Thursday, April 15, 2010

Sudah cecah 200 rupanya..


Kejap jer...rupanya dah ini post yg ke 200 coretan saya...t.kasih dgn kemudahan blogspot yg membuka ruang untuk saya merekodkan segala mcm perasaan...ilham...dan apa sajer yg terlintas di minda berkenaan dengan ruang hidup saya...peribadi...keluarga...kawan2 dan jua persekitaran...Gamaknya, kalu tiada teknologi intenet..tiadalah jua muncul kemudahan diari elektronik sbegini...Tika itu, adakah saya akan berkepit dgn diari seperti mana saya yg tak dpt dipisahkan dgn laptop + intenet mcm hari ini?..huhuhuhuhu

Namun, sehingga ke saat ini, hati saya msh belum terbuka untuk mem'publish'kan blog saya in secara rasminya kepada pengunjung intenet alam maya ini. Maksud saya, identiti saya tidak begitu terserlah melainkan ada yg terjumpa + kenal pics yg di letakkan dlm blog ini scr tdk sengaja.Kenapa?...angguk2....geleng2 sajer yang saya mampu buat....heheheheh poyo betul lah!




Niat asal dihati, blog ini hanyalah utk tujuan suka2 diri sendiri shj buat sbg 'rakan' yg memahami jiwa sendiri. Segala tiap baris kata yg digunakan adalah untuk panduan dan rujukan diri sendiri shj disamping akan diabadikan sebagai kenangan. Namun, etika utk ber blog ini cuba juga sedaya upaya diikuti dgn baik....Hrp2 saya tidak lupa untuk menjaga tatasusila kita ber blogging ini demi kesejahteraan bersama....

Utk blog walking menjengah ke blog2 rakan yg dikenali mahupun rakan cyber mmg merupakan minda terapi bg saya ketika mengadap intenet...suka juga menjadi silence reader kpd coretan + nukilan mereka...:)

Insyallah....bila sudah bersedia...akan ku serlahkan identiti dgn agak lebih sedikit..huhuhuhuh, rs mcm superstar yg perasan la pulak.....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails