Wednesday, June 12, 2013

Menahan rasa yang sebu daaa.....(-_-)

Tak bestnya lah kan....Sajer nak express feeling sorang2 kan...(kalau x de sapa yang baca kat sini lah...)

Tapi lately itulah yang saya rasakan pada banyak perkara....
  • Aliran kluar masuk duit macam agak huru hara. Bukan tak cukup sana sini, tapi disebabkan kelewatan menerima "upah" yang sepatutnya
          Kenapalah saya ber sopink tah apa2 lah sekarang ni.....walaupun brg yg dibeli tu mmg berguna tapi, keperluannya tidak lah urgent sgt2......cm buat tambah koleksi ajer....(baju, tudung, tupperware, buku) @_@. Luckily En HB mmg xpenah amik kisah mengenai apa yang saya nak beli, x penahlah persoalkan itu ini. Kalau tanya pendapat dia pun, mesti jawapannya "beli lah...ada duit kan?..."...ermm.. (-_-)
  • Tahap kesihatan tak berapa bagus, kolestrol tinggi + pra-diabetis. So mmg agak tolak tariklah menu tuk berdiet nak kurus. Kekadang tu mmg rasa hampa sgt2 bila rasa mcm dah gemuk smula....:(.
          Target tuk tempoh 2 bulan, suplement wajib amik ialah Omega Fish Oil 2x + TF 2x2 + Yeast Red Rice 1x, Oat 2x+Susu Omega Nestle 2x untuk tuurnkan kadar kolestrol yang tinggi nihh...So mmg ganggu plan diet with HL saya.

          #Atkins Diet mmg saya "haramkan" untuk ikuti dalam tempoh waktu sekarang ni....
  • Tak cukup tidor - sepenuhnya uruskan inas tanpa my other half...mmg terasa sangat2 sakit badan. kadang2 rasa mcm nak menangis pun ada...
          Dah tau x cukup tido, sukalah pulak tgk tv bg rancangan yang di record guna Astro Beyond recoder tu pulak....sekarang ni duk kumpul citer Korea Bravo My Heart tu....

          Halangan terbesar ialah, bila dah ready atas katil nak lelap, mesti layan Candy Crush dulu..haihh, rasanya mcm nak kasik kat org je STG tu...huhuhu


Friday, May 31, 2013

Gila Tupperware.....!!

Tajuk entry ni bunyiknya agak terlampau kan...huhuhu!...

Itulah hakikat sebenarnya semenjak awal tahun 2013 hari tu....Semuanya bermula ketika saya sign up menjadi ahli dan layak mendapat diskaun 25% dari harga retail @ promosi. Sebelum itu, ada juga membeli barang Tupperware ni dengan kaedah main kutu...bayaran 2-3 kali...hehehe, maklumlah....harga nya boleh tahan mahal juga...

Mahal?....Mungkin ya tapi bila dah terbukti dengan kualitinya membuatkan saya tidak teragak2 atau berkira untuk membelinya. Asalkan design berkenan dihati dan keperluannya untuk diguna pakai, mmg sah lah saya mesti nak dapatkan koleksinya. Huhuhu...harap2 ini benar dengan kata pepatah "alah membeli menang memakai"...

Memang koleksi dah agak banyak....Tapi dengan harapan saya nak guna dengan sebaiknya, bukan sekadar buat koleksi untuk disimpan sahaja. Cuma, ada sikit kelecehan....tiada tempat yang sesuai untuk disimpan, untuk senang dicapai bagi kegunaannya. So, terpaksalah selit sana...selit sini untuk simpan. Kalau tak, hanya letak dlm kotak mmg lah jawabnya payah nak tarik keluar untuk guna. Salah satu wishlist 2013 ialah nak tambah kitchen kabinet, tapi nampak gayanya....dah near setengah tahun pertama ini, wishlist itu terpaksa di pendam dulu...-> ada perkara lain yang lebih penting tuk didahulukan.....

Sedar ke tak....purata dalam sebulan at least RM100 spend beli bekas Tupperware ni....Tapi ada jugak yang terlebih bajet.....melampau tak?.....Adoiiiih!....

Saper nak?....Boleh beli dengan saya dengan harga diskaun 25% juga tau......@_@. Manalah tau kan...kut2 satu hari nnt saya jadik businesswomen Tupperware yang berjaya....jom kumpul modal beratus ribu raban dulu...huhuhu!

Friday, May 17, 2013

Jiwa kacau: Kolestrol jahat itu.....huhh!

Semalam, saya follow En Hb tuk membuat ujian darah bagi keperluan temujanji doktor di HTAA ptg ni. Bisanya, saya amik juga peluang ni untuk hulurkan jugak lengan bagi dibuat juga beberapa ujian darah. Last sekali ialah pada akhir Sep 2012 thn lepas. Tika tu, kandungan gula dan paras kolestral adalah melebihi dari pagar yang sepatut......(-_-)

Usai dah amik darah, sangat berdebar ok tuk menunggu hasil ujian itu. Jam 3pm, En Hb sms me...

Cholestrol 7.41 (00 - 5.2)

LDL Cholestrol 5.72 (00 - 4.1)
FBS Glucose 69 (4.1 - 5.9)


Memang tak happy lah kan....(-_-). Balik rumah terus geledah carik smula result blood test yang last 2 time. Jumpa..dan mmg ternyata paras kolestrol tu mmg makin lama makin naik...dalam tempoh 1 thn 2 bln....dari 6.3 - 6.7 - 7.4...gulppp!.....Betul2 buat saya tak tido malam tadi...

Risau sangat bila duk google...mcm2 info dpt...especially bila bab citer ada kaitan ngan penyakit jantung tu mana lah tak risau tahap gaban kan...sbbnya dalam keluarga mmg ada keturunan sakit jantung ni....Tokki dan Mama saya pesakit jantung.....Mmg minta dijauhkan sangat.......takut sangattt!..

So, hari ni mulalah crk info dengan googling sana sini lagi. Bertanya kpd kwn2 yg penah alami tngi kolestrol ini dan berjaya turunkan semula. Akhirnya, yang terbaik adalah perlu mengamalkan pemakanan dengan Oat...Honestly speaking, tekak saya mmg tak berapa nak beri laluan tuk telan Oat.....adoiiii!

Hasilnya, selepas terpaksa rela mengalah....saya tergesa2 jugak mencari Quaker Oat ini. Doakan saya agar (target dalam masa 3 bulan) konsisten dapat mengambil Oat sbagai pemakanan utama demi menurunkan paras kolestrol saya untuk kesiahatan yang lebih baik. Insyallah....

Thursday, May 16, 2013

Cerita tentang semangat yang goyah

Lately terbit rasa upset dengan diri sendiri. Kenapa?...

Tentang diet dan weight loss challenge yang tak menjadi-jadi punggg.....:(
    Sendiri menyampah bila tengok pics yang diambil. Rasa mcm rupa masa berat nanang 80kilos++ dulu-dulu (walaupun hakikatnya sekarang berat naik sikit-skit ajer, tapi lepasi BMI normal lahh...). So bila mcm tu, mulalah keyakinan diri pun agak merosot jugak. Tak bagus kan?

    Seringkali niat untuk betul-betul berdiet itu hadir dengan bertubi-tubi. Selalu ingatkan diri sendiri "Kalau dulu boleh berdisiplin, kenapa sekarang tak boleh kan"?....Tapi....bila sampai time makan, dah banyak kali saya tewas dengan nafsu makan yang luar biasa seleranya :(.

Mungkin kerana :
  •     Memasak untuk suami dan anak-anak, bila ada depan mata asal niat nak rasa sikit tapi biasanya memang kecundang jugaklah makan sampai kenyang
  •     Tak mau sentuh nasi, tapi bila datang suara bisik-bisik kata " lauk tu sangat sedap kalau lawan ngan nasi, rugi kalau tak jamah"....(-_-)
  •     Minat dan hobi untuk mencuba pelbagai menu dan resepi baru, membuatkan saya sentiasa kalah dengan alasan "sekali ini saja, tak pe kan..?"...(-_-). Especially, tengah jadik trend sekarang ni ramai yang mencuba aneka kek dan savory 
  •     Bila bertandang ke rumah parent, biasanya mmg x dapat nak tahan juga selera bila terpandang menu masakan mama, air tangan mama memang sentiasa terbaik....
  •     Duk google sana sini pasal blog masakan, mmglah buatkan saya rasa tak sabar-sabar nak cuba hasilkan masakan dengan air tangan sendiri.....
  •     Cuaca panas, mmg saya selalu juga tewas dengan air batu...
Rasa byk sangat dah alasan nihhh......

Monday, May 13, 2013

Mei yang diduga lagi....

5 Mei 2013
Jam 4:30pm, terima call dr En Hb yang bekerja pada hari ini -> "Abg accident jatuh, lutut sakit dan bengkak. Datang segera ambil abang". Saya bergegas bersama abah untuk menjemputnya, jarak rumah abah hanya 3.5km ke ofisnya.

Jelas nampak kerut dahi abang menahan kesakitan. Bengkak lututnya semakin ketara, hanya bertahan sakit dengan meletakkan ketulan air sementara malam.

6 Mei 2013
Esoknya, minta dirujuk ke KSH. Doc consultant ortopedik meramalkan bengkak terjadi akibat dari pendarahan didalam. Lepas di X-tray, alhamdulillah tiada tulang yang patah dan jangkaannya tepat, ada berlaku pendarahan didalam. Doc melakukan prosidur membuang darah dengan menyedut....serta merta bengkak lutut itu surut seperti sedia kala. Tapi abang bagitau, tetap rasa sakit yang amat dan sukar untuk berpijak untuk berjalan.

Admitted, untuk Doc terus membuat rawatan. Test MRI dicadangkan untuk mengesan ada sebarang koyakan tisu atau sebagainya. Tiada nasib untuk mendapat bilik single, terpaksa bermalam di bilik 5 katil. Kurang selesa tapi tetap kena bersabar kan?....

Mintak kluar sekejap, balik umah kemas2 barang2 En Hb, jam 9pm htr semula abang ke wad KSH

7 Mei 2013
Hanya berehat sepanjang hari kerana hari ini adalah cuti umum. So tiada apa2 prosidur yang dilakukan.

Petang, abang balik kerumah lagi dan hantar semula ke KSH jam 8:30pm.

8 Mei 2013
Result MRI dah ada, mmg ternyata ada berlaku ligamen putus dan terkoyak. Bad news :(. Schedule for operation to re-construct ligamen tu.

Petang,balik lagi ke rumah, malam dihantar semula balik ke KSH oleh adik saya, lega dan dapat saya berehat hilangkan lenguh2 badan akibat kehulur hilir sana sini...

OMG, glukose abang sangat tinggi 18 okehh!......ermm..

9 Mei 2013 
Done operation yang took almost 5 hours. Sgt resah saya menanti dalam kelam kabut urusan anak-anak dan kesana kemari. Lepas maghrib tgk keadaan hubby sgt lemah, kesan dicucuk morphin (ubat tahan sakit) yang sangat kuat. Masih tiada lagi kekosongan bilik single.

En Hb minta dibelikan tongkat untuk mudah ke bilik air. Mujur ada dijual di farmasi hospital dengan harga RM75.

Rasa mcm nak bermalam menemani abang jer di wad, tapi bila mengenangkan dua anak kecil dirumah hanya bersama maid rasa mcm tak patut pulak. My parents tak ada kat sini sebab bercuti ke Kedah-KL, kalau tidak pasti dapat hantar anak2 ke rumah sana untuk menumpang teman tido dan saya dapat berada di sisi En Hb....

10 Mei 2013
Saya mohon EL (kali pertama dalam sejarah kerja) hari ini kerana ingin berada disamping En Hb. Bantu uruskan keperluan dia untuk mandi dan makan minum. Lewat petang alhamdulillah, baru ada kekosongan bilik single. Sangat luas biliknya....

Harap En Hb dapat berehat dengan sebaiknya...

11 Mei 2013
Hanya mampu jam 10am sampai di KSH, belikan hubby nasi lemak dan kuih muih yang dipesannya.

Doc datang visit dengan membuka balutan. Mencuci bahagian jahitan dan menukar balutan. Ohh! tersangat ngeri ok......sempat saya snap berkeping2 juga pics sebagai tanda kenangan nanti....

Petang, bawa our little Iman melawa ayahnya. Mmg sudah diduga, as always dia tetap dengan tahap keaktifan yang macam-macam tu. Tapi, tetap cute sangat.....:)

12 Mei 2013
Pagi beli kuih dan bawa teman my Iman lagi sekali melawat ayahnya. Doc datang visit dan bagi pakai braces (betul ke tak eja nih) untuk dipakai dilututnya sebagai bantu kaedah buat exersice membengkok kan kakinya. Dan boleh discaj hari ini...Alhamdulillah.

Tapi punya lah tunggu, hampir 3 jam baru settle urusan bil dan boleh discaj.

Berat + pening kepala ibu melayan karenah Iman. Disuruhnya tido tapi mcm2 omelan dia....aduhhhaiiii!....

Sebenarnya, jaga orang sakit ini mmg banyak dapat pahala sebabnya kita yang menjaga ni kena banyak bersabar dengan karenah pesakit. Tapi, pengakuan benarnya....bila kita yang sihat ni kononya kena jaga orang yang sakt..secara semulajadinya kita pun turut rasa sakit.....ermm..sakit apa?...macam-macam lahh!....

Friday, January 18, 2013

Saturday, January 5, 2013

Inas turns to 9YO - Happy Birthday sayang...

Kek beli ni...

Alhamdulillah......

Masih diberi peluang untuk melihat sidia ini gembira dan bahagia dengan caranya tersendiri...

Masih diberi peluang untuk ibu dan ayah menikmati rasa kasih sayang untuk anak ini....

Masih diberi peluang sentiasa mendekatkan diri denganNya agar diberi petunjuk atas usaha dan ikhtiar menggalas amanah mendidik anak ini....



Selamat UlangTahun ke-9 sayang Inas......Doa ibu, agar Inas sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik berpanjangan dan menjadi penyeri dalam keluarga ini. Ayah, ibu dan adik sayang ketat-ketat Kak Inas.....





Untuk buat rasa happy Inas...(yg sebenarnya lebih kepada nak buat ibu yang tamau ada rasa sayu), bertungkus lumus juga ibu siapkan cupcake ni dengan bantuan maid yang as always bersedia membantu tu. Kali ni nak guna kaler garang sikt...lebih nak nampak ceria kan?....(*_*)




Kalaulah Inas memahami semua ni, mest dia happy sangat kan?....teruja entunya bila tiap kali ulangtahunnya ibu mmg beria nak buatkan dia kek...ayah beria nak ajak atuk n tukma makan besar diluar....ibu  atuk excited nak bergambar sakan......


Tapi dari reaksi kak Inas...ibu tahu yang kak inas faham dan excited juga sebenarnya. Lebih2 lagi bila dengar lagu Happy Birthday....sungguh dia ceria gelak sakan........

Ceria dia tengok adik Iman dia duk bersakan main kat playground....(*_*)

Apa pun dugaannya.....Inas tetap anugerah terindah. Syukur Alhamdulillah.....

Thursday, January 3, 2013

....ALL time feveret

~ Kuah Singgang ~


Siapa suka menu ni sila angkat tangan tinggi2 yer....(*_*)

Biar apa pun menu lain yang tersedia diatas meja, tapi kalau ada Singgang ni plus pulak ngan budu dan ulam, mmg lauk lain tolak tepi ajer lah....hehehe

Versi special from my kitchen semestinya Singgang Kepala Ikan Tenggiri lah....Hanya ambil masa 5 -10min penyediaan bahan2 nya....biar masak atas dapur dalam 10 min...dan siappp!...

Dan set lengkap kawan2 menunya ialah :

  • Nasi panas sepinggan
  • Budu yang diperah asam limau + tempoyak + lada kecik
  • Ikan kembung panggang (ikan goreng pun boleh)


Memang sah bertambah nasi lah jawabnya...huhuhu

Note:..memang kelaut lah nak berdiet.....

Wednesday, November 21, 2012

Percubaan yang berjaya :)

"TAK PERCAYA........", itu yang saya sendiri nak katakan. Sampai ke hari ini saya masih lagi mcm sungguh2 TAK PERCAYA yang saya boleh lakukannya.....:)

Ingatkan cuma mampu bertahan tuk 3 hari ajer...memula mmg mcm x confidence langsung, tapi bila dah cuba..lepas 3 hari tu macam OK ajer...still x rasa susah or gelisah pun.....:)...dan mmg sgt happy bila 1st trial ini mampu untuk bertahan dan melakukannya selama 15 hari TANPA NASI......hehehehe

Hasilnya mungkin x ketara sangat pun...lagipun kan baru nak berjinak2 mau mencuba "resepi" baru ini....

Sabar menanti yer...sekarang tgh melalui 2nd trial pulak...harap2 ada hasil yang menggembirakan...:)

Sunday, November 18, 2012

Kulit Tart

2 hari berturut-turut saya dengan bantuan bibik mengerjakan tepung + telur + butter (ramuan utama) untuk menhasilkan kulit tart sebegini....Sebab rasanya rugi pulak bila duk melepak ajer kat umah buang masa mcm tu kan....

Saya sungguh minat ngan aneka tart ni. Pada saya, yang menjadi leceh nak menghasilkan tart ini ialah part kulitnya ini...mungkin kerana faktor saya hanya mempunyai oven yang kecik dan juga masa yang sokmo2 lah semput2 ajer...hehehe

So, bila ada masa mcm ni...apa lagi, tanpa jemu kami pun bertungkus lumuslah menghasilkan kulit tart ini. Tak sempatlah pulak nak kira, tapi lumayanlah jugak bialangan nya....hehehe

Bila dah ada kulit tart ni, keja untuk menghasilkan aneka tart mmg semudah ABC lah....Chewahh!....

Tak sabar nak buat Cheese tart, Fruit tart, Egg Tart.....nyum..nyum....:)

Thursday, November 15, 2012

Hati tersentap.....:(


Minggu ni patut hati rasa happy dan best ajer sebabnya lama cuti. Ada public holiday 2 hari so dari 10-15 hb , 6 hari saya bercuti panjang lah daripada memikirkan hal keja.

Tapinya kan....hati boleh pulak tetiba tersentap!!!.....Kenapa?....

Barang kesayangan saya rosak......susah nak describe feeling bila sedih yang teramat sangat. Mungkin sebab rosak tu atas kelalaian sendiri juga...:(. Kalau ianya rosak dengan sendirinya, mungkin hati tak lah tersentap hebat sangat kan?.......huhhhh!
"Aida Surieany Othman saya nih...jenis yang "setia" orangnya bila menggunakan apa2 barang sekalipun (chewahhh!)....sbb tu lah bila dah sampai masa rosak barang tersebut, aduhhh!...sedih hati bukan kepalang...bukannya apa, sungguh terkenang "jasanya" yg begitu besar tak ternilai pada saya...."

Setelah hampir 4 yrs++ tidak berenggang daripada saya, mungkinkah dah sampai masanya perlu bertukar kepada yang baru?....Mmg pernah ada saya terkeluar kata " Alahhhh...bila dah rosak barulah kita beli yang lain...."....haaaa,kan dah jadik betul........

Bila terjunam jatuh dalam pasir pantai, mmg haruslah rosak kan?....

Sedih...sedih......:(

Tuesday, November 13, 2012

Adam dan Hawa episod 45

Lagi....saya betul2 terkesan dengan emosi yang Ain dan Adam bawakan dalam episod ini. Terasa bagai Adam ni seorang lelaki yang sangat sabar....sabar dengan perasaan yang sungguh penyayang dan romantik sebagai seorang lelaki yang bersalah.....(salah sebab mendiamkan diri ajer masa kena nikah paksa tu...)

Scene masa Ain discuss & share feeling frust ngan kawan baik dia tu bersama Am dalam kereta tu sungguh-sungguh membuatkan saya langsung tak berpaling muka kearah lain. Sampaikan si adik Iman melompat-lompat naik sofa pun saya buat dekkk...aduhh!..parahhhhh...

Dapat rasa, Ain sungguh kecewa sebab kawan baik sendiri telah membelakangi dan mcm tikam dia dari belakang. Tapi mungkin juga 20% dia sedih dan kecewa jugak dengan Johan...walaupun dia betul2 tahu dia dah ada Am.....

Dan reaksi Am, sungguh....tenang serta macho mengendalikan perasaan dia dan Ain......haihh!..betul2 macholah dia ni...

Kadang-kadang.....si hero Adam ni mmg boleh buat ramai yang cair...cair dengan watak yang dibawakan itu dan saya percaya ramai perempuan nak kan seorang lelaki yang sabar macam ni......dan saya percaya jua, mmg ada lelaki yang macam ni....kan..kan..kan...

Dari sisi AA yang sebenarnya, my personal view mmg saya rasa AA adalah family man yang sungguh baik Mmg sgt bertuah badan isteri dan keluarganya mempunya seorang lelaki mcm AA ni. Saya doakan agar AA dan keluarga kekal bahagia hingga ke akhir usia. Dan juga, saya doakan agar AA sentiasa bebas dari sebarang kontroversi yang tidak sihat.....

Pada saya...tak ramai pelakon yang saya minat. Tapi kalau saya dah minat...(mutu lakonan) antara yang saya boleh senaraikan ialah :

Pelakon Lelaki: Rosyam Noor, Fahrin Ahmad, Aaron Aziz

Pelakon Perempuan: Rita Rudani, Fasha Sandha, Aida Rahim

Kalau boleh, setiap citer yang ada lakonan depa ni, saya mesti nak tengok.......di luar watak yang mereka bawakan tu, akalu ada sikap2 yang tak molek...saya x kisah apa pun....hehehehe

Wednesday, November 7, 2012

Msc Adobe Training for Trainer

Tetiba ajer...saya terpaksa menjadi pengganti kepada oarng lain yang x dapat nak menghadiri training ini. Mmg pada mulanya mcm minat nak join...lps tu mcm x boleh pulak nak join...lepas tu tetiba boleh pulak nak join....So saya ikut ajerlah, lagipun skrg students tgh bercuti dan dalam hati kata "ok jer lah buleh buat topup dalam assessment KPI nanti...ahaksss!"...

Honestly speaking, saya mmg tatau apa2 pun pasal Adobe ni. Cuma yang membuatkan saya suka nak join training adalah kerana ada minat....tapi x pandai pun...hehehe. So baguslah kan join training ni.....

Dapat free buku, seronok sangat...lepas tu belajar menda baru secara free...sapa tak mau kan?.....

Wednesday, October 31, 2012

Bercakap tentang kesihatan

Lama menyepi...tetiba nak muncul dengan entri pasal kesihatan....

Pentingkan kalau kita amik tau pasal kesihatan ni....Pada saya, bila kita sihat banyak perkara yang kita boleh buat...banyak menda boleh kita uruskan....Lebih2 lagi pada saya yang semestinya perlu berkeadaan sihat demi anak2 saya yang masih kecil terutamnya my angel Inas tu...

Walaupun kesedaran tentang kesihatan ni datang pada saya bukanlah daripada awal remaja, tapi sekurang-nya saya bermula dengan kesedaran itu tidaklah terlalu lewat. Usai akhir umur 20an (nak masuk angka 30an) saya mula sibuk mengambil berat tentang tahap kesihatan badan......


Saya bermula dengan niat tuk menurunkan berat badan ketika itu....Dan alhamdulillah, dengan rezeki yang ada saya berjaya turun sebanyak 20kilo++ dalam masa 6 bulan dengan diet HL. Walaupun pada hakikatnya saya percaa, "bila kurus tak semestinya sihat tapi bila gemuk sudah pasti berisiko untuk tidak sihat kan..?" Kemudian, saya sentiasa pemantau tahap kesihatan menerusi ujian darah. Sentiasa pastikan tekanan darah berada dalam status yang normal. Mahu memantau kadar glukose dalam badan. Maklumlah, dalam salasilah keluarga memang terbukti keluarga saya mempunyai keturunan diabetis ini. En Hb saya mmg dah sahlah pengidap diabetis....disebelah keluarganya pun memang ada keturunan diabetis tu. Sepanjang mengandung kedua anak saya pun, alhamdulillah masih lagi berada di dalam situasi yang terkawal....Cantik sahaja bacaan nya.

Mac 2012, result blood test saya agak tidak menggembirakan. Tahap kolestrol dalam badan saya naik melepasi bar yang normal. Agak gugup dan surprise saya dibuatnya. Mulalah saya menggunakan pakcik Google tuk menambah info yang ada mengenai pengawalan kolestrol ini. Walaupun baru sahaja sikit melepasi tahap bar itu, hati sudah tidak tenang....:(. 

Tanpa mengambil apa2 ubatan, saya mengulangi lagi pemeriksaan ujian darah pada September 2012. Nahh!!...lagi sekali saya terpukul dan panik dibuatnya...Bila mana bacaan glukose saya ketika berpuasa ialah 7.1 dan tahap kolestrol masih lagi meningkat sedikit daripada bacaan yang lama itu....Ermmm..! sungguh membuatkan saya tak tidur malam 3 hari. Sungguh risau tahap yang tatau nak describe mcmana.....ohhhh! nak menjerit...nak menangis pun ada tauu....terus terbayangkan wajah anak2 saya yang masih kecil berdua tu.....

Esoknya saya nekad tuk mengulangi pemeriksaan bacaan glukose di klinik biasa, tapi melalui bacaan di hujung jari dicucuk tu sahajalah.....4.9, seminggu kemudian 6.1, 2 minggu kemudian 6.6 dan 2 hari selepas itu 5.8......FBS. Agak lega walaupun tidak 100%. Dari bacaan ini, saya masih lagi tdk berada dalam golongan Diabetis tetapi sudah diparas berisiko tuk mengidap penyakit ini......So, perluberingat dan berhati-hati mulai sekaranggg...jangan tangguh2 lagi...

From reading sana sini, saya perlu kurangkan pengambilan karbohidrat. Jangan salah faham, diabetis bukan sahaja berpunca dari makanan manis bergula, tapi sebenarnya jenis makanan berkarbohidrat yang menjadi penyumbang utama tahap glukose dalam badan naik mendadak. Dan juga info yang baru juga saya tahu, kalau kita berada dalam keadaan stress juga boleh menyebabkan kadar glukose naik mendadak......huhh!...

So, saya mula mengumpulkan bahan bagaimana nak elakkan pengurangan karbohidrat dalam makanan yang diambil. Jeng...jenggg....!.....

** Kisah diet akan menyusul nanti....
** Nak citer pasal Kolestrol jugakk...

Monday, October 29, 2012

Adam & Hawa episod 11

Semalam, bila saya sedang menonton AH episod 11 tu, mmg dapat sgt terasa emosi yang dibawakan oleh Ain ketika dia marah + menentang ttg pernikahan paksa akibat kena tangkap khalwat. Betul2 dapat rasakan betapa kecewa & marah yang Ain rasa tu adalah diperingkat yang maksimum.....huhuhu!

Sedih yang sangat2...saya pun kalah untuk tidak ter mengalirkan air mata.....huhuhu Ain ni mmg betul2 menjiwai watak itu.......

Haihhh!, kalau betul saya dapat rasakan emosi dan situasi itu hadir dalam diri saya ini...Sungguh-sungguh saya pun mengakui bahawa kalau saya berada di tempatnya itu, mmg sah jugaklah saya meraban meroyan marah + kecewa sedemikian rupa jugak....

Sampai keesokan pagi, masih lagi saya terbayang2kan emosi dan perasaan Ain itu....hingga ke opis tau...!....

Huhuhu...emosi..emosi sungguhh!.....

Saturday, October 27, 2012

Alami konflik P.L.A.T.E.A.U

Kecewa.....rasa lemah skit semangat.....tapi tak boleh nak layan sangat ni....gara-gara term plateau yang saya agak sedang menguasai diri saya sekarang ni...

Daripada pemantaua dan rekod yang dibuat, dalam tempoh 2 bulan ini, berat saya hanya toink2 naik turun sekitar 1-3 kilos mcm tu lah. Masih lagi gagal tuk meraih angka BMI max normal bagi saya :(. Mmg kesalahan utama perlu ditunjukkan kepada taap disiplin saya yang menjamah makanan yang ada...tapi kan, diet HL saya langsung x penah sekalipun saya lupakan.....

So, naperlah nak sedih2 dan kecewa bagai kan?...Dah salah sendiri....Cuma rasa terkilan tu ada lah juga bila mana saya dengan diet disiplin penuh with HL tapi langsung x de efek loss kilo dalam seminggu mmg sgt2 rasa down lah kan......

Dalam duk pening mikir, kat manalah salah + dosa besar yang saya dah buat tu....saya terjumpa bahan bacaan yang berkaitan dengan diet low carbohidrat pulak. Dah ramai rupanya yang berjaya dengan plan diet ini. So why not saya pulak mencuba kan...?....

Say NO!!!!

Cuma agak kekok bila mana salah satu pantang larang dalam diet ini adalah ~ "jangan kurang makan, jangan biar perut dalam mode lapar..."...bunyi pelik tapi benar kah berhasil?.....tungguuuu!

** Teruja nak tau hasilnya......:)

Saturday, October 20, 2012

Sunday, October 7, 2012

Menu mudah


Kekadang, saya alami masalah dah tatau apa nak masak lagi. Lebih2 lagi, kalau hari2 yang tersgt bz kat opis....so x sempat nak mikrkan plan apa nak masak kan...? At last, bila dah otw back to home barulah duk perah otak apalah yang nak dimasak tuk dinner kami ni....kalau yang jenis membeli ajer makanan, mmglah senangkan...tunjuk dan bayar sahaja lah...tapi itu bukanlah saya ya!...





Ok...dah siap kan bahan2nya tu...rasa mudah dan cepat kan..yang penting banyak boleh jimattt!...

Mau kah?....Jemput makan ya....:)
Related Posts with Thumbnails