Wednesday, May 30, 2012

Cabaran 50 hari

Tengok tajuk bukan main lagi serius kan. Dan saya benar2 beharap agar saya juga serius menyahut Cabaran 50 hari ini...

Betul2 rasa x sanggup nak tgk pic sendiri sekarang ni lebih2 lagi pics yang dicandid. Sebabnya kalau candid, itulah yg real rupa bentuk kita ye dakkk?....Kalo redy tuk di snap pic, kita dah boleh buat2 berlakon kan...daripada hakikatnya g***k boleh adjust posisi agar nampak kurus comell...hehehehe kan..kan..kan...?

Walaupun hakikatnya seme baju2 yang terkini masih lagi boleh dimuat pakai, tapi in person sebenarnya merasakan mmg mcm g***k. Yang ketara pada saya ialah bahagian muka ngan pipi yang tembam gitu, lar haiii....Dan bila naik atas penimbang, mmg jelas x pun naik kilos yang mendadak. Setakat main toink2 turun naik sekita 1-1.5 kilos ajer......Tapi, sungguh terasa beratlah nak bawak badan ni....

Dan gambar juga mengesahkan bahawa berat terkini ini patut dikurangkan lagi. Walaupun tiada penambahan kilos yg ketara, tapi bentuk fizikal tak berapa nak sedap mata sendiri yang menadang ni...huhuhu

So, diri sendiri yang lancarkan Cabaran 50 hari ni. Mesti boleh buat kan?...kalo ikut history track rekod 2 thun yang lepas, dalam tempoh 50 hari ni saya boleh lost near 10kilos++.....erkkk!..boleh ke ni?.....YAKIN BOLEH!!!...

Breakfast ~ wajib with HL
10:00am : snacking (biskut, buah, kuih)
Lunch ~ with HL or taken *lunch
4-5pm : snacking (biskut, buah, kuih)
Dinner ~ with HL at 8pm or taken *dinner before 7pm

** Nasi putih + sup + ikan/ayam bakar/panggang, NO Goreng2 menu
NO Ais, NO Nasi lemak, NO santan lemak2...... kurang masin...kurang manis...guna minyak naturell.
KIRA KALORI!!!......
note: hari ni dah hari yg ke 3, alhamdulillah.......

My precious demam

Jarang sekali my precious Inas demam. Last time demam yang kena amik antibiotik rasanya 2 thn lepas, kalo demam takat sehari dua makan ubat demam biasa tu pun my precious ni sgt jarang. Sama jugak ngan batuk dan selesema....jarang sekali berlama2 ada pada my Inas. Kalo masa dulu2 kena serangan fit pun, demam kejap sehari lps tu dah ok balik......

Tapi, this time demam dia berlarutan pulak...tapi alhamdulillah sebabnya suhu takat sekitar 37-38 darjah je. Cuma yg x berapa bestnya sbb berlarutan lah tu sehingga kena amik antibiotik. Masuk hari ni dah hari yang ke 6 dia demam. Doc paed ckp, demam selsema batuk biasa ajer. Mungkin penangan main air masa kat Sunway Lagoon minggu lepas, dengan keadaan cuaca panas pi jugak duk celupkan dia dalam air tu. Lagipun mmg dia demam dulu (2 hari sebelum) nak ke Sunway Lagoon tu....

Bila malam, ibu lah yg kena extra care, kejap2 bangun tgk dia...rasa badan dia...lap2kan dengan kain basah....risau juga kalau serangan fit nya itu dtg ketika tengah mlm, kang x sedar mmg bahaya lah. Bila dah amik Transfer Factor ni, alhamdulillah hampir 8 bln dah Inas free daripada kena serangan fit tu. Semoga terus kekal free selamanya. 2 mlm berturut ni pulak ayah keja malam, so mmg ibu berpinar lah mata dan berdenyutlah kepala x berapa nak boleh lena tido. My Iman pulak as always, kejap2 terjaga....mintak juga dilayan tepuk2...huhuh, mmg rasa sungguh2 mencabar.... 

Cepatlah sembuh Inas....

Tuesday, May 29, 2012

Buai laju-laju....

Sepetang ni...ibu amik alih tugas dari maid tuk nak bawak Iman jalan2 pusing kampung....hehehe. Excelli ni kat are umah my parents...Singgah jap kat taman permainan ni, kelihatan ramai budak2 tengah bermain walaupun keadaan taman ni tak lah berapa sedap mata memandang....opss!....



Masa namapai buaian ni bukan main lagi dia excited....Bila naik sekali ngan ibu dia okey aer...leh lagi sengih2...gelak2...

TAPI.......

Bila baru ajer ibu cuba letak......waaaaaaa dah menjerit bagai.....gugugagagugugaga!....:)

Pastu ibu buat tatau ajer....terus ajer hayun jugak pelan2....Iman dah makin slow volume jeritnya...:)

Pastu dah mula nampai ok....dah boleh senyap.....tapi muka tetap maintain masa jugak lagi....huhuhu

At last....boleh jugak ada nak senyum tapi malu2 jugak lagi tu....:)...jual mahal lah Iman ni.....

Masa nak ajak balik, mulalah mcm tamau turu pulak dari buaian ni..haihhh!

Mood swing

Betul2 tatau nak describe how do i feel now....gara2 mendapat 2 berita yang berbeza rasa tuk diluahkan....yang pasti kedua2 berita ini mmg berita yang ditunggu2 oleh kami. tak sangka pulak kedua-dua berita ni muncul serentakkk!.......

Kalau diberi pilihan, mana satu berita yang nak kita tau dulu....yang baik dulu ke yang tak baik?....Dan saya, tdk sempat nak berfikir panjang ketika itu, ter pilih tuk mengathui berita yang x berapa nak best dulu......:(

Bad news : "Menolak rayuan penjagaan......", begitulah bunyi perkara surat yang ada dalam sampul kuning tu. maknanya kandungan rayuan berkenaan untuk menempatkan my precious itu yang saya murnikan dengan begitu jelas tidak diluluskan oleh pihak INTAZ. Apa yang boleh kami perkata kan lagi......? Ini semua ketentuan daripada Allah Taala, mungkin ada rahmat disebaliknya....Dan saya, seboleh mungkin akan tetap nampak tabah dan kuat seperti 8 tahun yg sebelum2 ini......

Walaupun pada hakikatnya, hanya Tuhan yang tahu apa yang sedang bergelodak didalam hati kami ni....

Gud news : Tuntutan daripada syarikat insurans berkenaan dengan proses refinance loan rumah sudah pun cek nya berada didepan mata. Jumlah yang diterima diluar jangkaan kami. Alhamdulillah......rezeki segalanya dari Allah Taala....

Tapi, rasa excited dengan gud news yg diterima itu telah pudar dengan seadaanya bad news yang diterima itu.

Maknanya, Tuhan mahu lihat kami lebih berikhtiar dan berusaha menangani....Demi Inas, kami x akan mudah patah semangat. Nyah segala hasutan negatif yg ada dlm pikiran ini......

Tuesday, May 22, 2012

Hari Ibu dan Hari Guru di PDK

Kali ni kami dijemput untuk memeriahkan program sambutan Hari Ibu & Hari Guru di PDK our precious. Dan saya seboleh mungkin cuba untuk menghadirkan diri....mmg dah pasang niat untuk seboleh mungkin akan melibatkan diri dalam apa jua aktiviti & program yang berkaitan dengan Inas....Insyallah....!





Banyak acara yang dijalankan. Semuanya membuatkan anak2 istimewa ini ceria dan nampak keriangan pada wajah mereka.....termasuklah my Inas juga, excited sgt2...


Inilah kakak aka cikgu2 di PDK ini, jasa mereka menjaga & membimbing anak2 ini sangat besar, juaan terima kasih buat mereka...hanya Allah yang dapat membalas jasa mereka.....

Dan..ini hadiah yang ibu dapat.....



Inas sedang nak meletop kan belon itu....:), excited sgt diaa..

Monday, May 21, 2012

Janet Cuisine - Tembeling Resort

Niat dihati berusaha panjat naik ke sini (mcmlah panjat naik dengan mendaki guna kederat peluh sendiri...hehehe) adalah semata2 nak menikmati juadah daripada Restoran Lemon Grass....Tetapi...

Rupanya dah berganti dengan restoran lain dahh...Janet Cuisine rupanya, menyediakan Juadah ala-ala Western Food....alahhh, sgt frust lolololololo....

Tapi disebabkan kami berdua mmg dah lapar, so malas nak buang masa dan tenaga terus aje lah oder apa yg ada kat sini...


Mushroon soup menu wajib En HB kalau nak makan western style...(padahal slalu gak buat kat umah, mmg byk jauh boleh jimat.....huhuhu)



Ni saya punya oder, not bad lah tastenya tapi harga mmg agak2 boleh tahan jugaklah....

Ni En Hb punya.....Alhamdulillah kami kenyang seperti yg diinginkan..tapi jauh disudut hati tetap ada rasa ralat sbb x dapat makan menu2 dari lemon Grass tu...kemanakah perginya lemon Grass itu?....

Sunday, May 20, 2012

Basikal baru untuk Iman

Kami decided nak belkan Iman beskal baru...yang ada sebelum ni pun esan daripada Mak Long kasi yang her cusin kak Imeen punya. Maid cakap dah selalu nka patah ajer tempat pemegang kontrolnya tu...So ibu ngan ayah abis pusing2 satu bandar Kuantan nak cari beskal yang terbaik...(padahal nak carik yang harga murah tapi bagus punya....huhuhu)

Sungguh excited tuan punya beskal n...nampak ajer ayah bawak masuk dlm umah terus ajer terkam nak naik..

Lama duk telek2 ni...sampai betul2 nak tido barulah Iman tuurn dari beskal ni.....So sambung esok pulak 1st time nak ride kat luar...(mcmlah reti kayuh sendiri.....)


Sebelum dilepaskan pegi menjelajah kampung seperti biasa, ibu paksa jadik model dulu....kena pulak dengan kaler blouse yang dipakai tu...hehehe

"Terima kasih ye ayah ibu sebab belikan saya beskal baru....muahhh!..sayang banyak2..."

Iman yang super duper aktif at 13 mths corrected age

Banyak sangat kalo nak rakam aksi Iman yang mcm2 sungguh ni. Yang paling tak tahan nak layan ialah kalau ketika si dia kenit ni didalam kereta. Kadang2 ada rasa sampai tak sanggup kalau nak kemana2 nak bawa Iman ni....tapi kesian pulak kalau asik2 kena tinggal ngan maid ajer kat umah...(-_-)


Buat muka selamba seposen ajer bila kena marah...haihhh!....kiut miut sungguh Iman ni kan?....hehehhe. kalau banyak kali sangat dah kena marah....pasti terus ajer merajuk nak duduk kat bawah terus...grrrrrr!

Tak terkawal dek ibu dan ayah bila dia mula duk tekan2 radio toucj skrin dan any button aircond lah...gear lah...any segala apa bagai yang ada agi kat depan dashborad ni...grrrrr

Tengok tu...bubuk mimik muka ala2 nakal + kiut mcm tu...haihhh! cair hai ibu bila nak marah lagi......huhuhu

Ni pulak pantang kalau dapat terlepas masuk ke dalam bilik ibu. Mmg peberet dia naik duk atas weight scale tu, sbb ibu selalu tibangkan dia...so dia dah tau masuk je bilk terus naik atas tu....Kalau ibu tengah susun pakaian masuk dalam wardrobe, biasanya ibu akan masukkan dia dalam bakaul kain tu. Barulah terhad sikit kadar kelicikan dia nak beraktif dalam bilik nih....Kalau tidak, sungguh x terawal bila dia dah mula panjat katil dan main guling2 henjut2 atas katil.....fuhhh! mmg gaya x takut langsung kut2 kalau bergolek jatuh ke bawah....(-_-)

Saturday, May 19, 2012

CompTia visit


Kami menyambut ketibaan tetamu daripada CompTia. Mengalu-alukan kedatangan pihak ini atas urusan kerja...






Perbincangan dan kata sepakat cuba untuk dimurnikan dengan baik. Mudah-mudahan akan dapat terjalin kerjasama antara kedua belah pihak...


Semoga cadangan dan usaha dari pihak fakulti kami ini akan emmbuahkan hasil...Insyallah...
Related Posts with Thumbnails