Wednesday, June 15, 2011

Nota Hati Ibu - Part 3

Kakak Inas yang ada adik bernama Iman....:)

After near 7 yrs, my precious Inas ditatang bagai minyak yg penuh oleh kami ~ ibu, ayah, atuk, tukma serta seluruh ahli keluarga yg memahami keadaannya. Alhamdulillah, my Inas mmg "terjaga" dgn sebaiknya secara mata kasar dan tersurat. Tapi ibu tahu...yg tersiratnya mungkin Inas tidak betul2 diberi perhatian yang sebaiknya.....ibu terasa gagal,  maafkan ibu dan ayah Inas....kami msh belum berjaya :(

Ibu sedar, kami belum mencapai tahap "sehabis mungkin" berusaha utk membantu Inas. Tapi, tdk bermakna kami langsung tak buat apa2 untuk Inas. Cuma yang pasti belum cukup maksimum segala usaha yang dilakukan untuk Inas. Doa mmg tidak pernah putus....mengadu dan sering meminta kepadaNya yg selayaknya...

Redup pandangan matamu...hilai tawa gelakmu membuatkan ibu sentiasa  tak sabar2 untuk selalu berada disisi  Inas. Sayang Inas selamanya...
Ibu sayang Inas. Tak akan ada pengganti lain yang dapat meruntun hati seorang ibu ini dengan anugerah keistimewaan ini. Sering kali saya beristighfar, ingat pada kekuasaan Tuhan yang maha besar tentang ujian dan dugaan ini bahawa "dengan ujian, kita akan lebih dekat dan taat padaNya...membuatkan kita tdk akan lupa padaNya..."...
Inas dah 7 tahun, sepatutnya kalau kanak2 normal dah boleh masuk sekolah. Belajar, bermain dan bergaul dengan rakan2 sebaya. Tapi, takdir Tuhan, Inas masih belum bleh merasai pengalaman itu dengan anugerah keupayaannya yg terhad. Jadi, Inas perlu ada "tempat" jagaan harian sementara ayah dan ibu bekerja, mencari rezeki unuk keluarga kita. Khabarnya, "tempat" jagaan sekarang, sudah tdk menerima lagi penjagaan kanak2 melebihi umur 7 tahun. Agak tersentap hati ibu bila mendengar khabar angin itu :(. Mana mahu kami tempatkan inas nanti?.....Ya Allah, semoga kami ditunjukkan jalan penyelesaian sebaik mungkin... 
Lately, emosi dan fikiran ibu terusik dan sikit terganggu dengan perkhabaran itu. Juga boleh membuatkan rasa resah dan gundah dihati...:(. Ibu tahu, kalau dilayan rasa itu, mmg akan memakan diri, langsung tdk membantu untuk tenang2 sahaja. Kami masih ada masa kurang daripada 6 bln dr sekarang untuk memikirkan tentang perkara ini. Justeru itu, ibu perlu bertenang...berdoa dan terus berdoa...agar bila sampai masanya, segala urusan berkenaan dengan Inas akan dipermudahkan olehNya...aminnn!

Note: semoga doa seorang ibu ini akan diperkenan olehNya....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails