Tuesday, March 23, 2010

Bila hati tidak tenteram....

Tah apa la 'penyakit' saya ni....selalu juga duk terlintas atau membayangkan sesuatu yang tak elok berlaku..sesuatu mengarut lah yg lagi tepat kurasa.....:(...

Bila hati tidak tenteram....
Adakah sebab sbg langkah berjaga2 atau berhati2?....Cthnya, ketika driving...mmg fokus diutamakan tetapi dlm fikiran mesti terlintas membayangkan kalo accident mcm mana?...nmpk lori didepan nk memotong...kalo selisih rapat mcm mana?....nmpk motosikal kalo terlanggar buntut dia mcm mana?....kalo terbabas mcmana?....ishhhhhhh!....minta dijauhkan, saya msh ada suami dan anak kecil yg perlu diberi perhatian.....tapiii, frankly speaking...mmg biasa juga terfikir perkara2 spt itu.....for me, bila ngeri membayangkan hal2 itu membuatkan saya akan lebih extra berhati2 ketika memandu....

Bila hati tidak tenteram....
Tatau nk fikir jauh2 sgt mcmana dgn 'penjagaan' & 'pengurusan' Inas utk hari2 yg mendatang. Ye lah, Inas makin lama makin besar....for sure makin berat. Syukur alahmdulilah, drpd segi perkembangan fizikal mmg Inas x de masalah kecuali kurus keding jer...makan so far boleh kata selera bagus juga tapi tu lah..x menjadi isi pd badanna. Since follow rawatan dgn K.Raw ni, berat ada la naik 1kg...(adakah sbb rawatan itu sebenarnya?..)...now Inas dah 13.5 kg...


Nak dukung dia...nak mandikan dia yg perlukan kederat. Kalau dah makin besar dan makin berat......??????...seriously, saya tatau nk komen apa skrg ni....now, saya tgh mula berusaha tuk dapatkan Inas seorang adik...bila saya dah peknen nnt, adakah saya mampu angkat/dukung Inas lagi?...HB keja shift hour....pd hr2 tertentu (sewaktu HB keja siang), mmg sayalah 100% akan uruskan Inas seawal pagi sehinggalah malam sblm HB balik keja....

Mulalah menda2 yg mengarut terlintas di fikiran saya. Saya tak sanggup...(x de yg sanggup rasanya..) tuk melalui trauma peknen lagi tuk kali ke 2 ini. Sekiranya saya 100% menguruskan Inas, adakah menjejaskan keadaan kesihatan saya dan bakal baby didalam perut itu?...Owhhh!, x patutkan saya memikirkan hal2 begini...sehaursnya saya berdoa, dan bertawakkal kepada Allah....segala yang berlaku adalah hanya kerana ketentuanNya....

Jln yang saya nampak....seharusnya saya mencari 'helper' atau 'bibik' semata2 tuk membantu uruskan Inas demi kesihatan dan penjagaan kandungan saya....Soal maha murah kosnya terpaksa kami tolak tepi...Harap2 segalanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan olehNya....

Bila hati tidak tenteram...
Hakikatnya, rekod kesihatan HB ada 2 yg tercatat sekarang. Hep C dan Diabetis (terbaru). Hep C nampak gayanya tidak menjalani apa2 rawatan disebabkan doc memberitahu 'tiada rawatan yg perlu kerana parut virus telah ada dan melekat...'...adakah maksudnya, kalau diberikan rawatan juga sebenarnya adalah membazir ajer?.....tak gitu?...:(. Tapi, penjelasan tentang risiko2 yg bakal diterima sekiranya tidak menjalani apa2 rawatan tidak pula diberitahu dgn sejelasnya...:(.Saya cukup tidak puas hati.....dan HB pula seakan tdk mengambil serius (pd pandangan saya...dlm hatinya saya tak pasti)...kelihatan ubat 'jetepar' tuk hati..(fungsi sebenar saya tak pasti) pun tidak diulang makan oleh HB. Bila ditanya, HB kata doc ada bagitau that ubat juga kdg kala boleh menyebabkan bacaan ujian darah yg berkenaan makin naik....ermmmmm, tah la...mmg keliru sgt2 saya dibuatnya...:(...


Secara logiknya, menda2 yg mengarut (tentang risiko) byk kali juga terlintas difikiran saya. Hasil drdp saya google di internet, saya mmg ada byk info tentang risiko Hep C ini. Mmg sgt2 ngeri pabila membayangkan risiko2 ini.....Ya Allah, minta kami dijauhkan dgn perkara2 ini....

Esok, HB ada temujanji dgn doc psl Hep C ini. Harapan besar saya, ada berita yg menarik dan sedap tuk didengar. Kalo ikutkan hati, mmg saya ingin menemani HB bersama2 hadir tuk temujanji itu...tapi bila mengenangkan keperitan betapa byknya masa saya terbuang dgn hy kena menunggu..menunggu..menunggu giliran di GH itu...saya beserah sahaja kpd kebijaksanaan HB tuk berbincang apa yg sepatutnya dgn doc....."Fida nak abang jelas dgn perbincangan tentang penyakit ini, Fida nk abang sihat...Fida nak kita sama2 sihat tuk membina keluarga kecil (insyallah akan menjadi keluarga besar) kita ini selama2 nya...."......

*********************************************

"Kalau kita nak kan sesuatu, kita kena sentiasa fikirkannya..sehinggalah apa yg kita nak kan itu berada dalam genggaman..."....adakah petikan motivasi ini betul2 relevan?.....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails