Sunday, April 11, 2010

Tak usah gundah...

Me as at 9 Apr 10
Cubaan yg pertama setelah sekian lama menyepi nmpk gayanya gagal..:(. Kecewa jer bunyinya nada saya ini. Tapi kenapa mesti kecewa erkk?...HB pula bagaimana?

Sabar
Setelah sekian lama saya berjaya mengharungi ujian kehidupan ini...saya telah merasai pahit manisnya bila bersabar. Jadi, untuk kesekian kalinya lagi..tak kan lah x boleh lagi untuk bersabar kan?...

Saat begini, brlah saya benar2 merasai erti perasaan mereka2 yg sgt dambakan untuk menimang cahayamata. Justeru itu, saya sgt2 bersyukur dgn rezeki my Inas....sekurang2nya saya dihadiahkan Inas sebagai penyeri dunia dan akhirat saya....Tak usah gundah, kita hanya merancang, dan semua ini adalah kerja Tuhan yg Maha Esa....
"jangan engkau menangis kerana tidak berkasut sehingga engkau melihat orang lain tidak berkaki"

Disaat saya benar2 bersedia..tentulah saya letakkan harapan yang tinggi. Saya telah dan akan sanggup melalui segala susah payah dan rintangan yang bakal dihadapi dgn sebuah keluarga ini. Diharapkan kekuatan fizikal dan mental saya tetap utuh sebegini sehingga selamanya. Doakan saya...

Jgn putus asa....jgn leka..dan usaha sungguh2 ya...:)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails