Wednesday, September 22, 2010

Be taught!....

Setiap masa..setiap hari....saya mmg x lps dr mengingatkan tentang usia kandungan ini. Biarpun belum lg melepasi tahap 1 trimester, tapi saya betul2 teruja.....mmg betul2 ibarat macam baru kali pertama peknen...hehehhe

Setakat ini, alhamdulillah...mmg jelas urusan saya dipermudahkan olehNya, aminnn...terima kasih kepada Yang Esa krn memberi kekuatan kepada saya. Harap sgt nnt bila perut mmg sedang pesat membesar, saya msh lagi mampu menguruskan my Inas dgn sebaiknya...insyallah! saya kena kuat semangat kan.....bukannya dgn hanya "melembikkan" diri shj......

Org sekeliling rata2 memberikan sokongan pada saya utk memberikan Inas adik..alhamdulillah dan terima ksih kpd mereka semua. Dan saya pula, seharusnya kena semakin kuat dan redha dalam menangani perasaan berkaitan dgn Inas. Siapa yang tak mahu melihat anak sendiri boleh berdikari kan?...Ibu mana yang tak mahu mendengar anaknya memanggil 'ibu' kepada mereka kan?...Terngiang2 kata semangat drpd Doc Taayah from Gleaeagles Hospital bahawa, kami perlu realistic dengan keadaan Inas yang sebegini....Kalau org lain x boleh terima, kami x kisah apa pun.....sbbnya, hanya kami yang tahu dan merasa "nikmat" dan "bahagia" nya mempunyai Inas Fansuri ini.....

Raya last week berkunjung ke rumah sorang teman (kenalan baru setahun) yg mempunyai anak autisme. Orgnya mmg sgt petah bercakap terutamanya ketika bercerita perihal anaknya Razzif itu. Byk juga perkara yang kami share.....seronok pula rasa walaupun akhirnya terasa juga penatnya mulut ini bercakap...huhuhu

Apa yang membuatkan ibu dan ayah ini lebih bersemangat ialah pabila bertemu dengan orang yg x dikenali....(kat mana2 je) tapi mereka tunjukkan sikap supportive kepada Inas. Terharu bukan...orang yang bukan sapa2 kepada kami.....bersedia menghulurkan rezeki kepada Inas tanpa berkira. Tanpa melihat kepada status ibu dan ayah Inas....yang kononnya dua2 bekerja ini. Mereka ikhlas memberi sokongan membantu kami yang mempunyai anak seistimewa ini. Terima kasih....Doa kami agar mereka itu akan di limpah ruahkan dengan rezeki yang berpanjangan....aminnnn!

Lately, selalu nk bercakap byk dgn Inas agar minta dia bangun...berjalan.....bangun..berjalan....dan dia pula keluhatan seperti mendengar sambil mengangguk kepala. Sudah cukup bagus bg ibu krn itu pun sduah menunjjukakn bahawa Inas memahami kehendak ibu...cuma mungkin perlukan banyak kekuatan....terima kasih Inas......

ramai juga...mereka2 yang mengenali kami dan tahu tentang Inas, kelihatan mcm berkira sgt utk memberikan sokongan kepada kami. Tak pe lah...kami x ambil hati pun walaupun ada rasa sikit terkilan juga. Kenapa terkilan?...Mungkin krn terdetik juga dlm hati, "adakah bersalah kami atau berdosakah kami ada anak seperti Inas"?...."apa salah Inas yang x minta pun nak lahir mcm ni kan?"....Jadi, perlukah kami berpaling pada mereka2 yang sebegini?.....Ibu dan ayah tak akan mengalah keranamu Inas...we logve u so muchh!...muahhh!...x sabar nak tunggu adik Inas kluar, biar sama2 dgn ibu dan ayah dapat jaga Inas dengan sebaiknya....aminnn.....!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails