Saya kan....tatau mcm mana nk describe feeling yg sebenarnya tuk tempoh last 2 weeks ni. Ni semua gara2 ada terdengar spekulasi yg x sedap psl environment di ofis sekarang ni. From time to time, makin panas dan berderau darah dibuatnya bila 'speklulasi' yang x sedap didengar aka serius tentang keadaan 'periuk nasi' org2 yg tertentu ini....:(
Bohonglah kalau saya katakan...yang saya mampu menutup telinga dan buat2 pekak ajer.....
Bohonglah kalau saya katakan...yang saya tak heran langsung dengan 'apa-apa' pun yang terjadi pada periuk nasi saya...
Bohonglah kalau saya katakan....yang saya tak de rasa terkilan sekiranya semua spekulasi itu adalah yang benar2 belaka....
Bohonglah kalau saya katakan...yang saya tak sedih dengan keadaan di layan sebegini sekiranya benar apa-apa yang tak ingin berlaku itu...berlaku juga....:(
Kerana.....
Saya sudah lama disini....
Rezeki saya dan juga keluarga, daripada saya bujang...berkahwin ~ berdua....bertiga~ mempunyai precious Inas...dan terkini berempat~kelahiran Iman adalah terkumpul daripada setianya saya disini.....
Percayalah..Rezeki datangnya daripada Tuhan....aminnn!...
Semoga nasib saya dan mereka2 yang tertentu akan terpelihara dengan sebaiknya dan seadil yang mungkin......aminn!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...