As we know, today is the last day of year 2010. Alhamdulillah, msh diberi kesempatan untuk bernafas dgn aman dan tenteram bersama dgn seribu rasa yang bercampur.....
Dan...menjelang tahun baru 2011, our precious Inas akan menginjak usia 7 thn. Kalau pada anak yg lain, angka 7 thn adalah yg dinanti untuk mereka melangkah ke alam persekolahan...tapi pada Inas, realitinya tiada rasa penantian itu.....agak emosi kan bunyinya?...
Jauh disudut hati, bohonglah kalau saya katakan tiada sekelumit pun rasa sedih. Sedih itu hadir....bila mengenangkan masih belum punya kesempatan untuk Inas melalui saat2 yang diidamkan. Saya masih lagi seorang ibu yang mengimpikan keadaan yg terbaik untuk anaknya.....Justeru itu, saya perlu sedar bahawa mungkin Allah msh menguji saya dengan memberikan didikan dalam bentuk ujian2 yg sebegini....didikan yang saya perlu pelajari dan teliti dengan sempurna.....dengan bekalan usaha dan doa semestinya....
Tapi, saya msh panjatkan kesyukuran kepadaNya. Syukur kerana kami terpilih mempunyai Inas. Syukur kerana Inas dikurniakan kesihatan yang baik. Syukur kerana Inas penyeri gelak tawa dengan telatahnya dalam alam rumahtangga kami....Syukur dengan adanya Inas, saya dikatakan tabah....masih mampu melihat kami tersenyum...masih mampu menikmati rasa bahagia yang mungkin x dirasai oleh org lain.....
Demi Inas, ibu dan ayah masih mampu tersenyum...masih mampu diilihat rasa bahagia itu hadir. Insyallah Inas, rezeki dan keberkatan untuk Inas sentiasa berpanjangan....
Dan...ujian yg seterusnya perlu dihadapi sebagai didikan drpdNya, ialah keadaan kesihatan En HB. Telah menjalani rawatan ubat selama 5 bulan, tahap perkembangan masih lagi tidak stabil. Hanya mampu berdoa dan terus berdoa agar keadaan tdk akan menjadi lebih serius. Sentiasa teringat kata2 seorg doktor pencetus semangat.." berdoa dan terus berdoa.....fikirkan positif, Allah itu maha berkuasa atas segalanya.....keajaiban boleh berlaku ditanganNya".....Justeru itu, saya dan dia masih boleh nampak tersenyum..masih lagi dipandang orang nampak bahagia.....alhamdulillah!...nikmat Tuhan semata2.....
Menjelang 2011, yang dinanti dengan penuh rasa kasih dan sayang...kehadiran orang baru sebagai penyeri dalam rumahtangga kami. Sudah lama kami nantikan.....semoga kehadiran anak kecil amanah drpdNya nanti, akan membuahkan rezeki yang berpanjangan dan kebahagian dalam rumahtangga kami....aminnn!
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...