Friday, April 16, 2010

Perasaan yang tawar

"Tetapi hati yang tidak dipandu akal, menyebabkan mulut ditimpa bebal. Bercakap sesuatu dengan maksud yang baik, tetapi salah memilih perkataan..."


Sejak kami dikurniakan little precious Inas, sudah terlalu byk ckp2 org sekeliling mengenai Inas. Sama ada ckp2 sebagai satu pertanyaan untuk berkongsi knowledge (sharing is caring)...sebagai ckp2 untuk memberi semangat (terima kasih)...dan tak ketinggalan juga sebagai ckp2 utk men 'down' kan kami...:( (lemah semangat....)


" Ada anak org kampung ni, mcm Inas ni la...dah besar pun tapi sampai skrg la x boleh berjalan lagi...duk lembik je mcm tu" - nenek sedara Inas
- Kala ini, saya rs sangat terpukul dgn kata2 mak sedara saya ini dgn memek muka yg x cantik. Hampir bergenang air mata saya ketika ini kerana sungguh x sangka dia mcm memperlekehkan Inas saya ini....

" Inas ni ok, insyallah dia boleh berjalan suatu hari nanti. Ishhh...cuma dia yang malas nih..." - kawan ibu
- Apa lah salah Inas bila dikatakan malas untuk berjalan?...betulkah Inas malas berjalan?...

" Inas dah besar..umur 6 tahun patut dah boleh duduk...jalan..makan sendiri..berlari....tapi kenapa msh x boleh2 lagi buat mcm tu?"....- sepupu Inas
- kenapa saya perlu tersentap dgn anak sekecil 8 thn yg bertanya?..tersentap kerana saya cuba kawal sedih dan terkilan pabila my Inas tdk dpt bersama membesar dgn anak2 kecil yang lain....

" Kurus sangat dia nih..isi x lekat kat tulang so mcm mana dia nk kuat. Tak bagi dia makan kah?..." - sedara belah ayah
- cukup makan pakai kami sediakan untuk Inas.Tapi susah payah kami untuk pastikan Inas makan, ada sesiapakah yang ingin ambil tahu?..yg ingin membantu?

" Kalau bawak dia pegi berurut, mesti dah lama boleh jalan ni kan?...cubalah"..- kenalan kami
- merata tempat kami dah bawa...tanpa fikir penat lelah, fikir duit yang diperuntukan dan berhabis duit atas jalan raya...tapi, kenapa msh fikirkami ini seakan tiada usaha untuk Inas?....

" Kalau tak ibu dan ayahnya yang bagi makan...yang mandikan...yang cucikan b***k dia, org lain tak larat nak buat..." - ahli keluarga
- segala susah payah, kami tetap harungi...jgn risau, kami tak akan susahkan sesiapa selagi masih ada hayat





"Anda semua yang berckp2 begini...tidak berada di tempat kami. Betapa susah senang tak sama dgn apa yg hanya dipandang mata. Tapi, kesanggupan ini datand daripada hati..naluri kami sebagai ibu dan ayah kepada anak seistimewa ini. Penat lelah kami berbayar dgn kehadiran cahaya mata ini hanya kami yang dapat merasainya. Terima kasih Tuhan, atas kurniaan seistimewa ini bagi kami pasangan kasih yang terpilih....Aminn..."

1 comment:

  1. assalamualaikum..

    Saya baca blog akak..saya pun rasa sakit hati bila mulut2 org bercakap sesuka hati..Tmbah2 pasal anak kita..saya turut simpati...

    Tapi kak, sabar banyak2 ye..
    Allah tidak membebankan hambaNya kecuali dengan kemampuan yang ada pada hambaNya..
    Pasti ada hikmah tersirat di sebalik ujian ini.
    Saya doakan semoga agar akak dapat sentiasa berlapang dada dengan segala ujian Allah s.w.t.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails