Tuesday, February 1, 2011

Day 8 : Preemie named IMAN WAFIQAH

Usai seminggu umur baby..seharusnya sudah ada nama yang terbaik untuknya...

"IMAN WAFIQAH"...akhirnya terlintas nama ini difikiran saya. Sebetulnya, a few days b4 bb's arrival..mmg saya duk asik mencari nama yang lebih sesuai. Maksud saya, nama berpangkal 'Iman' itu dah sewajibnya saya tertarik...cuma mencari cantuman nama di belakangnya....(dan juga berpangkal dengan huruf I juga sama seperti kakaknya)

Sejak awak bb menghuni didalam rahim saya, mmg saya dh mla berckp2 dan memanggil bb dgn nama 'Iman'. Begitu juga tika saya mengajak my Inas berkomunkasi dgn bb...saya perkenalkan bb dengan nama "Iman' pada kakaknya....

Alhamdulillah...En HB pun bersetuju dengan nama "IMAN WAFIQAH" ini yang bermaksud 'Kepercayaan seorang Pemenang". Doa ibu dan ayah agar bb Iman sentiasa teguh dengan kepercayaan dan sentiasa menjadi seorang pemenang.

*********************************************
Hari kedua berurut (sebetulnya hari ke 4 dh berurut) dgn K.Niza, kami msh lagi berkongsi byk citer mengenai anak prematured. Sungguh respect dgn ketabahan dia walaupun sekali-sekala terdengar juga keluhan panjang  yg terkeluar. Saya hanya mampu sperti org lain juga...memberi kata semangat (sama spt yg org lain katakan pada saya juga)....Dan sesungguhnya, hanya kami shj yang merasai "kesusahan" yang dialami....

Owhh...bb Iman terkena semua penyakit jaundice hr ini. Saya tenang2 shj mendengarnya...x perlu gusar apa2 sbbnya bb Iman akan 'selesa' di bawah pantauan Doc di sana. Bak kata mama saya, org tua2 kata.."selagi tak tercabut tali pusat, kuning itu biasa lah...". Insyallah, semoga semuanya akan baik2 shj...

Ibu sedaya paya melakukan rutin 3 kali sehari untuk memerah susu....Mmg x sanggup biarkan breast engorge krn mmg sakit....

Monday, January 31, 2011

Day 7 : Masih ada org yang lebih 'susah'

What a small world.....akhirnya saya dipertemukan dengan orang yang senasib dengan saya. Lebih tepat lagi, dipertemukan dengan org yang lebih istimewa diduga dengan ujian yang mungkin boleh dikatakan 2-3 kali ganda lagi drpd keadaan kami...

Sebenarnya, hari ini hari ke 3 saya berurut dgn tangan org yg ke 3. Insyallah saya terus booking tuk 3 hari berturut dgn K.Niza (bkn nama sebenar) ini untuk pakej berurut, bertungku dan mandi serum. 
'K.Niza merupakan ibu kepada 6 org anak, 5 drpd 6 org anaknya ialah prematured baby. HTAA ibarat rumah ke 2 baginya, menjaga anak dan bersusah hati dngan keadaan rumah yang ditinggalkan sepnajng masa berada di hospital. Baginya, sukar tuk di describekan perasan ketika sedang melalui saat2 terpaksa memendam rasa...bergelodak dengan emosi menghadapi keadaan anak yang sedang berjuang di NICU. Alah bisa tegal biasa...tapi adakalanya, semangatya 'down' juga......sebagai manusia biasa, itulah kelemahan kita yg kdg kala  tak mampu untuk sentiasa tegak berdiri...'
Peringatan terbaik tuk saya, kalau kita rasa kita sudah cukup susah,  masih ada ramai lagi orang yang lebih susah drpd kita...Syukurlah dengan apa jua keadaan yang kita hadapi...

Petang ibu ikut ayah pi visit Iman. Msh lagi perlu ventilator. Kelihatan timbang berat Iman hari ni turun ke 1080g, not happy with that...:(. Bila pgg dan sentuh bb, dia gerak dan geliat..buat ibu lega sayang sbb at least ada respon yg bb berikan.  

Otw back....ibu teremosi berlebih..akhirnya kolam mata x mampu terbendung lagi.....:(

note: menerima byk kata2 semangat drpd org sekelilng, t,kasih kepada semua yang mendoakan dan memahami situasi kami sekarang...

Sunday, January 30, 2011

Day 6 : Belajar dari pengalaman

Untuk situasi kedua ini..saya lebih rasa bertenang....mampu kawal emosi...mampu untuk lebih sabar menerima hakikat kejadian milik Tuhan semua ini. Lebih memahami konsep bersabar dan berdoa..insyalah akan disusuli dengan ganjaran yg besar....

Kenangan 7 thn yg lalu, ketika kami ber 'penat' dan ber susah hati mengenai cinta hati kami yang pertama..our precious Inas, membuatkan kunjungan kedua ke NICU kali ini lebih mematangkan perasaan dan emosi kami. Lebih2 lagi saya yang seharusnya berpantang dengan sebaiknya untuk kesihatan tubuh badan sendiri....Kalau dulu, saya akan bermlm di ward SCN berulang alik menjenguk anak di NICU, tapi kali ini...kami decide tuk saya berpantang dirumah shj....(krn bb di NICU x boleh dijaga oleh ibu, nurse dan doc yg akan uruskan). Sekurangnya, saya tdk rs tertekan sangat dengan kelesuan badan (walaupun disediakan katil dan makan serta tanpa anak disisi, ibu msh tdk dapt berehat dan berpantang dgnbetul bila berada di ward....x boleh berehat pun) + emosi yang bergelodak pabila mengenangkan anak...

Hari ke 2 berurut dgn K.Jie..terasa sedap urutan kali ini dan rasa serasi dgn badan saya. Air susu mmg dah mula byk, hasil urutan juga mempengaruhi production air susu. Seharian ini melayan karenah my Inas, yg mula memahami bahawa adiknya sudah tiada dialam perut ibu...adik dah keluarlah kakak...:). Seperti biasa, si dia ini akan ketawa mengilai dan ersenyum2.....bahagia hati ibu ini melihatnya...

Ayah visit bb, katanya bb dah x de "kuning"..Alhamdulillah. Rindu dengan bb, insyallah esok ibu akan datang melawat bb ....

Saturday, January 29, 2011

Berpantang lah sebaiknya...

Bila tuk kali yg ke 2 nya saya alami keadaan proses bersalin awal, bahkan kali yg ke 2 ni proses bersalin yg dlm keadaan yg lebih mengharukan....serba serbi juga persiapan dan kelengkapan menjadi huru hara :(.

Kenangan lalu...
Haru sgt bila kenangkan smula masa keadaan berpantang saya semasa my Inas dulu. Boleh dikatakan saya hanya berpantang dr segi makan shj kerana mmg sepanjang tempoh 44 hr berpantang saya bermalam di ward HTAA dgn niat utk sentiasa dekat dengan Inas, cinta hati kami (mudah bg saya sentiasa berulang ke nicu tuk melihat perkembanganya). Dlm keadaan tido ber aircond, tanpa bertungku, tanpa berbarut....nk disapu dengan minyak2 panas pun x dibenarkan..:(. Saya hanya berstoking dan bersweater shj....curi kluar tuk pergi berurut shj...Plus lagi bukannya dapat berehat sgt pun kerana mmg byk gangguan spt...bising -> suara nurse + doc yg sdg bertugas, bb2 menangis..dan mcm2 lagilah...kalo betul dikenangkan.....can't describe!!

Bukan sengaja tak sudi
Sekarang, mmg saya tdk sudi lagi bermalam di ward dlm keadan yg tidak perlu. Bukan bermakna saya sengaja atau tak ingin sentiasa dpt melihat perkembangan Iman, tapi mengenangkan betapa pentingnya amalan berpantang untuk kesihatan badan akan datang. Keperluan untuk sentiasa berada di sisi Iman saya akan cuba sekerap mungkin dtg menjenguknya kerana saya tahu dan faham..kehadiran ayah dan ibu disisinya dengan sentuhan yg diberikan mmg dpt membantu bb Iman cepat pulih dan sihat.

Amalan berpantang
a) Berurut
Sebaiknya sehari selepas bersalin, perlu dptkan khidmat berurut ini. Saya berkesempatan dapat berurut pada hari ke 5 setelah bersalin. Alhamdulilah, mmg terasa ringan badan dan agak segar selepas seluruh tenaga dan urat terlibat semasa dlm proses melahirkan bb. Insyallah hari yg ke 20 nnt saya akan ulang lagi beruurut serta har yang ke 40 juga nanti.

b) Mandi daun serum
Kelebihan mandi dengan air rebusan daun serum ini ialah tuk mengembalikan kesegaran pada badan. Mmg byk khasiatnya. Cukup selama 3 hari berturut2 mandi rebusan daun serum ni.

c) Bertungku
Seawal jam 7:00am, mama dah kejutkan saya dan ready dengan tungku yg sudah dibakar, perlu bertungku 2 kali sehari...pagi dan petang untuk mempercepatkan proses pengecutan rahim. Tungku yg digunakan adalah turun temurun daripada mama gunakan dahulu.

d) Berbarut
Ubat barut yg saya gunakan ialah kapur diperah dengan limau nipis. Terasa sedikit hangat, disapu ke sekeliling perut dan dibalut / barut dengan kain bengkung yang mama jahitkan sendiri. Kemudian, bila saya beli pek 'ubatan dan rawatan slps bersalin' (saya msh tidak memakan sebarang ubatan smentara bb Iman msh diward, bimbang akan efek kpd air susu yg dibetikan pada Iman) gunakan pula rempah yang ada serta didalam itu tuk berbarut. Sudanhnya hanya sempat 10 hari je berbarut, kulit saya mula gatal2...ohh! allergik pulak...

e) Makan -> "...itu boleh makan?..ini boleh makan?"
Mama mmg pantas sediakan apa yang patut dan x patut saya makan. Biasanya yg wajib ialah ikan panggang yang disapu dengan garam kunyit, sup sayur sawi dan renjisan serbuk lada hitam.Sekalisekala ikan distim dengan halia dan juga kuah singgang. Jenis ikan pula mmg pada <20 asik ikan kembung shj... Kemudian, a fews day later bila dah near 20 hari...dah boleh mula makan ayam panggang, ayam singgang.....

Kalau difikirkan, mmg bagus juga jenis masakan sms dlm pantang ni, sbbnya tiada langsung minyak2 (bergoreng) dan juga yang berlemak (santan). Baguskan diet mcm ni..cuma byk menda yg bagusnya juga tak leh makan spt..buah2an langsung mama x bg sentuh....yang masam spt tomyam x boleh...yang akibatkan gatal spt nk cicah budu, telur juga tak boleh....lagi satu, apa2 shj jenis makanan yg hasil drpd cincangan atau tumbuk spt laksa kerepok pun x boleh...pisang nangka x boleh dan juga mee kuning sbb ada kapur pun x boleh....huhuhu, sadis kan..lar hai lamanya nak abis 44 hari berpantang ni...

Air sepang kederang juga wajib diamalkan minum. Mmg pahit tapi banyak khasiatnya. Begitu juga dgn menelan manjakani yang distimkan bersama2 dgn nasi yang baru masak, digumpal dlmnasi dan ditelan...kalo x lepas telan, mmg terasa sgt2 lah kepahitan yang teramat itu......huhuhu

Sudahnya, saya sentiasa akan bertanya "Ma...itu boleh makan tak?.Ini boleh makan tak?.." bila ternampak apa makanan yg ada dpn mata...huhuhu

Last but not least, mama mmg langsung x bg saya angkat menda2 berat especially nk dukung my Inas. Kesian kat kakak Inas bila saya nmapk dia hulurkan tangan ketika saya sdg berdiri.minta diangkat dan didukung, tapi saya mengelak...hanya duduk baring sblahnya dan peluk cium dia ajer...

note: Masa sempat merasa peknen 7 bln tu..berat saya naik hampir 13kg dah. So saya harap, toal 13 kg tu dpt hilang dengan sebetulnya lah...kalo tak, mmg terpaksa mengorder cik HL la smula....uhuk..uhuk...!

Day 5 : AVENT manual breast pump & Jaundice


Alhamdulillah, dapat pinjam breast pump manual brand AVENT yang my sis punya, my eld. bro tolong bw balik lewat mlm smlm. So, dapatlah dengan fokusnya memerah susu...x de lah 'seksa' sgt kalo memerah guna jari...(sbb mungkin tatau cara yg betul)...

Ayah visit bb, dah masuk hari ke 3 nnt kena 'kuning' atau pun jaundice. It's fine..sbb jangkitan jaundice ni kalo bb full term pun dianggap normal lah kan. Dah bb mmg sedia duk kat hospital, so x de menda yang nak resah sgtlah...Doc tau apa yg patut dilakukan, tinggal lagi ibu dirumah berdoa dan terus berdoa sahaja lah...

Mula berurut dengan K.ina hari ini. Ibu berpantang sebaiknya dirumah, terharu lihat mama menyediakan keperluan berpantang untuk saya. Serba serbi disediakan...Mula berbengkung dengan kapur dan kunyit + bertungku di awal pagi. Terima kasih mama, love u so muchh!....

note : En HB bercuti selama hampir sebulan juga..untuk take care of our precious Inas sementara ibu dlm pantang, thanks so much yangg...

Friday, January 28, 2011

Day 4 : Trying hard for EBM

Ibu trying hard tuk memerah susu menggunakan breast pump letrik di KSH ni. Ada plan juga untuk beli breast pump letrik ni sendiri nanti bila balik rumah. Kalau perah guna tangan rasanya x tau teknik yg betul..hasilnya pun mestilah x seberapa pun...

Breast dah engorge...so mmg x selesa sbb rasa sakit. Bila kenangkan keadaan ni, mmg agaknya x de lah rezeki saya untuk merasai pengalaman menyusukan anak. Kalau nak bandingkan ketika Inas dulu, production susu badan saya agak mewah..tai, itulah....bb pula tak dpt nak menyusu direct due to lahir prematured..masih kecil dan tiada kederat bb tuk sucking direct dengan susu badan ibu. Sabarlah...ibu yakin ada hikmah disebalik semua ini....

Hari ni mintak discaj dengan Doc K, plan nak berurut bermula hari esok. Org tua2 kata, bila dapat berurut. lebih banyak susu badan akan terhasil....Dapat saya mula membuat simpanan stok susu untuk bb nanti.

Sempat lagi sekali singgah kat NICU, untuk melawat bb. Ibu dapat kontrol feeling, dan agak lega bila nampak bb bg respon...dan bergerak aktif. Tak dapat lihat wajah anak ibu ni sepenuhnya sbb bb pakai oksigen support ventilator. Tak pe..ibu mesti kuat dan bersabar kan sebagaimana bb yang semestinya sdg berjuang untuk sihat...Insyallah, kita berikhtiar dengan bantuan Doc dan dengan izinNya dapatlah bb sembuh nanti...

Mula bermalam di umah parents hari ini dan seterusnya....

Thursday, January 27, 2011

Day 3: Menahan rasa yang rawan

Mlm td ibu x dapat tido. Penat dah rasanya memejamkan mata, namun x dpt pun rsnya melelapkan mata. Awal pagi dh dpt call drpd nurse NICU HTAA, mrk minta agar ibu perahkan susu dan htr ke sana. Baby dah mula mau diberikan susu. So, pagi2 lagi, ibu dah trying hard tuk perahkan susu, guna breast pump letrik kat sini. 

Td, Doc K ada visit..mention to him that semlm ibu x dpt tido, sudahnya hr ni mmg rs lesu sgt. Doc K is very fatherly type person. Tutur katanya sgt mendamaikan...tqvm to him for all comforting words. Nmpknya mlm ni lagi semalam ibu akan berehat di KSH, Doc K berikan lagi sekali pada ibu ubat tido.

Kwn ofis ibu ada melawat hari ini. Kongsikan pengalaman bersamanya, sure dia akan bawa balik story ni berkongsi pula dgn kwn2 di ofis. Terima juga kunjungan daripada mak2 saudara dr kemaman. Terima kasih kpd semua yang memberi sokongan.

Ptg, ayah ajak ibu pergi melawat bb. Ibu cuba untuk tenang. Sampai di NICU, terserempak dgn Doc S yang dahulunya ada juga merawat Inas (kisah 2004 yg lalu). Masih kenal dan ingat lagi dia pada ibu. Masuk ke dlm NICU, berjumpa pula dgn nurse yang penah juga membantu menjaga Inas dulu...

Kali pertama menatap wajah bb, ibu cuba bertenang dan tamau bb tahu yang ibu cuba menahan rasa sedih. Ada respon daripd bb bila ibu sentuh dan pegang bb. Ibu selawat banyak2 dan mendoakan agar anak ibu ini diberikan perlindungan yang terbaik daripada Yang Maha Kuasa...aminn..

note: ketahuan yang my SIL pun bersalin pd date yang sama dengan bb saya, alhamdulillah. Semoga tiada apa2 perbandingan dan 'bunyian burung2 yang berkicau' tentang bb saya dan bbnya nanti...aminnn

Wednesday, January 26, 2011

Day 2 : It's God will...

Ibu admit di KSH, keadaan ibu stabil...alhamdulillah, sama seeprti ibu2 lain yang melahirkan zuriat mereka. Mungkin ramai yg tdk menyangka bhw ibu tetap kena juga jahit di bahagian 'bawah' walaupun melahirkan anak yang kecik saiznya, mempunyai berat kelahiran hanya 1.33kg. Mengenangkan kembali keadaan proses kelahiran didalam kereta dlm keadaan posisi yang entah mcm mana nak digambarkan.....

Bertemu dengan Dr K disini, sessi 'post mortem' dilakukan. Menurut beliau, ibu sepatutnya di tahan oleh Doc yang berkenaan setelah ibu pergi follow up ttg keadaan 'show bleeding' tempohari. Serta patut diberikan suntikan 'matangkan paru-paru baby' krn possibility utk lahirkan baby prem mmg ada. "Kenapa tak check-up dan refer dengan pakar?"...persoalan itu mmg tak terjawab oleh saya.....dan saya pasti untuk kesekian kali ini, itulah persoalan kepada jawapan kelahiran anakanda ke 2 sebegini.....sebagai salah satu penyebab....mungkin..:(.  Tapi saya tetap perlu akur dan sedar...Tuhan Maha Mengetahui dan memutuskan segala2nya......

Di KSH ini, mmg ternyata kakitangan disini adalah mesra pesakit belaka. Mmg layanan terbaik saya tak nafikan disini. Berbual dengan seorang nurse disini yang saya lihat name tagnya "Rosalind"..bukan bangsa melayu, sungguh buat saya respect padanya. As always, saya byk menerima pesanan drpd org sekeliling untuk banyakkan bersabar...sama juga seperti dengan Madam Rosalind ni juga. Tapi apa yang buat saya lebih terkesan ialah kata2nya...." It's God will....kalau kita tahu apa yang akan jadi pada kita, tentu kita tak perlukan Tuhan kan?....so, kuasa Tuhan adalah segala-galanya....sepatutnya kita bersyukur".....

Saya mahu rehat....mahu cuba memetakan minda agar cuba untuk terima hakikat keadaan sekarang...cuba untuk pertahankan perilaku tenang....baby di NICU HTAA msh saya tdk jengah, hanya En HB yang berulang kesana....sabar baby, ibu perlu rehat seketika....mahu untuk lemparkan kerunsingan jauh2....ibu tahu baby disana ada yang membantu.....ibu sayang baby...

Dr K berikan saya menelan ubat tidur supaya saya benar2 dapat rehat yg sepatutnya......
Related Posts with Thumbnails