Thursday, December 9, 2010

Selera yang berbeza

Lately...saya agak buntu tuk mikirkan apa menu yg nak masak. Dengan sindrom "M" yg msh berleluasa dan beraja dlm diri...serta dengan selera En Hb yg agak merundum itu membuatkan saya mengalah tuk "makan apa shj yg ada....". Sekali-sekala rasa rindu menjengah tuk merasa excited spt dulu2 tuk mencuba dan measak apa shj menu ketika ligat bersilat didapur....tapi, nampaknya perlu dipendamkan seketika dahulu...

Pada saya, selera memang sentiasa perlu ada....kerana diwaktu2 ini, dengan mengandungi seorang zuriat yg sdg membesar di dalam rahim, nutrisi makanan mmg perlu seimbang dan semestinya berzat. So, no more diet2 buat sementara waktu.....sampai masa makan, mmg perlu makan....x boleh tidak.....Cuma yg sgt perlu ialah kontrol apa yg dimakan agar berat x naik mendadak sgt...

Set menu : Lauk sardin + Telur dadar + sayur kacang + ikan goreng 

Tapi, yg sdg dlm perhatian pemikiran saya ialah tertumpu pada En Hb. Sejak dia menjalani rawatan Hep C itu (hampir 5 bulan), sekarang dah ada nampak serba sikit kesannya....yg ketara ialah hilang selera makan nya. Langsung dia elak drpd nk menjamah nasi....adakalanya dia muntah2. Seleranya selain drpd menolak nasi ialah mee hoon goreng...cekodok...Kdg terfikir juga, mungkn jg itu alahan "morning sickness" saya beralih padanya?....Atau betulkah krn sbb rawatan Hep C itu? Seingat saya,masa rawatan kali pertama dulu pun mmg dia hilang selera makan....Atau..ada lagi sau kebarangkalian...-> adakah sebab penyakit diebetisnya (sudah stop pengambilan ubat selama 2 bulan) ? Hasilnya, mmg ramai yg dh menegur dia kelihatan semakin kurus dan nmpk mcm cengkung....:(. Saya renung dia dr jauh...ketika tidur...mmg terbit rasa sayu dan kesian pada dia......

Dan bila saya masak...selalu tak habis lauk pauk menjadikan mood memasak saya pun kurengg! Memahami keadaan selera En Hb sebegitu, membuatkan saya redha ajer...cuba utk ikut seleranya, dan sekarang saya lebih senang bertanyakan pada En Hb apa yg dia nak makan.....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails