Monday, May 24, 2010

Nota Hati Ibu - Part 2


“Dulu mungkin la aku anggap sebagai ujian tapi sekarang ni, ia adalah anugerah terbesar dan terindah. Tak semua orang diberi anak cacat (ye memang saya sebut cacat, malas nak berbasa basi). Lagipun, cacat fizikal tu jauh lebih baik dari orang sempurna tapi otak sempit dan fikiran singkat”.- kredit to penulis blog tersebut

Memiliki Inas...adalah pengalaman dan pengajaran yg terbaik untuk diri kami. Membuatkan saya sentiasa mengingatkan diri sendiri tentang erti kuat semangat dan nilai positif yg mesti ada dalam diri ini. Saya ibu yang melahirkan...saya yang merasai nikmat kesakitan untuk seorang anak yang semestinya tidak diminta lahirnya begini....saya yang melalui pengalaman ber susah senang menghadapi ujian sebegini....

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
'Kami telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka,
maka sesungguhnya Allah mengetahui org2yg benar dan,
sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta.'
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA
YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
'Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'
- Surah Al-Baqrah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
'Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya.'
- Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya,
jika kamu org2 ygberiman.'
- Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
'Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam
mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),
dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada
kesabaran musuh, di medan perjuangan),
dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan
didaerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah
(be fearfull of Allah TheAlmighty)
kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).

'KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan
jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;
dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk'
- Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,
diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya,
Hanya kepadaNya aku bertawakkal.'
- Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
'... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dr
rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.'
- Surah Yusuf ayat 12


UJIAN
Ada ke orang suka menghadapi ujian? Ujian wujud dalm pelbagai bentuk. Ujian sememangnya sesuatu yg tdk diminta2 pun...kecuali sebagai satu syarat yg perlu dan mesti dipatuhi..(cth as ujian memandu,ujian menjawab soalan masa belajar). Tapi bentuk ujian yang dikatakan sebagai pra syarat itu ada tempoh / tahap lega setelah selesai melaluinya. So, mmg x sama langsung la ngan "ujian" yang di maksudkan dalam topik ini...

Saya cuba untuk menerima...memahami....menghayati... betul2 pasal yang biasa kita dengar "awak bertuah, sebab terpilih untuk menerima ujian yang sebegini", "bykkkan bersabar...Tuhan tak menjadikan sesuatu itu hanya semata2 utk sia2...ada rahmat disebaliknya...". Dalam diam, saya akur bhw saya dapt merasai makna sebenar ckp2 mcm tu....

PERASAAN
Saya manusia biasa yang punya hati dan perasaan...punyai rasa gembira dengan berita baik yg diterima, rasa sedih dengan sesuatu yang tdk diminta, rasa marah dengan sesuatu yang mencabar diri, rasa terkilan...rasa cuak..rasa risau...dan sudah pasti ada rasa BAHAGIA.....Sepanjang 6 thn ++ bersama2 En HB tersayang, membelai..mengulit...menguruskan anugerah Tuhan kepada kami ini..segala macam rasa tadi mmg sudah sebati dalam diri kami....telah byk situasi yang menuntut agar saya pandang betul2 mata anak kecil itu...tenung + renung wajah anak kecil yang suci itu...peluk erat2 sekemas mungkin tubuh badannya....segalanya berkisar tentang kasih sayang...naluri seorang ibu ini...naluri seorang ayah jua...

USAH GUSAR
Don't be sad....berkali2 saya tak akan jemu menyebut perkataan ini...(bohonglah saya kalau saya katakan saya tak memikirkan langsung tentang 'susah senang' yang bakal dialami akan datang) . Kebahagian pada kami telah tersurat sebegini...Jadi, jangan sia2 kan dengan perasan bersedih sahaja. Selayaknya kita raikan dan nikmati dengan penuh rasa syukur dan tawakkal. Mungkin sehingga ke hari ini, kita rasakan kita 'susah' sebegini.....esok lusa....akan datang....kita x dapat ramalkan apa bentuk 'bahagia' yang menanti....

Semoga Tuhan memberkati doa seoarng ibu ini......aminnnn! 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails