After 6 yrs, now kami menjejakkan lagi kaki ke Pulau ini....yang pastinya, ini adalah kali yang pertama buat my precious. Niat dihati mmg ingin berehat dan bersantai setelah 'berpenat' menguruskan 'mega projek' baru-baru ini....
Dengan tempahan melalui FIL, kami dibawa ke pulau dengan speedboat dengan masa hanya 15-20 min sahaja. My Inas mmg sgt seronok bila dapat menaiki bot laju Tok Ki....Dari jauh kelihatan pulau yang sangat mendamaikan dan sunyi sepi. maklumlah..kami bertandang kesini pada weekday...so mmg logik lah sunyi pulau ini...Tak byk sgt pun perubahan dengan 6 thn yg lepas. Dan kami terus check in dulu di Chalet Kapas Island Resort..(saya sebenarnya lbh berminat dengan Chalet Makcik Gemok..)
Chalet
Sorry to say...Tak seindah yang disangka..tak berbaloi dengan harganya...:(...Chalet yang ditempatkan oleh kami ini harga RM160 per nite, ada 2 katil single dan tdklah seluas mana pun. Namun, yg sangat kami jengkelkan ialah keadaan tdk brp bersih chalet tu...-> berhabuk sangat2....t*h* cicak merata2...bersawang sana sini..huhuhu, mmg betul2 x selesa....tapi saya tdklah membuka mulut, sekadar mengomel sendiri sahaja...tamau kacau mood En HB yang sememangnya ada nampak mcm kurang stabil jer.:(
Kawasan Chalet juga tak brp sedap mata memandang. Mcm hanya 60% jer terjaga dengan betul....:(. Hanya yang terubat sedikit rasa indah dihati dengan pemandangan alam semulajadi yang cantik disini.. subhanallah... indahnya kuasa Tuhan Yang Maha Esa ini...
Kakitangan disini pun x brp friendly...:(. Mungkin sbb duk asik perati kat Inas yang special cenggini....apalah sgt perlu dipandang2 pada Inas ini....ermmm...agaknya dalam fikiran depa....(anggapan kasar sahaja) -> "janganlah aku dapat nak macam ini..."....Inas pun tak mintak dilahirkan macam ni yer, harap maklum untuk semua.....titikk!
Pantai cantik
Apa yang suka tentang pulau ini ialah pantainya yg cantik..ini mmg x boleh nk dinafikan pun. Airnya yang jernih da boleh nmpk jelas kelihatan ikan2 yang cantik2 berenang2 dalam air....kalaulah saya mempunya kamera yang mahal (dan tentu kualiti) pasti saya dapat rakamkan segala reaksi keriangan ikan2 itu dengan jelas sekali.
Kami x lepaskan peluang untuk bersantai mandi manda disini...Inas as always dia mmg suka ngan air. Riuh rendah sekali dengan gelagat dia...Mmg rasa bahagia sgt bila tgk Inas happy, cuma x dapat nak berlama-lama sebab ibu dan ayah tak terdaya nk dukung + pangku Inas yang udah besar dan tentunya juga agak berat ni..heheheh. Saya contengkan perkataan itu.....untuk diri sendiri...:)
Pulak tu ada satu port yg kami suka iaitu duk berhayun kat buaian ni...so sweet jer bila lepak2 kat sini. Pastu pegi jugak lah jengah kat chalet sebelah nun..kelihatan view disebelah sana happening la sikit drpd di area chalet kami duk ni...(senyap sunyi sepi jer...)...pelancong luar mat/minah salleh pun ramai kat sebelah sana....
Aft dah penat main air dan jalan2 sekitar pulau, kami balik bilik dan kabommm...kami tido tuk rest..sampailah ke pukul 9 mlm br terjaga..huhuhu, penat sungguh! Tuk dinner En Hubby kuar pi beli kat satu2nya warung yg ada kat sini...(keadaan warung pun kurang bersih...:( )..Tapi kami tak de pilihan la..nnt kang berlapar la pulak....
Esok paginya, kami siap tuk breakfast kat cafe chalet ni. Diberikan dengan nasi goreng cina + telur mata, roti sandwich + air sunquick + tea. Saya hanya jamah gitu2 jer....
At 11am, kami dah siap nak balik. Speedboat abah dah tunggu....Babai Pulau Kapas, tatau la bila nk dtg semula sbb mmg x terasa sangat bestnya bila dtg ke sini..huhuhu
At 11am, kami dah siap nak balik. Speedboat abah dah tunggu....Babai Pulau Kapas, tatau la bila nk dtg semula sbb mmg x terasa sangat bestnya bila dtg ke sini..huhuhu
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...