Monday, July 20, 2009

Membaca habit yang bagus....

Saya suka membaca. Seingat saya, sedari kecil lagi di sek ren saya mmg suka membaca. Rentetan bacaan saya selain drpd menjurus kepada buku2 sekolah utk mengulangkaji, saya mg sukakan majalah. Berikut adalah perkembangan majalah yg saya ikut drpd 20 thn yg lalu...sehinggalah sekarang.....
Semasa di Sek Ren
a. Gila-Gila - masa ni mmg susah nk dpt bacaan ini sbb duit poket sepenuhnya bergantung kepada parents. So, pantang terjumpa majalah ni dirumah sesiapa or di mana jua, pasti saya akan tekun membaca. Kalau dapat beli sendiri pun, tunggu masa dapat duit raya...heheheh

b. URTV - sekali-sekala mmg ada membaca majalah ini. Sekadar tuk mengetahui perkembangan artis yang diminati. Kalo tak silap, pada masa2 umur ini...suka sgt kat Faizal Hussein...hahahaha...

Semasa di Sek Men
a. Remaja - kan dh mula meningkat usia ke remaja so majalah ni la yg saya duk langgannya. Masa ni duit poket ada la lebih sikit2 hujung bulan sbb duk asrama mmg parents ada kasik duit poket sikit. Byk tul koleksi saya ketika ini. Sgt sayang kan majalah ni....byk panduan yg saya dapat.

b. Ujang - pun sama dgn majalah ni. Saya sgt suka release tension kepala yg berat dgn membaca majalah ni. Kdg2 ada juga rasa org lain mencebik bila kta baca malajah ni..tapi saya tak kisah pun sbb hy saya yg tahu kenapa saya suka membaca majalah kartun mcm ni. Ada sekali sekala mama tegur juga tanya kenapa saya suka baca kartun, saya jawab " sajer nk hiburkan diri sendiri....:...hahahahha, poyo je jawapannya.

c. Novel - di akhir persekolahan, dah mula minat baca novel. Tapi agak terhad juga sbb duit poket tak mengizinkan.

Semasa di Universiti
a. Remaja - msh lagi melanggan



b. Novel - dah start kumpul koleksi novel. Time ni mmg dah ada duit poket walaupun agak terhad. So, saya pandai2 lah nk budget duit poket tuk spend for beli bahan bacaan saya ni. Mula la kenal dengan bahan tulisan novelis2 tempatan. Walaupun adakalanya saya tersalah langkah membeli novel yg bukan dlm kategori yang saya minati, saya tetap akan habiskan bacaan novel tersebut. Biasanya, lepas abis je baca satu2 novel...saya akan balut novel tu dan simpan di dalam rak almari berkunci...kenapa mesti kunci?...hahahhaa, mmg kena kunci...kalau tidak koleksi novel2 kesayangan saya ini tidak dapat disimpan sepanjang hayat...( ramai yg suka meminjam tetapi x pandai nk bagi balik....:( )




Mula bekerja

a. Novel - masih lagi aktif membuat koleksi lebih2 lagi setelah memegang duit sendiri ni. Setiap bulan paling tidak mesti ada sebuah novel yg dibeli. Ketika ini, saya sukakan novel keluaran Novel Creative Sdn. Bhd. Mmg byk sungguh koleksi novel keluaran ini.

b. Pengantin - abis belajar je terus bertunang dan get ready wat preparation for wedding. So apa lagi, saya perlukan rujukan idea untuk buat preparation for my wedding day. Sempat jugalah setahun melanggan majalah ni. Mmg byk info berguna yg saya dapat

Berkahwin



a. Novel - masih kekal di hati untuk melanggan novel. Tapi, tahap kecepatan membaca novel sudah agak merosot. Maklumlah, dah ada satu tanggungjawab baru sekarang ni iaitu sebagai isteri dan juga bakal ibu ( saya ni bunting pelamin, so aft get married terus je ada 'baby' berinteraksi dlm perut..:))

b. Anjung Seri - bila dah masuk umah sendiri, mmg suka nk menghias umah. So saya perlukan contoh dan idea2 yang dapat menyenangkan kerja saya. Hampir 2-3 tahun juga saya melanggan majalah ini. Alhamdulillah, walaupun x sama sepenuhnya seperti rujukan majalah itu ( budget berkurangan ) at least saya dapat sempurnakan hajat tuk tgk umah nampk kemas dan cantik..(mungkin hy dimata saya kut....)
Mempunyai anak

a. Pa & Ma - mula melanggan majalah ini ketika saya mula mengetahui yang saya berbadan dua. Byk info yang berguna terutamanya kepada saya yang tiada lagi pengalaman sebagai seorang ibu ini.

Sekarang

a. Novel - masih lagi kekal sebagai hobi membaca yg utama. Proses membaca menjadi lebih perlahan kerana status saya sebagai isteri, ibu dan juga wanita bekerjaya. Kebiasaanya sekarang, saya hanya sempat membaca 5-10 page shj sehari itu pun ketika sudah mahu melelapkan mata sebelum tido betul dgn lena.Bayangkanlah, kalau hanya 5-10 sehari shj...kalau dah novel tu ada 300-500 page..brp lama secara purata saya boleh abiskan....hehehhehehhehe



b. Buku motivasi + bhn2 ilmiah - minat juga membaca bhn2 sebegini. Yg terbaru saya beli bku ilmiah dan motivasi dr SaifulIslam.com....dah hampir 3 minggu beli, belum khatam lagi...hehehehe





Lain-lain

** Suratkhabar juga menjadi tatapan bacaan saya setiap hari. Walaupun tidak membaca secara menyeluruh, tapi saya tetap mahu mengetahui perkembangan semasa apa yg berlaku di sekeliling saya. Sekadar dapat membaca secara digital pun sudah cukup memadai. FYI, Hb bukanlah seorang yg suka membaca suratkhabar...pelik tak?....

** Internet - sumber bacaan tanpa sempadan. Bila dah ada teknologi ini, mg byk sgt perkara dan info yg saya leh dpt dgn percuma. Tanpa bhn bacaan lain, internet dpt memebrikan saya pengetahuan baru setiap hari. Sebab tu sekarang saya dh kurang membeli majalah kerana saya byk bergantung dgn bahan drpd internet. Ibarat kata...'saya tak boleh hidup tanpa internet....'..adalah sangat betulllll......hahahahhaha

Dan....inilah hobi saya iaitu MEMBACA........

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails