6:00 am
My Inas dah bangun, dah dgr bunyi suara dia....owhh, apsal dia bangun dah time awal pg ni?
7:00 am
Confirm dia bangun. Tengah saya bersiap, dia dah memanggil2. Terdetik juga dlm hati -> pelik juga, biasanya susah juga nk kejutkan dia tuk bangun. Mungkin sbb mlm td tido dlm guest room, bilik aircond...tapi...
8:00 am
B4 feeding, dia aktif je mcm biasa. Ok je ms dia feeding nenen nya. Habis sebotol 7 auns dan tersengih2 mcm biasa.
On d way go to skul, dia diam je dlm keta. Traffic lak x berapa lancar. Saya agak kalut n risau sbb takut sampai lmbt kat ofis. But.....
9:00 am
Alhamdulillah, sempat juga punch in tepat kul 8:59am. Hari ni cuma ada satu kelas je kul 12:30pm nnt.
10:00 am ++
Hphone bunyi. INTAZ call, jantung dah dup..dap..dup..dap...Owhh, mmg betul ada news yg x sedap didengar. My Inas fitting at skul. Saya tinggalkan pesanan apa yang patut pd kakak -> Basahkan rambutnya, panggil namanya dan tiarapkan dia....
Saya terus pecut Wish ke sana. Cuba seboleh mungkin untuk bertenang walaupun sebenarnya jauh di sudut hati ini mcm2 yg saya fikirkan. Keep thinking, kenapa my Inas msh kena fitting walaupun tidak putus ubat diberikan.....Sambil mulut x henti2 mebaca ayat2 suci al-quran dan berdoa semoga Yang Maha Kuasa membantu kami. Mujur traffic cantik....
10:30 am
Sampai di taska. Inas dipangku oleh kakak. Mmg tiada respon dan sah fitting (merujuk kpd keadaan yg sebelum2nya). Tapi tidak lah "seteruk" mana. Cuma no respond from her bila dipanggil2 dan mata berkelip kejap2, dileher2nya bergerak2.....
Dah lebih 30min, saya decide tuk masukkan ubat "VALIUM" yg mmg ada disimpan di skulnya. Alhamdulillah, as always...bila ubat dah masuk dlm badan...fitting berhenti dan my Inas mula lali akibat ubat yg kuat itu.
Sedih saya sebenarnya..tapi, saya mesti kuat kan? Rasa hati mengatakan mungkin my Inas tidak cukup tido / rest......Saya tinggalkan Inas utk pegi ke ofis balik krn msh ada tanggungjawab yang menunggu. Tinggalkan pesanan kpd kakak2nya....utk tgk2kan Inas....
Inas, semoga sembuh seperti biasa. Ibu mesti kuat tuk Inas...ayah mesti sayangkan kita.
2:00 pm
di Ofis, saya tak senang duduk sebenarnya walaupun msh mampu tersenyum dan bergurau dgn my click ofis yg lain.Saya call skul tuk tanyakan keadaan Inas. Alhamdulillah, kakak bagitau dia ok...msh lena dgn ubat itu...
3:00 pm
INTAZ call again, mention that badan Inas mcm panas. Saya minta utk lapkan..basahkan kepala dan badannya. Saya hy boleh tinggalkan ofis seawal 4:00 pm....
Cepatlah masa berlalu.....
"Ya Allah, aku memohon untuk permudahkanlah urusanku......"
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...