Wednesday, May 19, 2010

Epilepsy itu datang lagi

Semalam. saya terima panggilan drpd Intaz (tempat day care for Inas). Seperti yg diduga, biasanya ada khabar yg tak enak tuk didengar....Epilepsi datang lagi...:( setelah free lebih kurang 2 bln 20 hari. Mmg saya sangat particular about timing free epilepsi yang datang pada Inas ini for good record n reference....

Jangan panik + kalut

Ini adalah kali yang ke 2 terjadi utk tahun 2010 ini. Lately, sejak pi rawatan ke Gedangsa mmg jarak epilepsi datang 2-3 bulan. Alhamdulillah....semoga akan lebih ada perubahan nanti.

Near 3 yrs Inas bergantung dgn ubat EPILIM (7ml), Tegretol (5ml) dan juga bekalan Valium (sekiranya epilipsi datang menjengah). Ikut kata Doc Lee (pakar padeatrik KSH) dan juga pandangan doc lain2...bila dh free dr fit 2 yrs br boleh berenti ubat...ermmmmm, bilakah masanya itu? Yang kami konfius, tiap kali epilipsi datang...dan kami maklumkan pada doc, asik2 diarahkan tuk buat blood test. Walaupun result katanya OK, then doc mesti suruh tambah dos ubat...So far, hanya itulah sajer lah actionnya...x adakah altenatif lain?..Penah juga kami syorkan pada doc utk tukar jenis ubat...tapi doc x bersetuju...:(...I've no idea...

Tetapi pesakit perlu menerima rawatan berkala. Walaupun mereka terpaksa bergantung pada ubat-ubatan sepanjang hayat, penyakit epilepsi bukannya penamat bagi pesakit daripada menikmati kebahagiaan hidup.

Anggaplah ia satu dugaan dan penyuntik semangat untuk kita menjadi lebih kuat dan tabah. Penyakit epilepsi bukan petanda buruk dan memalukan malah ia bukan penyakit berjangkit dan tiada kaitan masalah mental

Mmg kami dah biasa handle bila epilepsi ni datang pada Inas. Dah boleh kawal panik....berbanding dgn masa 2-3 thn yg lepas. Namun, mmg x boleh nk tipu....msh ada 20% rasa panik itu dlm diri kami. Tenang2 kan diri dan fikiran sgt penting...kerana kami ada bekalan ubat. Ubat?...ermmm...mmg sangat "tidak perlu + JANGAN" diberikan terutamanya pada pandangan orang2 tua yg tdk seiring dgn perkembangan teknologi perubatan. Tapi..adakah ada pilihan yg lebih baik drpd memberikan ubat untuk membantu Inas?..Saya mmg sungguh2 tidak sampai hati + sanggup melihatkan keadaan Inas yang tak bermaya apabila epilepsi itu datang lagi...:). Mmg jelas efek ubat itu....ubat kuat sudah tentu akan cepat2 membantu kembali kepada keadaan normal..tapi mmg juga x boleh nak nafi ada yang tak bagusnya tentang ubat kuat ini....:(

Untuk Inas, ibu dan ayah akan sentiasa pastikan Inas mendapat perhatian yang sewajarnya drpd kami kerana kami sayangkan kamu....ini dugaan untuk kita sama2 hadapi dengan kental...so jangan bersedih ok...Keceriaan Inas adalah lambang kekuatan ayah dan ibu....We love u so much Inas....!

mode:...pengesahan epilepsi datang pada Inas pun asalnya saya yang meng'goole' di intenet, bukannya datang drpd penerangan dan diagnos from doc...ermmmmm

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails