Monday, January 31, 2011

Day 7 : Masih ada org yang lebih 'susah'

What a small world.....akhirnya saya dipertemukan dengan orang yang senasib dengan saya. Lebih tepat lagi, dipertemukan dengan org yang lebih istimewa diduga dengan ujian yang mungkin boleh dikatakan 2-3 kali ganda lagi drpd keadaan kami...

Sebenarnya, hari ini hari ke 3 saya berurut dgn tangan org yg ke 3. Insyallah saya terus booking tuk 3 hari berturut dgn K.Niza (bkn nama sebenar) ini untuk pakej berurut, bertungku dan mandi serum. 
'K.Niza merupakan ibu kepada 6 org anak, 5 drpd 6 org anaknya ialah prematured baby. HTAA ibarat rumah ke 2 baginya, menjaga anak dan bersusah hati dngan keadaan rumah yang ditinggalkan sepnajng masa berada di hospital. Baginya, sukar tuk di describekan perasan ketika sedang melalui saat2 terpaksa memendam rasa...bergelodak dengan emosi menghadapi keadaan anak yang sedang berjuang di NICU. Alah bisa tegal biasa...tapi adakalanya, semangatya 'down' juga......sebagai manusia biasa, itulah kelemahan kita yg kdg kala  tak mampu untuk sentiasa tegak berdiri...'
Peringatan terbaik tuk saya, kalau kita rasa kita sudah cukup susah,  masih ada ramai lagi orang yang lebih susah drpd kita...Syukurlah dengan apa jua keadaan yang kita hadapi...

Petang ibu ikut ayah pi visit Iman. Msh lagi perlu ventilator. Kelihatan timbang berat Iman hari ni turun ke 1080g, not happy with that...:(. Bila pgg dan sentuh bb, dia gerak dan geliat..buat ibu lega sayang sbb at least ada respon yg bb berikan.  

Otw back....ibu teremosi berlebih..akhirnya kolam mata x mampu terbendung lagi.....:(

note: menerima byk kata2 semangat drpd org sekelilng, t,kasih kepada semua yang mendoakan dan memahami situasi kami sekarang...

Sunday, January 30, 2011

Day 6 : Belajar dari pengalaman

Untuk situasi kedua ini..saya lebih rasa bertenang....mampu kawal emosi...mampu untuk lebih sabar menerima hakikat kejadian milik Tuhan semua ini. Lebih memahami konsep bersabar dan berdoa..insyalah akan disusuli dengan ganjaran yg besar....

Kenangan 7 thn yg lalu, ketika kami ber 'penat' dan ber susah hati mengenai cinta hati kami yang pertama..our precious Inas, membuatkan kunjungan kedua ke NICU kali ini lebih mematangkan perasaan dan emosi kami. Lebih2 lagi saya yang seharusnya berpantang dengan sebaiknya untuk kesihatan tubuh badan sendiri....Kalau dulu, saya akan bermlm di ward SCN berulang alik menjenguk anak di NICU, tapi kali ini...kami decide tuk saya berpantang dirumah shj....(krn bb di NICU x boleh dijaga oleh ibu, nurse dan doc yg akan uruskan). Sekurangnya, saya tdk rs tertekan sangat dengan kelesuan badan (walaupun disediakan katil dan makan serta tanpa anak disisi, ibu msh tdk dapt berehat dan berpantang dgnbetul bila berada di ward....x boleh berehat pun) + emosi yang bergelodak pabila mengenangkan anak...

Hari ke 2 berurut dgn K.Jie..terasa sedap urutan kali ini dan rasa serasi dgn badan saya. Air susu mmg dah mula byk, hasil urutan juga mempengaruhi production air susu. Seharian ini melayan karenah my Inas, yg mula memahami bahawa adiknya sudah tiada dialam perut ibu...adik dah keluarlah kakak...:). Seperti biasa, si dia ini akan ketawa mengilai dan ersenyum2.....bahagia hati ibu ini melihatnya...

Ayah visit bb, katanya bb dah x de "kuning"..Alhamdulillah. Rindu dengan bb, insyallah esok ibu akan datang melawat bb ....

Saturday, January 29, 2011

Berpantang lah sebaiknya...

Bila tuk kali yg ke 2 nya saya alami keadaan proses bersalin awal, bahkan kali yg ke 2 ni proses bersalin yg dlm keadaan yg lebih mengharukan....serba serbi juga persiapan dan kelengkapan menjadi huru hara :(.

Kenangan lalu...
Haru sgt bila kenangkan smula masa keadaan berpantang saya semasa my Inas dulu. Boleh dikatakan saya hanya berpantang dr segi makan shj kerana mmg sepanjang tempoh 44 hr berpantang saya bermalam di ward HTAA dgn niat utk sentiasa dekat dengan Inas, cinta hati kami (mudah bg saya sentiasa berulang ke nicu tuk melihat perkembanganya). Dlm keadaan tido ber aircond, tanpa bertungku, tanpa berbarut....nk disapu dengan minyak2 panas pun x dibenarkan..:(. Saya hanya berstoking dan bersweater shj....curi kluar tuk pergi berurut shj...Plus lagi bukannya dapat berehat sgt pun kerana mmg byk gangguan spt...bising -> suara nurse + doc yg sdg bertugas, bb2 menangis..dan mcm2 lagilah...kalo betul dikenangkan.....can't describe!!

Bukan sengaja tak sudi
Sekarang, mmg saya tdk sudi lagi bermalam di ward dlm keadan yg tidak perlu. Bukan bermakna saya sengaja atau tak ingin sentiasa dpt melihat perkembangan Iman, tapi mengenangkan betapa pentingnya amalan berpantang untuk kesihatan badan akan datang. Keperluan untuk sentiasa berada di sisi Iman saya akan cuba sekerap mungkin dtg menjenguknya kerana saya tahu dan faham..kehadiran ayah dan ibu disisinya dengan sentuhan yg diberikan mmg dpt membantu bb Iman cepat pulih dan sihat.

Amalan berpantang
a) Berurut
Sebaiknya sehari selepas bersalin, perlu dptkan khidmat berurut ini. Saya berkesempatan dapat berurut pada hari ke 5 setelah bersalin. Alhamdulilah, mmg terasa ringan badan dan agak segar selepas seluruh tenaga dan urat terlibat semasa dlm proses melahirkan bb. Insyallah hari yg ke 20 nnt saya akan ulang lagi beruurut serta har yang ke 40 juga nanti.

b) Mandi daun serum
Kelebihan mandi dengan air rebusan daun serum ini ialah tuk mengembalikan kesegaran pada badan. Mmg byk khasiatnya. Cukup selama 3 hari berturut2 mandi rebusan daun serum ni.

c) Bertungku
Seawal jam 7:00am, mama dah kejutkan saya dan ready dengan tungku yg sudah dibakar, perlu bertungku 2 kali sehari...pagi dan petang untuk mempercepatkan proses pengecutan rahim. Tungku yg digunakan adalah turun temurun daripada mama gunakan dahulu.

d) Berbarut
Ubat barut yg saya gunakan ialah kapur diperah dengan limau nipis. Terasa sedikit hangat, disapu ke sekeliling perut dan dibalut / barut dengan kain bengkung yang mama jahitkan sendiri. Kemudian, bila saya beli pek 'ubatan dan rawatan slps bersalin' (saya msh tidak memakan sebarang ubatan smentara bb Iman msh diward, bimbang akan efek kpd air susu yg dibetikan pada Iman) gunakan pula rempah yang ada serta didalam itu tuk berbarut. Sudanhnya hanya sempat 10 hari je berbarut, kulit saya mula gatal2...ohh! allergik pulak...

e) Makan -> "...itu boleh makan?..ini boleh makan?"
Mama mmg pantas sediakan apa yang patut dan x patut saya makan. Biasanya yg wajib ialah ikan panggang yang disapu dengan garam kunyit, sup sayur sawi dan renjisan serbuk lada hitam.Sekalisekala ikan distim dengan halia dan juga kuah singgang. Jenis ikan pula mmg pada <20 asik ikan kembung shj... Kemudian, a fews day later bila dah near 20 hari...dah boleh mula makan ayam panggang, ayam singgang.....

Kalau difikirkan, mmg bagus juga jenis masakan sms dlm pantang ni, sbbnya tiada langsung minyak2 (bergoreng) dan juga yang berlemak (santan). Baguskan diet mcm ni..cuma byk menda yg bagusnya juga tak leh makan spt..buah2an langsung mama x bg sentuh....yang masam spt tomyam x boleh...yang akibatkan gatal spt nk cicah budu, telur juga tak boleh....lagi satu, apa2 shj jenis makanan yg hasil drpd cincangan atau tumbuk spt laksa kerepok pun x boleh...pisang nangka x boleh dan juga mee kuning sbb ada kapur pun x boleh....huhuhu, sadis kan..lar hai lamanya nak abis 44 hari berpantang ni...

Air sepang kederang juga wajib diamalkan minum. Mmg pahit tapi banyak khasiatnya. Begitu juga dgn menelan manjakani yang distimkan bersama2 dgn nasi yang baru masak, digumpal dlmnasi dan ditelan...kalo x lepas telan, mmg terasa sgt2 lah kepahitan yang teramat itu......huhuhu

Sudahnya, saya sentiasa akan bertanya "Ma...itu boleh makan tak?.Ini boleh makan tak?.." bila ternampak apa makanan yg ada dpn mata...huhuhu

Last but not least, mama mmg langsung x bg saya angkat menda2 berat especially nk dukung my Inas. Kesian kat kakak Inas bila saya nmapk dia hulurkan tangan ketika saya sdg berdiri.minta diangkat dan didukung, tapi saya mengelak...hanya duduk baring sblahnya dan peluk cium dia ajer...

note: Masa sempat merasa peknen 7 bln tu..berat saya naik hampir 13kg dah. So saya harap, toal 13 kg tu dpt hilang dengan sebetulnya lah...kalo tak, mmg terpaksa mengorder cik HL la smula....uhuk..uhuk...!

Day 5 : AVENT manual breast pump & Jaundice


Alhamdulillah, dapat pinjam breast pump manual brand AVENT yang my sis punya, my eld. bro tolong bw balik lewat mlm smlm. So, dapatlah dengan fokusnya memerah susu...x de lah 'seksa' sgt kalo memerah guna jari...(sbb mungkin tatau cara yg betul)...

Ayah visit bb, dah masuk hari ke 3 nnt kena 'kuning' atau pun jaundice. It's fine..sbb jangkitan jaundice ni kalo bb full term pun dianggap normal lah kan. Dah bb mmg sedia duk kat hospital, so x de menda yang nak resah sgtlah...Doc tau apa yg patut dilakukan, tinggal lagi ibu dirumah berdoa dan terus berdoa sahaja lah...

Mula berurut dengan K.ina hari ini. Ibu berpantang sebaiknya dirumah, terharu lihat mama menyediakan keperluan berpantang untuk saya. Serba serbi disediakan...Mula berbengkung dengan kapur dan kunyit + bertungku di awal pagi. Terima kasih mama, love u so muchh!....

note : En HB bercuti selama hampir sebulan juga..untuk take care of our precious Inas sementara ibu dlm pantang, thanks so much yangg...

Friday, January 28, 2011

Day 4 : Trying hard for EBM

Ibu trying hard tuk memerah susu menggunakan breast pump letrik di KSH ni. Ada plan juga untuk beli breast pump letrik ni sendiri nanti bila balik rumah. Kalau perah guna tangan rasanya x tau teknik yg betul..hasilnya pun mestilah x seberapa pun...

Breast dah engorge...so mmg x selesa sbb rasa sakit. Bila kenangkan keadaan ni, mmg agaknya x de lah rezeki saya untuk merasai pengalaman menyusukan anak. Kalau nak bandingkan ketika Inas dulu, production susu badan saya agak mewah..tai, itulah....bb pula tak dpt nak menyusu direct due to lahir prematured..masih kecil dan tiada kederat bb tuk sucking direct dengan susu badan ibu. Sabarlah...ibu yakin ada hikmah disebalik semua ini....

Hari ni mintak discaj dengan Doc K, plan nak berurut bermula hari esok. Org tua2 kata, bila dapat berurut. lebih banyak susu badan akan terhasil....Dapat saya mula membuat simpanan stok susu untuk bb nanti.

Sempat lagi sekali singgah kat NICU, untuk melawat bb. Ibu dapat kontrol feeling, dan agak lega bila nampak bb bg respon...dan bergerak aktif. Tak dapat lihat wajah anak ibu ni sepenuhnya sbb bb pakai oksigen support ventilator. Tak pe..ibu mesti kuat dan bersabar kan sebagaimana bb yang semestinya sdg berjuang untuk sihat...Insyallah, kita berikhtiar dengan bantuan Doc dan dengan izinNya dapatlah bb sembuh nanti...

Mula bermalam di umah parents hari ini dan seterusnya....

Thursday, January 27, 2011

Day 3: Menahan rasa yang rawan

Mlm td ibu x dapat tido. Penat dah rasanya memejamkan mata, namun x dpt pun rsnya melelapkan mata. Awal pagi dh dpt call drpd nurse NICU HTAA, mrk minta agar ibu perahkan susu dan htr ke sana. Baby dah mula mau diberikan susu. So, pagi2 lagi, ibu dah trying hard tuk perahkan susu, guna breast pump letrik kat sini. 

Td, Doc K ada visit..mention to him that semlm ibu x dpt tido, sudahnya hr ni mmg rs lesu sgt. Doc K is very fatherly type person. Tutur katanya sgt mendamaikan...tqvm to him for all comforting words. Nmpknya mlm ni lagi semalam ibu akan berehat di KSH, Doc K berikan lagi sekali pada ibu ubat tido.

Kwn ofis ibu ada melawat hari ini. Kongsikan pengalaman bersamanya, sure dia akan bawa balik story ni berkongsi pula dgn kwn2 di ofis. Terima juga kunjungan daripada mak2 saudara dr kemaman. Terima kasih kpd semua yang memberi sokongan.

Ptg, ayah ajak ibu pergi melawat bb. Ibu cuba untuk tenang. Sampai di NICU, terserempak dgn Doc S yang dahulunya ada juga merawat Inas (kisah 2004 yg lalu). Masih kenal dan ingat lagi dia pada ibu. Masuk ke dlm NICU, berjumpa pula dgn nurse yang penah juga membantu menjaga Inas dulu...

Kali pertama menatap wajah bb, ibu cuba bertenang dan tamau bb tahu yang ibu cuba menahan rasa sedih. Ada respon daripd bb bila ibu sentuh dan pegang bb. Ibu selawat banyak2 dan mendoakan agar anak ibu ini diberikan perlindungan yang terbaik daripada Yang Maha Kuasa...aminn..

note: ketahuan yang my SIL pun bersalin pd date yang sama dengan bb saya, alhamdulillah. Semoga tiada apa2 perbandingan dan 'bunyian burung2 yang berkicau' tentang bb saya dan bbnya nanti...aminnn

Wednesday, January 26, 2011

Day 2 : It's God will...

Ibu admit di KSH, keadaan ibu stabil...alhamdulillah, sama seeprti ibu2 lain yang melahirkan zuriat mereka. Mungkin ramai yg tdk menyangka bhw ibu tetap kena juga jahit di bahagian 'bawah' walaupun melahirkan anak yang kecik saiznya, mempunyai berat kelahiran hanya 1.33kg. Mengenangkan kembali keadaan proses kelahiran didalam kereta dlm keadaan posisi yang entah mcm mana nak digambarkan.....

Bertemu dengan Dr K disini, sessi 'post mortem' dilakukan. Menurut beliau, ibu sepatutnya di tahan oleh Doc yang berkenaan setelah ibu pergi follow up ttg keadaan 'show bleeding' tempohari. Serta patut diberikan suntikan 'matangkan paru-paru baby' krn possibility utk lahirkan baby prem mmg ada. "Kenapa tak check-up dan refer dengan pakar?"...persoalan itu mmg tak terjawab oleh saya.....dan saya pasti untuk kesekian kali ini, itulah persoalan kepada jawapan kelahiran anakanda ke 2 sebegini.....sebagai salah satu penyebab....mungkin..:(.  Tapi saya tetap perlu akur dan sedar...Tuhan Maha Mengetahui dan memutuskan segala2nya......

Di KSH ini, mmg ternyata kakitangan disini adalah mesra pesakit belaka. Mmg layanan terbaik saya tak nafikan disini. Berbual dengan seorang nurse disini yang saya lihat name tagnya "Rosalind"..bukan bangsa melayu, sungguh buat saya respect padanya. As always, saya byk menerima pesanan drpd org sekeliling untuk banyakkan bersabar...sama juga seperti dengan Madam Rosalind ni juga. Tapi apa yang buat saya lebih terkesan ialah kata2nya...." It's God will....kalau kita tahu apa yang akan jadi pada kita, tentu kita tak perlukan Tuhan kan?....so, kuasa Tuhan adalah segala-galanya....sepatutnya kita bersyukur".....

Saya mahu rehat....mahu cuba memetakan minda agar cuba untuk terima hakikat keadaan sekarang...cuba untuk pertahankan perilaku tenang....baby di NICU HTAA msh saya tdk jengah, hanya En HB yang berulang kesana....sabar baby, ibu perlu rehat seketika....mahu untuk lemparkan kerunsingan jauh2....ibu tahu baby disana ada yang membantu.....ibu sayang baby...

Dr K berikan saya menelan ubat tidur supaya saya benar2 dapat rehat yg sepatutnya......

Tuesday, January 25, 2011

Day 1 : Perancangan Allah itu adalah yang terbaik....

Dengan nama Tuhan Yang Maha Pemurah lagi Maha Berkuasa mencipta setiap makhluk didunia...

Saya hanya seorang ibu.Seorang manusia biasa yang merancang perjalanan hidup dengan sebaiknya, tapi saya seharusnya wajib akur dan redha dengan ketentuanNya. Dan sesungguhnya, perancangan Allah itu adalah yg terbaik.....

"Saya dah bersalin jam 5:10am tadi. Doakan saya atas ujian ini....tolong doakan baby kami selamat" - inilah bait2 kiriman sms yg mampu saya ungkapkan dan dihtr kpd ahli keluarga dan kwn2 saya....

Dalam keadaan perasaan dan hati yg masih rawan, tetap terselit kekuatan untuk saya bertenang dan berfikiran sewaras mungkin. Ini takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan sebagai kisah perjalanan untuk kehidupan saya bersama dengan keluarga. Saya perlu berhak menerimanya dengan hati yang penuh redha....

Kisah kelahiran
24 Jan 11
5:45 pm : Ada 'show bleeding' ketika saya membuang air sebleum mahu Solat Asar, tiada rasa kontraksi....call HB dan cuba bertenang (walau pun sebenarnya saya cuba menahan rasa resah). Sempat saya mencapai beberapa helai pakaian sebagai persedian kalau2 terpaksa admit ward.

7:45 pm : Sampai di klinik, ambil no giliran...sempat dinner dulu.

9:30 pm : Giliran bertemu Doc, explain to my gyne....buat ultrasound, "posisi baby ok...posisi placenta ok...air ketuban pun cukup..." said my gyne. Sedikit kelegaan dlm hati saya." Ini maybe pendarahan serviks, bila kita hamil..salur darah di bahagian serviks akan mengmbang..sometimes akan pecah...." jelas dia lagi. Dan  dia memeriksa serviks saya, confirm katanya pendarahan drpd serviks....."Lps ni balik umah dah x de lagi bleeding...". saya diberi MC untuk satu hari besoknya....

11:00 pm : Saya resah, msh ada kelihatan 'show bleeding' itu....saya menjadi x senang duduk, bagitau pd En HB..katanya bekas2 pendarahan serviks td kut.....saya cuba bertenang. Sempat saya solat Isyak dan seakan menggiil saya memohon doa pertolongan drpd Tuhan Lps tu, saya call smula klinik dgn harapan dpt berckp dgn Doc tapi hampa, Doc br sahaja balik...:(. Saya hantar sms explain ttg show bleeding tu..tapi tiada reply drpd my gyne....kechewa saya :(

25 Jan 11
12:00 am : Saya mula off to bed tuk tido dan rehat....tapi rupanya, perasaan saya mula terganggu....pabila merasakan perut mengeras....tp saya cuba bertenang...x putus beristigfar......

1:00 am : Masih lagi ada ulangan rasa perut mengeras...contraction kah?...

2:00 am : Saya semakin cuak...perut masih lagi mengeras. Mulut tak berheni beristighfar dan berdoa. Mula kira, ulangan contraction itu.....kelihatan En HB dan my Inas nyenyak tido...sedangkan saya gelisah keseorangan...:(

3:00 am : Saya confirm ini adalah petanda contraction. Berulang 2-3 kali ke bilik air....msh ada show bleeding.."Ya Allah, apakah petanda ini..?"....hati kecil saya meronta.....

4:00 am : Kejutkan En HB, bagitau dia saya sakit. En Hb agak mamai mengantuk tidak pula amik serius apa yg saya bagitau....:(. Tapi sempat dia bertanya, "nak ke hospital ke?...Kan tadi Doc kata x ada apa2...tido dan rehat je lah...."....saya diam shj sambil menahan rasa perut yg mengeras ini.....:(

4:30 am : Saya dgn spontan bangun bila merasa tahap contraction sudah mula agak kuat...terasa perit di celah kelangkang.....dan mula menjerit " abang tolong...sakit sangat dah ni...nak pegi hospital..tolong...tolong...tak tahan rsanya dah..."..berulang kali saya menjerit ayat yg sama sambil rasa terketar2 menahan rasa sakit. Sambil itu saya bersalin baju dan sempat mencapai pakaian yg patut...En HB pun terus melompat bangun juga untuk bersiap..sambil arahkan saya masuk ke dlm kereta.....Sungguh saya sgt takut ketika ini kerana tahap rasa sakit itu sukar untuk digambarkan.....~ tapi kedengaran juga En Hb seakan merungut.... menambahkan rasa sedih pada saya...:(

My Inas turut dikendongnya....tiada pilihan tuk ditinggalkan krn anak kecik ini juga tersedar drpd lenanya. Saya sedaya mungkin melawan rasa sakit yang sungguh2 tidak terperi untuk digambarkan. Berselawat dan mengucap tidak putus2 daripada mulut saya...mohon untuk diberikan perlindungan daripadaNya.....

Time has come......air ketuban saya tetiba dgn sendirinya pecah......saya semakin cuak, takut, cemas bercampur baur dan tidak terperi menahan rasa sakit....En Hb mintak saya tahan..tahan..tahan..tahan... katanya. Hospital terdekat lagi 3km... Saya mmg cuba menahan...namun Tuhan punya kuasa...mmg saya terasa bahawa baby sudah mula mahu menjenguk dunia...tanpa saya meneran,..ternyata baby mmg dgn mudahnya keluar......terlekat di panties saya ( mmg drpd mlm saya memakai panties kerana memakai pad akibat ada show bleeding itu). Ternyata saya melahirkan baby didalam kereta. Sebaik keluar...kami sampai di hospital....team emergency dgn pantas memberikan bantuan......

Hanya tinggal memotong tali pusatnya sahaja....dan selang beberapa minit kedengaran suara tangisan baby seakan tersekat2.."Ya Allah, aku memohon agar kau selamatkan anakku ini...berikan kesempatan untuknya hidup seperti kanak2 yang lain, aku yakin hanya dengan kuasaMu shj yang akan memberikan sinar buat anak ini".....Rekod yang tercatat saya melahirkan baby tepat pada pukul 5:10am

Saya admit ward di Hospital Pakar Ktn. Baby terpaksa dikejarkan ke HTAA untuk mendapatkan bantuan dengan kelengkapan mesin yg sewajarnya. Perlu diketahui, untuk kes2 emergency spt ini, hospital swasta tdk mempunyai kelengkapan mesin yang sepatutnya..perlu direfer ke general hospital juga. Bertuah kami kerana kemujuran masih ada..terdapat satu kekosongan di HTAA utk baby kami...kalau tidak, entah lah...kemana baby kami akan ditempatkan.....Terima Kasih Tuhan....!

Happening twice..saya ditakdirkan untuk melahirkan bayi pra matang. Saya terpilih olehNya jadi wajarkah saya merasa kesal dan kecewa dengan takdir ini?....Saya melalui pengalaman hamil yang sungguh indah....ditatang bagai minyak yg penuh, tdk membuat sebarang kerja berat dan dilayan kehendak selera makan oleh si suami dengan penuh teliti dan kasih sayang. Dan akhirnya..saya melalui proses bersalin yang sungguh mengharukan.....melahirkan cinta hati kami yang ke 2 dengan pra matang didalam kereta....Sudah termaktub ini takdir saya.....perancangan Allah itu adalah yang terbaik...saya hanya mampu redha dan bersyukur...dan terus jangan berhenti berdoa..dan terus berdoa......

"Alhamdulillah, baby sihat dan selamat. Berat baby 1330kg" - sms yg dihantar oleh En HB yg berada di NICU. Mesej yang berbaur ketenangan buat ibu yang masih menahan rasa gelodak yang sukar tk digambarkan....

Atas rasa kasih sayang yang mmg menebal di hati ini.....untuk suami dan zuriat saya, saya perlu kuat. Kekuatan yang tidak boleh luntur...ditambah dengan kesabaran yang tinggi. Kerana saya yakin, Tuhan sedang menduga tahap keimanan saya.....

"Sesungguhnya Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya.."-surah Al-Baqarah. ayat 286"

Monday, January 24, 2011

Last but not least....


~ bila tgk tajuk..mcm suspen je kan?..maksud yg sebenar entry ni ialah "last berkaitan dgn jurnal kehamilan saya"...kenapa?....ikuti sambungan "..dan kisahku yang masih panjang, menambahkan berat yang memandang..." kerana "apa pun yang terjadi...berjalanlah tanpa henti...."


Date : 24 Jan 11
29 wks
This trimester, about 250mgs of calcium are deposited in your child's hardening skeleton each day. So it’s important for you to make sure you get enough. 

Dairy foods are very high in calcium. Anmum Materna has plenty, so do yoghurt and cheese. Other good sources include calcium-enriched orange juice, rice beverages, and soy beverages.- Anmum.com
Two of the most common reason for Braxton-Hicks contractions during pregnancy is dehydration or bladder infection. Both of these problems can be best handled by drinking loads and loads of water (or anything not caffeinated or alcoholic). Not-so-conveniently, once you’re drank all your water and your bladder is super-full, BH contractions will again increase.-Pregnancy.baby-gaga.com
At nearly 40cm in length, your baby now weighs 2lb 5oz (1.048 KG)or thereabouts, although by now there’s quite a variation in size and weight between babies. During the third trimester, you can expect your baby  to triple in weight by the time 40 weeks are up. In many respects your baby is fully formed now – all the organs are developed but will continue to mature as they get ready to greet the world.

Lots of mums have difficulty sleeping during pregnancy. Try sleeping on your side with three pillows – one between your knees, one in the small of your back and one under your head. Have a warm, milky drink before you go to bed but it’s best to avoid tea or coffee because the caffeine can make it too difficult to relax and might make you want to urinate in the night. You can also try putting a few drops of a diluted and pregnancy-safe essential oil into your bath such as lavender to help you relax and unwind.

By week 29 you are legally entitled to begin your maternity leave ? Just be sure to keep in mind that any weeks taken before the birth will be one less to spend when your baby arrives.- Danone.com
oh, my aching back
One of the greatest areas of risk of strain is to your back. To counter balance the weight and bulk which is out in your front, your back is likely to automatically sway inwards from now on. In addition, your feet will be placed further apart as you walk. This will give you the all too familiar waddle of pregnancy, something you may have sworn you'd never succumb to. Watch your weight, wear flat shoes, take your time getting from a standing or lying position to being upright and do some back strengthening exercises. The abdominal muscles also work on supporting the back so don't ignore their important role. 

your emotional changes this week

  • You may be feeling yourself relax a little, knowing that if you went into premature labour, your baby's chances of survival are very good. If you've had a pre-term baby before, this will undoubtedly cause you to feel concerned and anxious it may happen again.
  • Start to prioritise about what is really important and what isn't. Think in terms of what you have to get done and what you want to get done before the baby is born. Be realisitc about what will be more difficult to achieve, when there is someone who is totally dependent on you for its care. Now is not the time to start a major renovation, plan a house move or start a new job. Try to avoid excess stress and aim for a simple life.
  • Try not to place too much value on your body image or how you look. You may need to change your ideas on what you perceive to be attractive and beautiful. Pregnant women's bodies are unique and have their own inherent beauty.
  • Mood swings are common in the third trimester. You could find yourself almost delirious with happiness one minute and in tears the next. Keep a box of tissues handy and be kind to yourself. Blame those hormones again which can depress your nervous system and cause symptoms similar to pre-menstrual tension.
  • Make a list of baby names which can be further refined if you can't ultimately decide. Many parents leave the final decision for when they actually see their baby and what name suits them. This is not as strange as it seems. In a moment of absolute clarity, most parents can look at their little ones face and know what they need to be named. Sometimes, it's a name which has not even occurred to them.-Huggies.com
Having a baby prematurely is frightening, no doubt. But here's a reason to relax: Due to the impressive advancements of medical technology, if your baby is born this week, she'd have a 9 out of 10 chance of survival, which is seriously great news. Other awesome developments:

Baby's brain can now control her breathing and body temperature. She can also cough, and her sucking abilities have been perfected. Look out, boobs!-3dpregnancy.parentsconnect.com

Thursday, January 20, 2011

Mood 'kunci mulut'..

Dalam apa jua situasi, seme orang akan bersetuju rasanya bila dikatakan keberkesanan komunikasi itu amatlah penting. Tak kiralah dlm apa jua situasi pun..kalau x berkomunikasi, manakan mesej sesuatu hasrat itu akan tercapai...ye takk?

Bila tgh preggy cenggini, saya noticed that saya makin kurang nk berkomunikasi mcm biasa. Especially, kalo berkenaan dgn bab "membebel"....hehehhe. Now lebih senang saya berdiam diri ajer...daripada saya membebel yg mungkin akan berlanjutan menjadi lebih panas lagi...dan juga mungkin tuk tak mau nak kacau feeling sendiri dan juga feeling org yg kena bebel tu juga...huhuhuhu.

Kalo with my students, mmg saya kunci juga mulut kalo2 depa ni ada buat silap. Nak tgk dulu apa reaksi dia org, sedar ke tak sedar depa ni buat silap. Ada students yg sedar tu, mmg dtg jumpa kita face to face explain dan minta maaf, tapi mmg ada juga yg buat derkk ajer...mentang2 saya diam, depa pun turut sama diam buat tatau ajer.....huhh!....what say u?....

Kalo kat umah, En HB lah yg biasa dibebelkan saya. Bukanlah tanpa sebab saya bebel...biasanya sbb yg rasional lah..contohnya kalo suka buat keja bertangguh....kan ke x seronok dipandang mata bila satu2 menda yg kita buat tu terbengkalai cenggitu ajer.....pastu lagi satu kepantangan saya, bila amik sesuatu brg, lepas tu x letak balik kat tempat asalnya....huhh!..mmg boleh 'kuatkan speaker' saya ni lagi...Biasanya saya akan terus membebel lah kan..Tapi tu seme saya diamkan ajer sekarang....mmg buat derkk ajer walaupun sebenarnya dlm hati terperam rasa yg x best tu...:(

Sudahnya, bila x thn sgt, saya pun htr lah sms ke En HB dengan ayat yg baik la. Baik sikit kut drpd membebel..at least dia baca text ajer...huhuhu. Dan dah agak, my En HB ni x kan reply punya.....kecik hati ke dia?..merajuk ke dia?...X pe lah kan, at least bukanlah satu kesalahan dan dosa pun kan saya nk sampaikan hasrat hati yg baik lagi suci murni mcm tu...huhuhuhu, ye ke?....

Note:..Yangg, jgn merajuk yer, patutnya sayalah yg preggy ni yg lebih ber emo...bukan abang yer.....hehehe, sabor jelah..!

Memahami perkembangannya...


Oleh kerana dek layan perasaan yg teruja berkembang dihati ibu ini, pantang ada masa luang...dgn bantuan Pakcik Google, ibu akan terus mengexplorer sebanyak mungkin info ttg perkembangan baby. Mungkin nak 'membalas dendam' kut sbb masa peknenkan my Inas dulu2...ibu x berpeluang tuk mendapat info2 dan knowledge yang sewajarnya tentang apa sahaja mengenai kehamilan.

Okey..ni ada jumpa kat website RatuHati.com

Baby
  • Janin kini boleh membuka dan menutup matanya, menghisap ibu jarinya, menangis serta menendang. 
  • Janin akan turut memberi tindakbalas terhadap cahaya dan bunyi. 
  • Cuba nyalakan lampu picit dan halakan kepada perut anda,  bayi anda di dalam perut mungkin akan menghala ke arah cahaya tersebut. 
  • Jika janin dilahirkan semasa ini, ia mempunyai peluang yang baik untuk hidup.
  • Panjangnya kini 15 inci dan berat 3 paun.
Ibu
  • Anda kini telah memasuki trimester ketiga. 
  • Jika anda berisiko mendapat diabetes gestasi, doktor akan menjalankan ujian darah ke atas anda untuk mengesannya. 
  • Jika tumit dan kaki anda bengkak ketika berdiri, cuba baring dan tinggikan kaki anda daripada badan. 
  • Tanda regangan mungkin akan kelihatan di perut dan buah dada kerana saiznya yang membesar. 
  • Anda juga mungkin mengalami tanda kelahiran palsu. Ini adalah normal, tetapi anda hendaklah berjumpa dengan doktor jika tanda ini wujud lebih dari 5 kali dalam masa satu jam. 
  • Oleh kerana perut anda semakin membesar, badan anda akan menjadi kurang seimbang dan mudah terjatuh. Berhati-hatilah!
Tip
  • Anda boleh menghadiri kursus kelahiran bayi yang ditawarkan oleh hospital.
  • Berehatlah jika penat. Badan anda sedang bekerja kuat.

Yang ni pulak ada jumpa kat sini... 

http://www.ehd.org/resources_bpd_illustrated.php page=3&language=60


Kedutan di fetus nampak berkurangan kerana endapan lemak makin terbentuk dibawah kulit. Lemak berperanan penting mengekalkan suhu badan dan menyimpan tenaga selepas kelahiran. Setelah 28 minggu, fetus boleh membezakan antara tinggi dan rendah nada sesuatu bunyi.

 Sound Discrimination, Behavioral States

Play Movie - Sound Discrimination

Amalan Zikir dan Doa ketika hamil

Alhamdulilah, ibu cuba luangkan masa online tuk mencari panduan zikir dan doa ketika hamil ini. Saya print dan nak tampal kat mana2 dpn mata yg senang ditengok dan dibaca....harus juga wajib hafal kan....Insyallah...

Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah
:
1. 

“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu” 
2.

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.
3. 

“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
4. 
“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah” 

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :

5. 
“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam. 

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:
6. 
Maha Suci Allah
7. 
Aku Pohon ampun kepada Allah

Sentiasa membaca doa ini :
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ8.
أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ
Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu

9.Surah Al-Ansyiqaq
10.Sentiasa membaca surah Maryam.


11.Surah An-Nahl: ayat 78-80
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.


"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Ameen.

dari buku "Amalan ketika Mengandung", Abu Afiqah

28 minggu di alam rahim

Date : 20 Jan 2011
28wks 4 days
In just 3 more months, your little bundle of joy will arrive. And if you're like most women, you'll gain about 5kg this trimester, while your child adds on more body fat to prepare for his grand entrance.
He’s also busy developing billions of neurons in her brain. When he’s born, his brain cells will connect to each other through visual, motor, language and social stimulation.-Anmum.com
Lepas ada 'spotting' secalit last week, same as feeling yg 2 kali (wk 6 n wk 9) dulu..tiap kali buang air, mmg neves duk monitor.....kut2 msh ada 'spotting' lagi.....Ya Allah, tenangkan perasaan saya ini.....
As if we have to tell you: their little “cute” kicks are getting stronger these days, but just pay attention. If you notice a significant drop in the number of kicks experienced per hour it would be a good idea to tell your physician or mid-wife. But before you start getting anxious, keep in mind that during the final weeks of pregnancy your in-house-football player will be kicking significantly less as they will lack the space to move about as vigorously.
Yer betul..skrg ni baby mmg dah buat pelbagai aksi rasanya. Bukan takat tendang...berpusing sana sini...menonggeng jugak kut....sbb ibu mmg dpt rasakan pergerakan yg aktif sungguh. Bila ayah pegang perut ibu, mmg kagi jelas baby duk tendang2 perut...heheheh.
If you didn’t know yet, some time prior to labor you will lose your mucous plug (this is exactly what it sounds like: a plug made of mucous in your cervix that protects the entrance to your uterus). Women that have had a previous pregnancy tend to dilate earlier thereby losing their mucous plug earlier on… even before real labor sets in- Pregnany.baby-gaga.com
Yer ok...ibu had a previous prematured delivered our precious Inas, so saya mmg hv to monitor myself and alert with any labour sign. jauh disudut hati saya, mmg msh ada sisa perasaan yang neves bila mengingatkan smula saat2 suspen labour itu. Harapan yg sgt besar, utk kali ini, saya mohon...berdoa sungguh2 pada Yang Maha Kuasa. Antara peringatan yang saya amalkan sekarang ialah....:

a) Rest n Relax as much as u can.....- jgn paksa diri nak buat apa2 keja sekalipun. Kalau rasa malas..saya layankan juga perasaan itu...kalau rasa sakit benar mata memandang bila keadaan rumah atau kwsn sekeliling bersepah, saya cuba tahankan diri buat dekk ajer...Asal yg penting, saya x penat...My Gyne pun kata, kalau kita duk baring, bangun takat nk buang air dan makan ajer mmg boleh membantu menenangkan perasaan ibu dan keadaan baby kat dlm ni.....

b) No travel - weekend duk umah ajer...takat kuat jln2 hirup angin petang n JJCM ok la kut. Tapi kalau travel yg perlu duk berjam2 dlm keta tu saya x sanggup rasanya...mmg terasa lenguh2 dan sakit2 badan dibuatnya. Now, dah ada rs sakit2 pinggan dan lenguh sana sini....

c) No sex intercourses - ni wajib kena puasa....according to book " What u expect when u r expecting", some women mmg sgt sensitif dgn sex intercourses due earlier labour...so watch out!!
• 24 to 28 weeks – it's not unusual to feel your baby hiccup and while sudden loud noises won't do them any harm, they might make them 'jump'! 
How to manage tiredness during pregnancy 
It can be tough fighting tiredness during pregnancy – especially in the latter stages. There are a few things you can do to help you feel less tired: • Taking 20 minutes 'time out' mid morning and mid afternoon could recharge your batteries.• Putting your feet up could ease any fluid retention and help you relax more.• If you're tired, a healthy balanced diet is even more important to keep your immunity levels high.• Iron rich foods, like leafy green vegetables, can boost your energy too.• Try not to rely on sugary food to get you through the day.• Take all the offers of help you can get.• Relax, rent a film, do some on-line shopping – whatever takes your fancy.• Maybe treat yourself to a day off. You deserve it!- Danone.com
Biasanya penat terasa bila balik dr keja...sampai umah mmg ketara sgt rasa penat dan nak nap. Tapi bila dah selalu sgt nap petang...mlm mmg saya dlm dilema ssh nak lelap mata. So, dah x boleh nap petang, just baring dan rilek shj...hilangkan rasa penat tanpa lelap....(ermm, mlm td...dah of  to bed awal..dapat lelap tapi rasa mcm x dpt rasa nikmat tido, naper erkk?...)
  • Stretch marks could be appearing on your tummy now. If you’ve avoided them until now, don’t be alarmed. There is nothing you can do to stop them forming. Although they start out red and very visible, within a year or less they will fade to white and not be nearly as noticeable. - alhamdulillah x de tanda strech marks ni muncul lagi, masa peknan kan my Inas pun sama juga...x de kesan mcm "perut pecah", kata org tua2....
  • Squatting and bending down is getting harder. You’ll discover the easier way of doing things in a hurry. Picking things up with your toes takes some getting used to but it can be done. Lots of pregnant women invest in a set of extendable calipers – look in a toy shop for some. If you have a desk job, organise your work station to suit you. Your computer chair may need to be adjusted a couple of times a day.- betullah kan..sbbnya perut dah membuyung, mmg rasa mcm 'se'eh' la sikit nk menunduk bila amik barang, kalo nak main2 ngan Inas pun...kena sama2 ajak dia baring dan main peluk n sayang2 dia..
  • Feeling pregnant, looking pregnant, thinking pregnant can make your whole life seem to revolve around the coming baby. Some women long for their old identity at this stage of their pregnancy. Unfortunately, things are likely to get worse before they improve. You won’t always be seen in terms of your relationship with the baby, it’s just that it’s become so obvious now.- Tersgt saya memikirkan kandungan ini...harapan besar agar semua urusan dipermudahkanya dan sihat sentiasa...aminnn!
  • If you find yourself rushing to the toilet every five minutes just sit tight. Chances are this is because the baby is lying in a particularly prominent position on top of your bladder. Try lying on your side to see if this prompts it to move into another position.- Ini mmg berlaku, br je kejap pi tolir buang air...lps tu..rasa nak pegi lagi toilet..nak buang air lagi....
  • Book a holiday. Now is the time to think about organising some time away before the baby is born. Having a break between leaving work and your due date can be incredibly restorative and help remind you of the important things in life. If you’ve got older children, this will be an opportunity for you to spend some quality, one on one time with them before they need to share your attention with their new sibling.- Huggies.com - Yer mmg best kalau dpt pi holiday, tapi niat saya drpd awal..bila dah touch 7mths, mmg tahankan diri drpd pi travel mana2 dah....tamau ambahkan lagi rasa sakit2 badan dan lenguh2 pinggang...rest n rilex as mush as u can.....Insyallah...
    "Jauhkan diri ini daripada mimpi2 buruk...daripada berfikiran negatif.....tenangkan jiwa saya, lapangkan fikiran saya...aminnnn!"

Tuesday, January 18, 2011

Semoga semua urusan dipermudahkan olehNya...

Date : 18 Jan 2011
28wks 2 days

~ Bismillahitawakkaltuallallah.....~

Hari ni ada routine medical check up with my Gyne. Supposed to be held on this fri tapi oleh krn tidak luang masa tuk this fri, kami decide tuk pegi jumpa Gyne hr ini. 

Mujur juga tdk terlepas nombor giliran due to my Gyne Doc Ita ada case caesaren yg perlu dihandle. Kalau tak mmg terpaksa postpone la jugak check up hr ni. So x de nak stori mori pjg lebar sgt mcm biasa sbb Doc Ita pun kesuntukan masa sebenarnya...

Dapat suntikan Tetanus atau Kancing Gigi hari ni. As always, saya mmg neves ngan jarum..x kiralah kena amik darah ke..kena injek ke..mmg seram dibuatnya...hehehhe. Padahal x lah sakit sgt pun..tapi tah naper lah seram sejuk je rasanya.....wat malu je...huhuhu

Urine test alhamdulillah tahap gula normal...cuma masih ada lagi kes mild kencing kotor. Doc advice lagi kena byk2 minum plain water....Hakikat sebenarnya, saya rs mmg dah byk sgt saya minum plain water berbanding dgn air manis....Bak kata Doc, it's fine...Tuhan punya kuasa..cuma kita teruskan usaha shj....:)

Ultrasound, kedudukan baby dah x menyonsang. Tapi mungkin boleh jd berubah kedudukan juga due tu pergerakan aktif baby yg bukan kuasa kita nak kontrol. Kedudukan uri juga nampak normal. Berat baby now is 1.22 kg..nice to hear...:). Dan doc sahkan it's a GIRL...Alhamdulillah.

1 mth later next appointment check up, at 32 weeks. "Insyallah..keep praying hope that everything will be fine. Means, a big hope no prem contraction show off....must be reminder that mine had history when delivered our precious with 32wks Prem, so pls monitor ur self regularly from time to time"..itu pesanan Doc yang saya mesti beringat sgt2.....Honestly, saya mmg tak boleh nk tipu perasaan sendiri. Bila masuk sajer 28 weeks ini, rasa berdebar dan x keruan mmg wujud. Tapi saya mesti byk2 kan bertenang....tak perlu nk bebankan fikiran dgn tersgt rungsing. Berdoa..bertawakkal itu yg terbaik...Dan Doc mengiyakan perasaan saya -> " Kita hanya manusia biasa yang tak mungkin mudah melupakan sesuatu, lebih2 lagi sesuatu yang memberikan kita pengalaman yang cukup terkesan dalam hidup, berdoa dan terus berdoa agar semuanya dipermudahkan...Insyallah.."...begitulah biasa Doc Ita yg sentiasa uba utk confort perasaan saya yg kdg kala terganggu.....

Last sekali, pesanan Doc Ita, kalau ada apa2 tanda prem contraction...cepat2 dtg klinik n may be will send me admit to hospital for better monitoring. Don't think to muchh.....Insyallah, semua urusan akan dipermudahkan olehNya......

Saya seadanya....mmg sentiasa x putus doa...agar pengalaman kedua ini utk ahli keluarga baru bagi kami ini semua nya berjalan dengan lancar. Rest & Rileks as much as u can.....jgn buat keja penat dan duduk baring mmg boleh membantu untuk elak drpd keadaan penat yg tdk diingini....aminnn.!

Doakan tahap kesihatan saya dan baby sentiasa di bawah perhatian dan lindungan daripadaNya.....aminnn..
Related Posts with Thumbnails