Wednesday, May 18, 2011

Succes tapi msh kurang tegar

Entri ni berkenaan dengan amalan HL Season 2 saya. Alhamdulillah, 2 minggu sudah brd dlm S2 HL ni, ada bukti loss kg. Biarpun x setegar disiplin HL S1 dulu..namun saya masih berjaya membuktikan yang HL adalah sesuai dengan diet yang baik utk saya...




Kenapa saya tak disiplin diet setegar HL S1 ehh?....Mmg puncanya sbb mengelatlah...adakalanya nafsu nak makan sesuatu tu mmg x boleh2 nk ditahan. Hasilnya kenalah jamah sikit.....tuppp!...dah lari target tuk kurangkan kalori seminimum mungkin utk sehari. Aduhh!...

Meh kita kongsi info ni....

1.    Kita tidak sukakan perubahan: Tiada siapa yang sukakan perubahan- contohnya menukar sarapan lazat yang telah anda nikmati selama bertahun-tahun. Its hard to break habits...lagi2 sekiranya perubahan itu drastik kepada cara pemakanan dan gaya hidup. Walaupun untuk jangka masa pendek anda rela dengan perubahan itu, ramai yang gagal untuk jangka masa panjang kerana bosan. 

Komen saya? Perubahan perlu lakukan dengan perlahan-lahan or make changes one at a time. Yang penting niat dan disiplin kena seiring.

2.    Tiada kesabaran: kita semua inginkan hasil yang cepat.....tetpai ingat: Mungkin ia telah mengambil masa 5-10 tahun untuk menambahkan berat badan anda, tapi kebanyakan orang ingin perbubahan dalam masa 12 minggu? Walaupun tak mustahil tetapi ia tidak praktikal sama sekali.

Komen saya? Tepuk dada tanya selera. Masa yang singkat tuk jadi kurus perlulah ada panduan dan cara yang sebetulnya. Boleh dapatkan target yg cepat tapi perlulah pegang kata kunci "disiplin" dengan sekemasnya barulah hasil perubahan itu akan kekal sepanjang hayat.

3.    Matlamat tidak realistik: Ini berpunca kerana terlalu banyak menonton TV atau muka depan sesebuah majalah. Ramai yang ingin kelihatan menarik seperti model. Adakah ini munasabah ? Tentu sekali dan ia selera masing-masing. Cuma ia akan mengambil masa.

Komen saya? Jangan putus harap dan usaha. Carilah matlamant yang serasi dengan kehidupan, umur dan gaya hidup anda. Mulakan dengan matlamat sederhana, pastikan anda menjayakan matlamat itu dan teruskan usaha anda.

4.    Tiada panduan: Sama seperti memandu dalam gelap tanpa peta ( panduan ). Ramai yang tiada panduan diet dan senaman dan dengan itu, menyerahkan kejayaan dan matlamat kepada nasib.
Komen saya? Jangan nafikan panduan sgt penting. Kalau tiada ahli keluarga atau kawan yang sesuai, dapatkan panduan daripada orang yang berkelayakkan, panduan buku, internet
5.    Kurang pengetahuan: Ini lebih kurang sama dengan "tiada panduan". Anda perlukan ilmu pengetahuan asas yang kukuh untuk mengawal "nasib" berat badan dan kesihatan anda. Ini bukan soal nasib. Sesetengah orang menunjungi gim hari2 tetapiu masih gagal dalam usaha mereka untuk mencapai azam mereka. Kenapa? Kerana tiada know-how dan melakukan perkara di gim yang bercanggah dengan matlamat mereka.

Komen saya? Jangan malu untuk bertanya. 


Mode:..mau kurus bukan sbb niat nk nampak cantik je, tapi sebenarnya lebih kepada untuk tahap keyakinan diri yang tinggi...aminn!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails