Saturday, March 31, 2012

Nasi Goreng Kampung Pataya 1H1R

Dulu saya penah mengaku yang saya x pandai nak masak nasi goreng. Bukannya x penah cuba, tapi sendiri mmg rasa x puas bila makan nasi goreng ang ala2 x menjadi...ada je sebabnya....kdg2 terlebih berminyakpulak...kdg2 kering sgt....kdg2 x de rasa apa pun.....huhuhu

Tak puas hati sbb telur yang nak di pattayakan ni kecik sgt......(kedekutts telur la....huhu)

Tapi, skrg rasanya Alhamdulillah...saya dah berjaya membuat nasi goreng yang sedap seadaanya. Lepas dah banyak kali cuba...dan cuba...dan cuba....kdg2 duk bertenggek kat tepi dapur bila my mom masak...perati satu2..(saya mmg lbh prefer kalo nak belajar masak apa2 suka tengok demo mcm ni....)...sbb tu suka sgt nonton apa shj rancangan resepi kat tv (miss MasterChef sgt2....:(..)

Sebenarnya, kali ni saya gabungkan resepi 1H1R Nasi Goreng Kampung dan Nasi Goreng Pattaya...so jadilah tukar nama menunya Nasi Goreng Kampung Pattaya...hehehe

Indahnya percaturan Allah


Sedari awal, ibu dah sedia maklum…..ibu dah faham yang anak-anak ibu ini perkiraan umurnya "lambat" daripada yang sepatutnya. Dah lahirnya ke dunia ni pun awal kan….so patutnya perlu diteliti perkembangan mengikut umur sebenar….


Alhamdulillah….dalam tempoh seminggu lagi, my IMAN WAFIQAH akan mencicip umurnya setahun yang sebenarnya (dengan umur zahirnya 14 bulan++). Setakat ini, dia membesar tanpa sebarang masalah….tepatkan, percaturan Allah itu yang terbaik..walaupun pada awal2 kelahirannya sungguh dramatik dalam diari hidup seorang ibu ini…
  • Hanya sempat menghuni di alam rahim ibu selama 29 minggu sahaja
  • Menjengah dunia didalam kereta tempatnya
  • Berat lahir hanya 1.35kg
  • 66 hari menghuni rumah di hospital
  • Sering muntah susu pada 3 bln yang pertama umurnya
Dan sekarang…
  • Sedang seronok belajar bertatih
  • Merangkak laju kesana kemari meng 'explore' apa sahaja (setelah buleh duduk sendiri dahalu)
  • Mulut bising dengan bahasanya sendiri
  • 7 batang gigi dengan berat 8.6kg, percapaian kenaikan berat yang stabil dan cemerlang sebenarnya
  • Tau merajuk bila dimarah manja
  • Seminit pun x duduk diam……haihhh! 

Pada kami yang belum ada pengalaman pekembangan anak normal ini, mmg terasa sungguh2 manisnya setelah melalui kepahitan susah pada satu ketika dulu. Tapi tidak bermakna kami kesal dengan adanya kehadiran si kakak Inas dalam hidup kami. Dalam dia, secara tersiratnya…segala bentuk rezeki yang kami ada hari ini mungkin juga kerana dikurniakan anak istmewa sebegini. Alhamdulillah…..kami patut dan harus sentiasa bersyukur kerana menjadi insan terpilih mempunyai anak istimewa ini. 


Kami sayang sungguh-sungguh kamu….INAS FANSURI. Semoga Tuhan sentiasa merahmati kamu dan kita sekeluarga…..aminnn!

p/s: X sabar nak bagi hadiah kat kamu yer Inas……. sabar... sabar….:)

Tuesday, March 27, 2012

Semoga menjadi anak yang solehah

Serius je mukanya bila ibu pakaikan dia ngan tudung ni....hehehe, tapi tetap cute kan?....Ini adalah aksi spontan selama seminit je kut, lepas tu dia mula tunjuk perasaan nak cabut tudung tu....

Nampak labuh je pipinya tu....tapi hakikat sebenarnya kalo depan mata nampak mcm kenit ajer.....hehehe, asal sihat ibu syukur sangat dah....

Monday, March 26, 2012

Karnival Buku MPH

Ni hasil yang dapat dicapai masa kali pertama pergi....

Saya suka membaca, bolehlah nak dikatakan hobi. Kalau masa zaman anak dara dulu, bukan main lagi melekat ngan novel-novel...tapi bila daah get married...terpaksa dikurangkan sikit xtvt tu....kang ada pulak yang lupa nak memasak...lupa nak ngemas umah...lupa nak basuh kain baju....huhuhu


Julung-julung kali diakan pesta Buku macaam ni, saya tak mau terlepas peluang. Pulak lagi vocher BR1M buku tu masih ada berbaki.....so apa lagi, ajak pujuk2 lah jugak En HB pegi...(dia x de langsung hobi membaca...huhuhu)

banyak sangat pilihannya...macam-macam buku ada. yang tiada banyaknya ialah cuma masa yang semput2 ajer....

Tu diaaa....sampai diskaun 90% gitu......ko ada?....huhu


Nahhh!...inilah hasilnya tangkapan yang dapat saya lakukan sepanjang 2 kali lawatan kesini. berbaloi-baloilah dengan peluang diskaun 90% tu......

Ehh!...ada masakah saya tuk membaca semua ini?......(-_-), tepuk dada tanya selera ehhhh!....

Sunday, March 25, 2012

Kerabu Epal Hijau - 1H1R

Bahan-bahan yang ringkas dan mudah sangat dicari....

Ni seketul-seketul...hehehe

Taraaaa...ni nak kasik kat jiran sebelah rumah.....

Ni yang kami punya untuk ready dihadap.....sedappp!...

Seriusly, saya x penah cuba buat pun kerabu epal hijau ni. kebetulan pulak hari tu ada kawan En Hb datang kerumah bawak seplastik epal hijau sebagai buah tangan. So mailah idea tuk cuba buat kerabu epal hijau ni....hasil daripada ketekunan saya membelek dan study dari buku resepi 1H1R tu...berbaloi2 rasanya mencuba......muahhhh!.....

Kalau tidak sekarang, bila lagi?

Bagus sebenarnya ungkapan macam tajuk yang diatas nun...Pada saya, kata-kata sebegini sebagai penyuntik positif untuk kita menggerakkan sesuatu yang mungkin selama ini menjadi impian atau harapan yang diinginkan. Saya sendiri masih ada beberapa senaai wishlist yang seharusnya ada target untuk disudahkan.....

1. Habiskan pengajian master saya yang sudah tertangguh selama hampir 8 tahun ni......(rugi sgt besar kalau tak dihabiskan). Jangan fikirkan apa halangan dan alasan sekalipun.......

2. Lakukan sebanyak mungkin exercise physical terhadap Inas untuk membolehkan dia "berdikari"..paling tidak pun dapat duduk dan berdiri.....(anak ini perlukan kami untuk terus berjuang untuk hidup...). Ibu selalu macam kalah dengan masa. bebanan kerja mmg tidak pernah akan habis...itupun beban keja umah telah hampir 70% disempurnakan oleh maid....tapi, selalu kena cakap pada diri sendiri...faktor kerja dan masa bukanlah penyebab utama.......ibu dan ayah mesti tolong Inas...mesti bantu Inas.....Ya Allah!, permudahkanlah urusan kami......

Mmg ini 2 impian besar dan harapan yang perlukan tindakan segera untuk digerakkan.....


"kalau tidak sekarang, bila lagi?"

Thursday, March 22, 2012

Mee Hailam 1H1R

Mmg saya ikut bulat2 panduan resepi dalam buku 1H1R ni......mmg puas hati :)

Sayur mayur yang nak dimasukkan 

Ni sebagai bahan perencahnya....seafood serba sikit

Dah ready....

Tumis bahan-bahan perencahnya

Ni bila dah masukkan kicap dan sos tomato

Ni pulak bila dah masukkan sayur mayur + telur

Taraaa...hasilnya......Tapikan, saya x berapa nak happy, dalam hati rasa mcm x berapa 100% menjadi je sbbnya kalau saya nak makan mee hailam saya lebih suka kalo kuahnya banyak...Sedap boleh hirup gitu....Agaknya saya ada silap kat mana2 kut....alahh, apa susah sgt nya kan...saya yg x bubuh air byk2, sbb tulah x berapa nak ada kuahnya....hehehehe

Wednesday, March 21, 2012

Kerapu Masak Stim Serai - 1H1R

Ini bahan-bahan nya...mudah aje penyediaannya.

Saya jarang beli ikan-ikan "mahal" mcm kerapu atau siakap ni. Biasa kalau nak menikmatinya, pasti bila masa kami makan diluar sahaja. Kenapa yer?...Padahal bukannya susah mana pun nak uruskan untuk menu masaknya...

Bila belek dalam buku 1H1R, ada resepi tuk ikan ni. Saya pulak mmg penggemar menu2 yang beasaskan kukus ni....Selain daripada merupakan cara masakan yang berkhasiat, cara penyediaannya pun agak mudah kan....So, apa lagi, cubalah resep ni pulakkk....

Ready dah dicampak masuk semua bahan kedalam kuali...

Ready nak distimkan....excelli bukan konsepy stim yang betul pun, sbb yang ini ala2 masak dalam kuali yang ditutup dengan kuah yang agak banyak sikit (terpulang nak banyak mana kuahnya)

Dah siap....ni :)

Taraaaa....nilah hasilnya. Makan ngan nasi panas2 mmg selera abiss Saya pulak biasanya teruja hanya nak meratah gitu ajer....

Pose mcm ni lak...

Pose macam tu lakkk......:)

Nak try lagi leas ni...sebbanya, mudah dan sedappp!

Tuesday, March 20, 2012

Daging masak blackpepper -1H1R


Inilah menu tuk hari ni....kalau daging saya mmg suka masak ala2 kicap mcm ni.....ala2 sos tiram ke...ala2 sos blackpepper ni ke....Dan tengok En Hb makan pun selera ajer, dia memang suka daging.....:)



So far, berdasarkan percubaan dan pemerhatian saya....Chef 1H1R ni mmg suka gunakan lada besar hijau, dan sos tomato dalam kebanyakan menunya.....Satu perkara baru bagi saya......bagus juga taste dengan bhn2 baru ni kan.....

Lunch at Pappa Rich

Pilih PapaRich 

Honestly speaking, saya tak penah taste selera kat sini. Since ada baru bukak kat Kuantan ni,  saya pun bersibuk2 lah bertanyakan kwn2 di FB apa yang ada kat PPRich ni. Dan mmg terujalah nak try test selera kat sini....:) 


Paparan menunya sangat ekslusif ok!!..mmebuatkan saya bagai mau test selera semua menda...(huhuhu, huduh nya selera)


Excelli pilih nak makan kat sini sempena saya nak last moment bersama2 dengan seorang kwn ofis yang nak berenti keja...So rasa nak belanja dia makan kat sini.


Ni desertnya, Tau Fo Fa ni...

Pappa Curry Laksa, mangkuknya besar...kenyangg!

Ipoh Kuey Teow Sup saya punya ni, not bad.....yummy!

Dim Sum - Teochew Chicken Siew Mai namanya.....

Dry Curry Mee

Bersama kawan saya ni...Kak Fara, semoga success dalam bidang business pulak lepas ni.....Insyallah!

Meriah sungguh kan table kami dengan menu2 yang presentation yang sungguh menarik...

Dannn...inilah hasilnya...huhuhuhu!

Monday, March 19, 2012

Sotong Goreng TomYam....1H1R-3

Kali ni dapat try masak menu ni. Biasanya kalau beli sotong, menu yang biasa buat ialah Sotong Sambal Merah atau Sotong Rebus Serai tu ajer. So, bila ada resepi baru ni...memang berbaloi lah mencubanya....

Saya dapati, resepi ni penyediaannya tak lah leceh. Bahan-bahannya pun senang ajer...so bila dapat jumpa menda yang mudah, tak kanlah pejam mata tamau cuba lagi kan...?

Alhamdulillah, kena dengan selera kami......:)
Related Posts with Thumbnails