotol minyak urut "Al-Wazir" dan duit raya for my precious Inas (biarpun x penah ketemu Inas, tapi hanya dengan tatapan gambar dan information drpd saya seolah2 sahabat ini sungguh memahami kedudukan kami ini...) dengan cenderahati sekeping 10 Riyal duit Arab...nice kan? :).....Terima kasih yang tdk terhingga buat seorang sahabat ini....
Dan, semalam saya dapat menikmati rasa enaknya daging unta ini dengan masakan gulai yang disediakan oleh mama saya. Saya x penah masak dan semestinya x reti nak masak daging ni. Bak kata sahabat saya ini, rasa dagingnya sama sagaja dengan daging lembu biasa yang ada disini..cara masak pun sama jer....boleh buat gulai, kari dan sup. Kalau ikut pilihan selera utama saya, sudah tentu saya mahu kan sup..tapi saya kena beringat...daging unta ni panas...so x boleh makan byk2 bg yang tiada ketahanan sejuk dlm badan..dan saya pulak tatau badan saya ni tahap yg cemana....Cukuplah sekadar saya menjamah dan mmg mengakui bhw daging unta ini sedapp.....:)
Can't wait to meet u....tahun depan dia balik smula ke Mesia dapatlah kami akrabkan lagi ikatan silaturahim ini. Amin....Semoga sahabat saya ini dimurahkan rezeki yang berpanjangan...aminn
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...