Friday, December 30, 2011

...Kompilasi episod cinta 2011

Saat2 terakhir sebelum munculnya Tahun Baru.....yang dianggap oleh ramai orang untuk menutup buku lama, memulakan buku baru...saya cuba mencoretkan moment2 sepanjang tahun 2011 ini...Sebagai tatapan kenangan selamanya.....

Januari 2011
Usai awal tahun, saya cuba menahan rasa sebak dan lesu bila memnadang wajah our precious yang menjangkau 7 Tahun...yang tdk berkesempatan melangkah masuk ke sekolah seperti kanak-kanak yang lain...Saya perlu akur bahawa anak inilah rezeki dan amanah Allah kepada kami.

Saya masih menikmati pengalaman sebagai seorang preggy mom....mengandungkan anak kedua kami memasuki usia 6 bulan menghuni dialam rahim....Namun perancangan Allah adalah yang terbaik, adik Inas lahir pada usianya 29 minggu dialam rahim dengan tragedi kelahiran didalam kereta Wish kami dengan berat 1.3kg.....Ya Allah, Maha Besar kuasa mu.....Menangislah sekuat hati dan semahu, tapi redha itu lebih perlu....

Februari 2011
Saya melalui saat2 berpantang 40 hari dengan seadanya tanpa baby disisi. Tapi kali ini semangat dan perasaan saya lebih terkawal. Setiap hari berdoa....agar anak kecil saya yang diberi nama Iman Wafiqah selamat daripada segala-galanya...En HB, sanggup bercuti selama sebulan lamanya semata2 untuk memberi perhatian kepada Inas dan menjaga saya..Terima Kasih Tuhan...

Mac 2011
Saya dah tamat berpantang dengan berat badan yang masih lagi tdk dapat seperti asal sebelum pregnant...huhh!, plan tuk amik unpaid leave dlm ms sebulan tapi urusan dgn pihak opis nampaknya agak cerewet...At last, Iman is home after 63 hari berumah di HTAA. En HB kotakan hasratnya untuk membeli TV LED.....

April 2011
Kehadiran bibik melegakan saya....sempat berpeluang dlm masa sebulan ini untuk train bibik buat keja umah dan uruskan baby Iman. Byk kali juga Iman asik2 muntah, sebab kenyang atau pun ada gangguan lain?.....

Mei 2011
Raikan cinta Anniversary 8th kami di Restoran Berputar KL Tower. Saya dah masuk keja semula after 100 hari genap bercuti. Resah dgn bunyi "hukkk" yg dengar daripada baby Iman, Doc kata itu adalah "stridor".....so dibuat prosedur 'scope bronchoscopy', tapi alhamdulilah..everything is fine...

Jun 2011
Iman 1st time travel ke Batu Pahat at 2 mths corrected age, baby baik2 sahaja. Diadakan juga majlis cukur jambul Iman, dan Iman dibotakkan...so cute :). Saya perlu byk sedarkan diri dengan bersabar melayan dan menguruskan Inas.....

Julai 2011
It's my 32th Birthday, syukur alhamdulillah sebab masih lagi diberi peluang bernafas dan bahagia bersama-sama dengan keluarga tercinta ini. Saya mula resah dengan berat badan yang mcm sgt2 payah tuk diturunkan....silap sendiri kan?...Baby Iman dah mula start with her solid food at 6mths old. Dan saya mula terasa bahang kebizian tahap gaban di opis....sgt2 semput ok!...bulan ini juga bermula pembayaran parking oleh MPK di tempat keja saya, so kena spend RM52.50 tuk tiap2 bulan selepas ini..:(. 

Ogos 2011
Ramadhan menjengah...menjalani ibadat puasa tanpa abah dan mama yang mengerjakan umrah pada 2 minggu pertama puasa. 1st berholiday santai di Legend Cherating. Mood menyambut Raya yang sgt lemau kerana En HB berturutan kerja.....:( tapi bersabar je lah. Kelahiran baby Ian Hadef, anak ke 3 my lovely sister....Iman mula meniarap at 7mths...Alhamdulillah, aminn

September 2011
Iman admitted 7 days at KMC due to high fever infection kuman....ING pula tdk lagi mahu meneruskan pembiayaan kos ambilan ubat Epilepsy ~ Epilim & Tegretol our precious Inas, kecewa tapi kami pasrah shj...(-_-)

Oktober 2011
Ujian dan dugaan buat saya....ini bulan sedih lagi...kalah juga dengan perasaan, menangis lagi sekuat hati dan semahu bila terasa pedihnya apabila "cinta dan kesetian telah dikhianati"....sungguh2 terluka :(. Kami juga di beri penringatan agar menjaga Inas dengan sebaik2nya....bukannya mensia2 kan anugerah ini.....Ya Allah, terima kasih....Dapat berita yang my lovely sister admitted due to her heart problem....Kami doakan agar dia cepat sembuh..aminnn

November 2011
Kesinambungan kisah "separuh JIWA ku pergi..."...episod yg sungguh menyayatkan hati untuk dikenang, dan mmg tak akan dilupakan sampai akhir hayat. Menjadikan suasana sambutan Hari Raya AidilAdha saya agak suram juga...walaupun Majlis Akikah Iman dan Ian berlansung dengan lancar, tapi perasaan saya mcm kosong jer...8 Nov melapor diri di deparment baru :(. Bercuti di CH, bersama parents dan MIL....byk sekali gambar yg terakam.....Iman dah tumbuh 2 batang gigi at 7 mths corrected age....selera makannya sungguh hebat sekali....Alhamdulillah

Plan 2 perkara untuk Inas....HBOT dan Special Needs Stroller

December 2011
Iman mula menjulur kedepan..dan bergerak aktif didalam walker. Ya Allah, terima kasih diatas kurniaan kesihatan kepada anak2 ku ini. Inas memulakan rawatan terapi HBOT nya pada 19 Dec - 14 Jan 2012. Terharu dengan sumbangan atuk & tukma serta moyang untuk Inas. Semoga rawatan ini memberikan perkembangan dan perubahan yang sewajarnya kepada Inas.....Hope2Walk for Inas....ibu sentiasa doakan.....Penghujung tahun Iman dengan berat 7.6kg, alhamdulilah...a big achievement!

Rezeki kami msh berpanjangan dengan hasil dividen ASB yang kami terima...Alhamdulilah!....

Selamat Tinggal 2011...Selamat Datang 2012....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails