Tuesday, May 31, 2011

Kdg kala...out of control juga (-_-)

Ermmm....naperlah saya ni kan?....Tak baik mengeluh kan?..

Lately saya rasa penat je sokmo2..mungkin sbb masalah kesihatan saya, selsema tak baik2 dah 3 minggu pun :(. Hasilnya bila badan x berapa sihat...fikiran pun mudah je serabut....plus pulak rutin harian dah totally bertukar sejak hadirnya ahli keluarga baru...my precious Iman...with precious Inas....

Saya yang sebenarnya tak dapat nk control feeling n action sebaiknya....sudahnya, kalo Inas & Iman serentak perlukan perhatian...sudah tentu saya naik serabut tetiba. Bila out of control....rasa nak marah mmg mengusai diri...:(

Kesian kat Inas...kat Iman...kat ayah...dan kat maid juga :(. 

Motivasi Inas
Tak patut nk marah2 kan dia...sbb Inas tak mengerti sebenarnya perasaan "serabut" ibu tu....walaupun dia fhm apa yg kita cakap..tapi secara totalnya, Inas x mencapai tahap "faham" yg sebenarnya2.....Ibu yg patut lebih memahamkan Inas....

Maafkan ibu Inas....

Motivasi Iman
Iman still baby yang nak "tgk dunia awal"....yg masih dan sgt perlu ibu perhatikan perkembangannya agak kelihatan grafnya normal. Ibu perlu sabar melayani setiap "perangai" nya yg mesti akan sentiasa berubah2....Sabar itu perlu sgt2....perhatian yg lebih mesti diberikan untuk Iman.....

Insyallah Iman...

Motivasi Ayah
Bila rutin harian sudah berubah, masa untuk kita "berdua" seakan dah berkurang. Tak per, insyallah nnt kita akan cuba pulihkan smula, mencari ruang untuk kita berdua. Terima kasih perhatian pada Inas.....kerana ibu tumpukan pada Iman. Sama2lah kita menggalas tanggungjawab ini...

Alhamdulillah, ayah terbaik buat anak2 ku....

Motivasi maid
Dia bagus...gud helper, buat keja tip top. Utamakan setiap keja dgn sebaiknya mengikut aturan. Jelas nampak resahnya bila dia nampak saya mcm down ajer...agaknya dia serba salah, nk ditolong apa ya?....

1st 2 mths ni, mmg sy sgt2 berterima kasih...menghargai kehadirannya membantu dalam kehidupan family saya....

Terima kasih..terima kasih....

Monday, May 30, 2011

Masih lemau x sihat...:(

Seingat saya, ni 1st time saya berada dlm keadaan x sihat yg sungguh lama berlarutan...Dh near 3 minggu saya msh lagi x fresh...selsema msh ada, tekak x selesa, kdg2 kering (padahal dh byk minum air) kdg2 mcm ada kahak..batuk2 ada juga sekali-sekala...dan pening kepala juga..:(.

Ubat dah 2 round pi klinik abis makan, siap request antibiotik lg....rehat rasanya cukup (sbb keja umah seme maid yg uruskan) kecuali waktu tido mlm mmg x lena sepanjangnya mlm sbb ada anak kecik kan...

Cepatlah sembuh sepenuhnya....harap sgt my Iman "kebal" dan x jangkit padanya, walaupun mmg dh ada sign yg dia pun ada selsema tu....sian kat Iman, sekali-sekala dgr mcm ada juga kahak tu....ermmm!....

Dinner disini mlm ni...

Edisi JJCM kali ni ialah nk terjah Restoran ni..~ Crocodile Rock Restaurant yang terletak area kubang buaya / medan tok sira di sebelah kanan jalan menghala ke Teluk Chempedak sekiranya drpd pusat bandar Kuantan.


Excelli, hampir saban hari kami melalui / melintas dihadapan restoran ini kerana lokasinya berhampiran dengan skul my Inas. dan lm ni baru betul2 ada masa luang utk menjamu selera disini...Dgr khabarnya, disini ialah menu Western Food yang terbaikkk...jom kita rasa!..

tunjuk bil dulu..makk aiiih!...nilah hasilnya tuk 3 orang makan, berbaloi tak rasanya?

Kalo sokmo2 mai makan kat sini, jawapan "tidak" lah pada kami....hanya sekadar sekali-sekala tu buleh lah kut...

ni En HB punya...Sirlion Steak yang reganya RM37 sepinggan..gulpp!

ni saya punya, Chicken Chop yang reganya Rm17....fuhh!..fuhh!

Ni mangkuk feberet my Inas, mana2 pegi msti bwk bekal mangkuk dan bekas airnya (x de dlm gambo). Ni my Inas order satay share ngan nenek (my MIL)..10 cucuk rega Rm17...

ada ruang santai didalam ni.....siap ada musician life band kat sini..

Persoalannya.....berbaloi tak sedapnya dengan rega makanan tu?..jawab saya...dari segi sedap "biasa2 sahaja".....dari segi rega lak " sgt mecekik darah....(-_-)" sebabnya x de extra special apa pun...(hy sekadar pendapat peribadi, terpulanglah pada org lain.....)

Wednesday, May 25, 2011

Healthy food

Ok ke menu ni?..Coslaw ngan sosej bakar?

Bila dah kembali berada dlm plan "berpantang" ni, kenalah kembali fikirkan apa menu terbaik tuk menjayakan plan ini...menu diet tapi mesti sedap!...hehehehe....

Ni lak Salad Dessert....mungkin yg x bagusnya bila kalo guna banyak sangat sos Thousand Island tu..kan..kna..kan..?

Apa2 pun...mmg abis licin semuanya...hehehhe

Sunday, May 22, 2011

Ayah & Iman

Ayah main ngan Iman...

i'm so happy dpt duk atas penimbang ni...:)

angkat tangan mintak dukung dah...

Senyum bila pandang kamera...

lokasi di Specialist Paedtric Clinic YAW....

Datang sini sbb risau bila tg mcm hidung Iman tersumbat ajer..sesekali ada nampak mcm hidungnya berair...(not really hingus). Dan Doc pun kata it's just selsema ringan ajer so tamau beri ubat makan. Just diberikan spray "air garam" katanya utk legakan hidun yg tersumbat.

It's realy work to my Iman...alhamdulillah.Dan mintak juga ubat selsema + cairkan kahak tuk my Inas. Kesian kakak yg nmpknya dah batuk2 juga..:(

Note:..ibu kena cepat2 sihat, sian kat anak2 ibu ni...(masa ni tinggal kak Inas with my maid jap kat umah..)

YALA Seafood mmg terbaekkk!...

Terima kasih daun keladi yer kepada boss Green Earth Studio ni sbb belanja kami makan.....:) muahhh!

Hari ni mmg paln diet saya nk take meal for dinner. As always, niat nk dinner b4 8pm lah...tapi tetiba jer tepon berdering ms otw nk balik dr keja.....My eldest bro call, offer nk blanja makan dinner mlm ni....fuhh!..fuhh!..fuhh!


So, rugilah kalo menolak kan?....huhuhu, inilah antara cabaran tuk berdiet yg sukar tuk ditepiskan. Pulak tu x penah lagi merasa makan disini ni sejak restoran ni bertukar wajah...Maka, dgn pantas bersetju ajer lah......huhuhu


Mmg nmpk 'segar' wajah baru restoran ni....sentuhan design signboard2 baru dari "Green Earth Studio" kepunyaan my eldest bro...cayalahh!


Dah sampai semua hidangan.....kami pun mmg dah tersedia lapor...


Mmg best dan boleh diberikan pujian masakan disini...

Pari bakar

Udang celup tepung

Kerang bakar

Ketam Goreng bercili...

Insyallah...mmg kami akan datang lagi, lagipun hy sejengkal ajer dr umah......Alhamdulillah, mmg puas hati dan kenyang yg amat!...

Note:...abih punah ranah dietku....huwaaaaa!

Friday, May 20, 2011

Selsema....plss stay away from my life

Dah hampir seminggu saya selsema. B4 this ada tanda sakit tekak mcm nak ada tonsil...dh cepat2 terus mintak antibitik "erycthromycin" namanya..)je ngan doc..sbb dah tau kalo just ubat biasa..ubat kemam tu mmg x baik punya tonsil tu. 

Bila dah ada baby kecik ni, mmg kalo x sihat x leh lah tangguh2 tuk nk makan ubat. Sbbnya possibility tinggi nk dpt jangkit kat baby. Seboleh mungkin, x mau dedahkan Iman dgn apa2 virus yg boleh sebabkan dia x sihat...Kesian sgt pada dia kan.....

Tapi, now dh seminggu berlalu..alhamdulillah sakit tekak dah hilang, tonsil tu x menjadi....tapinya selsema saya masih lagi x baik2....:(. Aduhh!....kesian kat Iman yg saya nampak hidungnya mcm tersumbat juga...tanda2 awal nk selsema lah tu...(-_-)...mesti ter jangkit juga drpd saya..:(...Yang paling saya risaukan, kalo2 Iman x mau feeding...x selesa bila feeding nanti...aduh!..mmg sungguh merisaukan saya......

Si kakak pula, mmg dah sah ada berjangkit juga..tapi mujur cepat recover bila dah diberikan ubat....

Ya Allah!..semoga kau lindungi kami sekeluarga drpd sebarang masalah kesihatan...dan semoga anak2 kuberada dalam keadaan kesihatan yang terpelihara...aminnnn

Wednesday, May 18, 2011

Succes tapi msh kurang tegar

Entri ni berkenaan dengan amalan HL Season 2 saya. Alhamdulillah, 2 minggu sudah brd dlm S2 HL ni, ada bukti loss kg. Biarpun x setegar disiplin HL S1 dulu..namun saya masih berjaya membuktikan yang HL adalah sesuai dengan diet yang baik utk saya...




Kenapa saya tak disiplin diet setegar HL S1 ehh?....Mmg puncanya sbb mengelatlah...adakalanya nafsu nak makan sesuatu tu mmg x boleh2 nk ditahan. Hasilnya kenalah jamah sikit.....tuppp!...dah lari target tuk kurangkan kalori seminimum mungkin utk sehari. Aduhh!...

Meh kita kongsi info ni....

1.    Kita tidak sukakan perubahan: Tiada siapa yang sukakan perubahan- contohnya menukar sarapan lazat yang telah anda nikmati selama bertahun-tahun. Its hard to break habits...lagi2 sekiranya perubahan itu drastik kepada cara pemakanan dan gaya hidup. Walaupun untuk jangka masa pendek anda rela dengan perubahan itu, ramai yang gagal untuk jangka masa panjang kerana bosan. 

Komen saya? Perubahan perlu lakukan dengan perlahan-lahan or make changes one at a time. Yang penting niat dan disiplin kena seiring.

2.    Tiada kesabaran: kita semua inginkan hasil yang cepat.....tetpai ingat: Mungkin ia telah mengambil masa 5-10 tahun untuk menambahkan berat badan anda, tapi kebanyakan orang ingin perbubahan dalam masa 12 minggu? Walaupun tak mustahil tetapi ia tidak praktikal sama sekali.

Komen saya? Tepuk dada tanya selera. Masa yang singkat tuk jadi kurus perlulah ada panduan dan cara yang sebetulnya. Boleh dapatkan target yg cepat tapi perlulah pegang kata kunci "disiplin" dengan sekemasnya barulah hasil perubahan itu akan kekal sepanjang hayat.

3.    Matlamat tidak realistik: Ini berpunca kerana terlalu banyak menonton TV atau muka depan sesebuah majalah. Ramai yang ingin kelihatan menarik seperti model. Adakah ini munasabah ? Tentu sekali dan ia selera masing-masing. Cuma ia akan mengambil masa.

Komen saya? Jangan putus harap dan usaha. Carilah matlamant yang serasi dengan kehidupan, umur dan gaya hidup anda. Mulakan dengan matlamat sederhana, pastikan anda menjayakan matlamat itu dan teruskan usaha anda.

4.    Tiada panduan: Sama seperti memandu dalam gelap tanpa peta ( panduan ). Ramai yang tiada panduan diet dan senaman dan dengan itu, menyerahkan kejayaan dan matlamat kepada nasib.
Komen saya? Jangan nafikan panduan sgt penting. Kalau tiada ahli keluarga atau kawan yang sesuai, dapatkan panduan daripada orang yang berkelayakkan, panduan buku, internet
5.    Kurang pengetahuan: Ini lebih kurang sama dengan "tiada panduan". Anda perlukan ilmu pengetahuan asas yang kukuh untuk mengawal "nasib" berat badan dan kesihatan anda. Ini bukan soal nasib. Sesetengah orang menunjungi gim hari2 tetapiu masih gagal dalam usaha mereka untuk mencapai azam mereka. Kenapa? Kerana tiada know-how dan melakukan perkara di gim yang bercanggah dengan matlamat mereka.

Komen saya? Jangan malu untuk bertanya. 


Mode:..mau kurus bukan sbb niat nk nampak cantik je, tapi sebenarnya lebih kepada untuk tahap keyakinan diri yang tinggi...aminn!

Segala2nya berubah

Sudah hampir 4 bln saya / kami melalui perubahan rutin harian dgn hadirnya ahli keluarga baru ~ our miracle baby Iman Wafiqah. Bermakna, secara langsungnya perubahan masa dan pengurusan juga turut dah berubah sama sekali...

Kalau dulu....cukup je tido 6-8 jam sehari, tapi skrg paling lama dpt tido 5 jam je, sbb timing my Iman feeding mmg x boleh miss punya

Kalau dulu....boleh je selit2 curi masa tuk ibu lakukan hobi macam buat kek ke...baca novel ke...ygk tv ke..tapi skrg mcm kena hold dulu lah hobi tu....bila time adik dah feeding / tido..si kakak pula yg menuntut perhatian...

Kalau dulu...boleh je kuar umah kul 8:30am tuk gi opis..tapi skrg plg lewat pun kul 7:45am...sbb nk htr adik dan maid ke umah my parents...

Kalau dulu..boleh lagi tarik2 selimut till 7am dan agak liat jugak nk bangun, tp skrg dh mcm boleh jadi "morning person"...huwaaa!,,,(baguslah kan..?)...sbb my Iman boleh jaga tak tentu masa...

Kalau dulu....keja umah mmg ibu / ayah yang akan bereskan pelan2...dan mmg rasa x penah abis pun buat keja umah ni, tapi skrg..keja umah ibu /ayah dah x yah buat sbb dah ada maid tapi lebih masa tuk melayan dua wajah kesayangan kami pulakk...:)

Ahh kan..baru perasan, kalau hari cuti dirumah...mmg x de apa sgt yg boleh dibuat selain drpd memberi perhatian kepada pengurusan dan jagaan terhadap anak2 kami......Duhai anak....cepatlah membesar dengan sihat...aminnn!

"ada aku kesah?..." ~ kak Inas

Msh ingat lagi, ms tgh peknenkan Iman dulu...sewaktu Iman msh lagi menghuni di alam rahim saya...selalu juga saya dah perkenalkan adik/baby kepada si kakak Inas...Berbunga2 hati si ibu ini bila si kakak bergelak tawa mengangguk kepala bila memandang ke perut saya......tapi ini kisah sebelum adik lahir....:)

Bila adik sudah berada dibwh satu bumbung bersama kita, Kak Inas mmg nmpk excited pada mulanya. Lepas tu...mmg jelas pulak nampak si kakak punya reaction seolah2 mcm "ada aku kesah?"..hehehehe. Maklumlah, hampir usia 7 thn br si kakak bagai ada saingan tuk diberikan perhatian oleh ayah dan ibu...sure punya ada rasa jeles yg menebal....kan..kan...

Dan sebenarnya....jeles si kakak agak susah tuk dijelaskan, tapi ibu dan ayah sgt memahami....Kakak akan menjerit bila nampak ibu dodoikan si adik, Kakak akan datang rapat bila nampak ibu menepuk membelai si adik tido, Kakak akan turut meminta ibu/ayah atau sesiapa shj memanggil namanya sama seperti kami memanggil adik....Kakak akan turut mintak didukung kalo nampak kami mendukung si adik...Kakak akan turut minta dipegang tangan/kaki ketka dlm kereta sama seperti ibu sedang memangku adik.....:)

Adik mmg x boleh duk rapat dengan kakak...Maunya kakak "sentuh" adik dgn caranya tersendiri yg sememangnya secara "gurauan kasar" lah....Mmg mau dipeluk cium si adik....tapi belum betul2 dgn sentuhan yang sejati....hehehehe

Tak perlah kakak...at least kakak mmg ada feeling yg baik ttg itu....maknanya baguslah bila kakak tau jeles, tu tandanya kakak juga punyai feeling mcm org lain kan....

Selagi ada hayat ibu dan ayah...we will love u Inas till end of life....muahhh!


Note:..teringin sgt nk snap pic si kakak dan adik bersama....sabar je lahh!

Saturday, May 14, 2011

Scope Bronchoscopy...

At last, aftr a week dok counting time....last Thu, my Iman kena check in kat HTAA due to appoinment nk wat "scope bronchoscopy" claimed noisy breathing "stridor" tu...So, ibu awal2 lg dah set mind....tak mo lah nnt duk stress yg amat bila check in di GH ni..pepaham je lahh!








Ok...dpt katil tepi dinding share ngan my Iman. Hope x leh sempit sbb Iman kan kecik lagi..rasanya Iman patient plg kecik dlm ward Kenangan 6C ni...yg confirm mmg sure kena thn telinga dengar bunyi irama "radio buruk" kanak2 yg sakit dlm ward ni...sabar je lahhh....

Dah ready mind, mlm ni mmg x leh nak tido punya..silau lampu x tutup +jugak pintu besar tepi x tutup, nyamuk ada wehh...pluss lagi ngan cuaca panass skrg ni..uhh!..mmg sgt tension kalo x byk sabor wehh! Dan ternyata my Iman juga meragam x leh tido..panas pun yer..katil sempit pun yer..ermm nasib lah!

What To Expect During BronchoscopyYour doctor will do the bronchoscopy in an exam room at a special clinic or in a hospital. The bronchoscopy itself usually lasts about 30 minutes. But the entire procedure, including preparation and recovery time, takes about 4 hours. 
Your doctor will give you medicine through an intravenous (IV) line in your bloodstream or by mouth to make you sleepy and relaxed. 
Your doctor also will squirt or spray a liquid medicine into your nose and throat to make them numb. This helps prevent coughing and gagging when the bronchoscope (long, thin tube) is inserted. 
Then, your doctor will insert the bronchoscope through your nose or mouth and into your airways. As the tube enters your mouth, you may gag a little. Once it enters your throat, that feeling will go away. 
Your doctor will look at your vocal cords and airways through the bronchoscope (which has a light and a small camera).

Berkenaan dgn procedur scope yg nk dibuatkat Iman ni, homnstly saya pun ada agak neves gak. Cuma byk2 fikir positif je yg procedur ni biasa2 je lah...good to know lebih psl noisy breathing Iman tu. Ada sorang ibu depan katil kami ni yg anaknya akan sama nk buat procedur scope tu esok...mmg dia nmpk sgt takut dan seram sejuk bila kenangkan cemanalah anaknya nk melalui prosedur tu. Bg saya...hanya beserah segala2Nya pada Tuhan...amin..

So, rutin biasa bg prosedur mcm ni...my Iman kena puasa start kul 5am nanti. Ada 4 kes yg nk buat scope esoknnya pagi.tatau lah Iman punya turn kul berapa....Ibu terlajak tido sampai kul 7am ++ sbb penat layan ragam Iman mlm tadi...

Sharp kul 9:45pm turn Iman..b4 that diberikan ubat tido dulu..dan luckily ayah pun sampai. So sama2lah ibu dan ayah dpt masuk tgk prosedur "camera" tu....with Pakar Rspiratory Dr Fadzil....good looking man.....:)

Kjeap je masa yg diambil..it's juz take 10min jer dan procedurnya x la brp "seram" pun....Alhamdulillah Iman bg kerjasama yg bagus. Rereferred pd apa yg kelihatan di monitor, mmg betul salur pernafasan Iman ada sempit sikit....dan bila ada bunyi tu mmg Iman nmpk mcm collapse sikit nafasnya...As me now earlier from Dr Yaw tempohari..it's normal kes for ex-prem bb...sbb masuk baby tgh fight survive dulu, kan ke ada diberi bantuan oksigen. So saluran tiub oksigen tu dah ganggu sikit dinding pada sistem respiratory....

Yang pasti.." kes noisy breathing Iman ni x serius.."normal yg sederhana". Tiada apa2 treatment medicine yg diberikan...Boleh hilang dgn sendirinya, depends pada masa..paling lama masa Iman umur setahun kut.(huhh! lamanya..). dan boleh jadi juga 2-3 ni akan jadi lebih serius..tapi do not wory to much!..it's normal..." kata Dr Fadzil...." Monitor bb masa fedding.ada batuk ke?.muntah ke?...nafas laju ke?...sentiasa bunyi ke...kalo ada dtg rujuk cepat ke hospital" sambung Dr Fadzil lagi...

Lega kan...biarpun dah tau awal that "stridor" mmg tu normal..tp at least bila dh melalui prosedur yg sebetulnya cengini, br betul2 boleh puas hati..x de la ibu duk "panas" je kat umah bila Iman buat perangai kan...Lagi satu, kalo ikut jwpn Doc, apsal iman adakalnya mcm memberontak bila feeding...tu x de kena mengena ngan noisy breathing tu."Tu namanya perangai...tatau la dia ikut perangai ibu ke perangai ayah.."...huhu jawab Doc Sumithra.....

So, lepas ni..ibu x yah runsing2 lagi.jaga Iman n Inas as well baik2. Insyallah..Iman akan gemuk nanti..feeding mcm biasa...take positif okehh!

Note:..berdebar nak tau brp bil spital nk kena bayor..tapi rupanya 3 hinggit ajer...huhuhu!

Wednesday, May 11, 2011

Berbaloikah ada maid?

Near 1mths dah kami punyai maid...persoalannya, berbaloikah RM yg dikeluarkan tuk dapatkan maid ni?

So far...hampir sebulan dia (maid) bersama kami, apa yg dapat saya simpulkan...

Bagusnya..
Mmg tip top buat keja umah, boleh diberikan pujian 4/5 markah..(x leh la markah penuh lagi sbb msh kira baru sgt lagi kan...). Arahan dpt diikuti dgn sebaiknya...tanpa diulang (ni sgt bagus kan...?). Berbunga2 hati saya bila berada dlm umah yang nyaman sungguh...kaki berpijak dilantai yg bersih tanpa habuk...tiada lagi simpanan kain menggunung yg x berlipat...bilik air yg sentiasa bersih....dapur yg dgn pantasnya kemas dan bersih....mini garden kami yg segar bugar semula....hehehehe :)...senang kata, keadaan rumah yg betul2 fresh dan nyaman tanpa habuk dan sentiasa kemas....best sgt2 tauu!...

Dari perhatian dia melayan anak2...boleh dipuji juga (munkin sbb dia jg punya perasaan keibuan). Mmg tak boleh nak paksa dia bila dia mcm gagal (setakat ni) nk menawan hati my Inas. My Inas sebenarnya yg perlu diberi masa tuk betah dgn dia...krn my Inas kan sellau diberi perhatian yg special oleh ibu, ayah dan org2 terdekat yg lain..so bila ada org baru mcm ni..kena take time sikitlah tuk biasakan dgn fhm kemahuan dan gelagatnya itu. Bagi si adik,Iman yg belum tau apa2 emosi tu...sementara ada berjiwa pasrah cenggitu....nampak juga dia pandai nk approached. Untung kan bila ada maid yg dah kahwin dan punyai anak ni..tau dan faham menguruskan keja umah. Cuma bila tgk ragam dan mood Iman yg tak menentu..seboleh mungkin sayalah yg akan handle kan Iman...tamau letih tgk Iman memberontak..dan juga tamau bagi dia stress.....

Saya dan En Hb punyai masa tuk berehat hilangkan penat bekerja ketika dirumah...alhamdulillah!

Teguran
Ada tanda2 mcm dia "busy body" sikit. Bertanya itu ini....yg adakalanya menda yg ditanya itu patut2nya ak yah lah sibuk2 nak tau. Boleh juga kata mcm tak nak dia hilang respect pada kami as a majikan dia ni. Mungkin sbb dia rasa brd dlm zone yg selesa...-> boleh sembang2 kosong ngan majikan...mcm sembang2 ngan kwn2 dia..sbb dia mcm boleh suka suki ajer tanya mcm2....atau "menjawab" (bukan menjawab sebagai melawan tau..) dgn selamba (walaupun ada betulnya apa yg dikata itu..)..So patutlah drpd awal saya tegur kan?....Setuju tak...?

Ramai yang pesan -> " dgn bibik ni...baik sgt pun kita jgn tunjuk...tegas / marah2 sgt pun kita jgn buat...sbb mereka pun punyai perasaan ingin dilayan dgn adil.."...so saya semat kata2 itu dlm jiwa ini..chewahhh!...

Dah sekali kesalahan besar dia buat....-> menghanguskan kain skirt FYI peberet saya ketika meng iron...huwaaa!, rasa mcm nk gugur jantung koii.....mujur saya boleh handle sebaiknya, tak marah dia...pesan baik2..tapi kena potong gaji yer...huhuhuhu!

" Bibik pun manusia biasa...mcm kita yang ada buat silap..."..teringat2 skrip kata2 RN dlm citer Trilogi Cinta tu....hehehhe

So, layanlah maid dengan sebaiknya...semoga dia maid yg baik buat kami selamanya.....aminn!

Memahami emosi si kecil

Ada tak yg nak gantikan brd di tempat saya skrg?....Perlu kuat semangat...sabar....bertahan....sihat....dan seharusnya mesti bertenang?...

I believe..ramai mommy diluar sana yg ada ciri2 mcm ni...Harap sgt saya dapat praktikkan dlm diri sendiri ni.

Punyai baby...mesti fhm ragam nya yang tak boleh handle stress....

adakalanya tak menentu masa....
adakalanya ibu mmg tatau apa punca.
adakalanya buat ibu "hot temper" juga....
adakalanya buat ibu resah panas punggung dibuanya...
adakalanya buat ibu tak lena tido walaupun ada kesempatan masa tuk berbuat demikian....
adakalanya buat ibu selalu fikir lebih2 sehingga sakit kepala dibuatnya...
adakalanya buat stress ibu tak terkawal....
adakalanya buat ibu mcm tak boleh berfikir dgn sebaiknya....

tak bagus kan?....:(

Semuanya kerana..

ibu nk kan anak brd dlm keadaan yg selesa
ibu nak anak kenyang tak berlapar
ibu nak anak cukup rehat aka tido
ibu nak anak membesar gemuk dengan sihat
ibu tamau anak tak sihat tanpa pengawasan sewajarnya
ibu nak anak selesa....

So, resah dengan keadaan anak yang ragamnya tak menentu kan tu bagus juga kan?...Cuma tak bagus kalo terlebih fikir yg bukan2..terlebih emo yg bukan2...-> pesanan dari Doc Paed itu......ermmm!

" Ibu..Inas dan Iman is just fine!..Hope ibu jgn susah hati berlebih2...sbb tak bagus utk ketenangan di "home sweet home" kita tu...

mode:...Hampir juga ibu tewas nak menangis bila rasa emo tak terkawal, tapi msh boleh kawal dan bertahan....Ya Allah, kurniakan saya semangat dan kesabaran yang tinggi......aminnn

"Stridor" yg meresahkan ibu (-_-)

Mula2..mmg perasan breathing Iman mcm ada bunyi pelik....-> gaya "hhik..hhik..hhik..hhik" mcm Iman kena sedut dlm2 tuk bernafas....pelik kan..?

Tanggapan awalnya ialah Iman tersedu...."owhh nak besar lagi rupanya anak ibu"....kata org2 dulu dan ramai yng percaya mcm tu....tapi rupanya bunyi itu bkn tersedu...bunyi apa?...

Tapi, bila ada ketikanya...bunyian itu makin lagi makin menimbulkan rasa pelik..kerana diikuti dengan "retraksi" (tarikan kulit di leher dan dadanya-hsil google di intenet)...bermula lah resah ibu...resah tukma dan juga maklong nya...(ketika kejadian mula kami berada di KL)...Dgn pantas seadaa tindakan mak longnya, Iman dibw ke klinik berhampiran...

"Lung clear, dia nafas pun ok..", kata doc klinik tu...Ermm, berkebetulan pula ketika itu, bunyian itu tdk muncul dihadapan Doc....:(. So, utk ilangkan ketegangan rasa yg jelas dimuka kami ini, Doc berikan surat refer ke hospital..

Dgn kesempatan Panel ING yg cover kami,pilih tuk ke Gleangales Hospital....hospital mahal dan mewah tuu...(-_-)

"Baby ok...SPO2 sign pun bagus, dia punnampak aktif kan? ibu jgn risau.....", begitu jugalah kata Doc di bahagian emergency tu....(timbang berat disini 2.8kg dah Iman...)

Lega tapi masih risau...

Lanjutan drpd bunyian itu...Iman kelihatan mcm "malas" mahu menyusu...ditambah pulak ada reaction "marah" ketika mahu diberikan susu....siap Iman melawan lonjak2 kan badan...menjerit nangis yg tidak2 penah dibuat sebelum ini......Aduhaiii!....:(

Difikiran ibu, Iman terganggu dan tdk selesa tuk menyusu disebabkan bunyi itu...:(. Kebetulan, Rabu lepas ada TCA kat klinik mata HTAA...lps jenuh dan cemuihh menunggu..ibu dan ayah redah je bawak Iman ke Klinik Kanak2 tuk jumpa nk ty Doc....Alhamdulillah..kami dilayan :) walaupun x buat temujanji awal

"Stridor"..itu istilah yg dapat ibu tangkap drpd discussion dan pemerhatian MO dan Pakar bila dgn bertuahnya bunyi itu dapat didengar oleh doc2 tu. Lantas dirujuk ke pakar ENT, kena admit 1 mlm awal dan pg esoknya mau dilakukan prosedur melihat guna kamera ke saluran nafasnya...gerun kan dengar tapi, it's just will fine...insyallah!...Yang x bestnya....kenapa appointment tu lambat sangat?..Minggu depan..?..owhh lamanya nak tunggu.....:(

Cemuihh menunggu...
Bila ibu rasa...(ibu emo terlebih sebenarnya...) reaction Iman mcm makin x best jer...marah2 dan memberontak bila nk feeding...ibu pun as always meng "google" pasal "stridor" ni...jumpa pulak info kombinasi dgn "reflux" tu....mcm2 info ibu cari..mcm2 yg ibu faham...dan ada juga yg ibu tak faham..so feelingnya kejap2 lega..kejap neves....arghhh!

Dlm duk kira nk sampai ke jumaat ni, ibu decide nk bwk Iman pi jumpa Pakar Paed Yaw (ex-doc HTAA yg handle kes my Inas dulu). Alhamdulillah...with comforting words, dia yakin ibu dan ayah that everything sign yg ada pada Iman adalah no serius...normal katanya sambil tersenyum ajer....Fuhh!...betul ke?....ibu mmg benar2 terlebih emo rasanya......:D. Pesanan doc, handle bb prem ni kena byk sabar...sbb mereka ni ada "peel" tersendiri....mood tersendiri.....(padahal kami pun dh lalui dgn "peel" si kakaknya dulu yg agak tegar juga keadaannya...)

Apa2 pun..mmg lps bwk Iman jumpa Doc Yaw, tahap level lega ibu mmg meningkat sikit...walaupun tak mau tipu yg rasa neves msh berbaki 20% ada lagi.....Apa2 pun...msh ada debar tuk menantikan jumaat ni punya prosedur di HTAA nun...sabar..sabar ibu...

(-_-)...smlm my Iman asik2 tido ajer...feeding pun kena kejut...+ malas + memberontak jugakk..:(...Naper Iman?..ibu mmg confirm resah dikk.......ermmmmm

Sunday, May 8, 2011

Happy Mother's Day to me...

Alhamdulillah..this year Mother's Day saya dah ada 2 org anak....amanah penting yg diberikan pada saya untuk menjaga mereka sebaiknya....
" Being a Mother is a tough job : NO pay, No day-off and yet resignation is imposibble! Hello good mom! Happy Mom's Day"

Menerima kiriman sms sebegitu drpd seorg teman.....dan saya juga kirim kpd teman2 yg lain pula. Untuk En HB yg wish advance kat saya...terharu juga rasanya, dijanjikan hadiah tuk saya.....(bila buleh claim ni yangg?..hehehe)...Tak dpt nk raikan hr ni sbb En HB keja...so ibu dirumah shj bersama our precious Inas dan Iman....

Feeling dirumah tanpa ayah, ibu mcm agak stress....melayani dgn sesabar mungkin si kakak yg mcm jeles dgn perhatian ibu pd si adik yg meragam dan memberontak bila time feeding...plus pulak cuaca skrg ni teramat panas luar biasa...boleh bikin berpeluh2 (berlengas kata org Ganu)...dan sakit kepala dibuatnya.

Sabar yer ibu....dugaan tak penah putus utk didikan pada keimanan kita...

To all ibu didunia ini...Selamat Hari Ibu, jasa dan pengorbananmu dikenang sepanjang hayat....

Wednesday, May 4, 2011

Back to work...lps genap 100days bercuti

Akhirnya..saya diperlukan masuk ke ofis lbh awal drpd ketetapan keras yg kononnya perlu unpaid leave 2 mths....huhhhh!

100 hr dgr mcm lama kan?...tapi saya cukup rasa terisi masa2 100 hr itu dgn sebaiknya...aminn, especially all about pengurusan my kids..my Inas dan Iman...plus pulak dpt bg indoor training sebaiknya pada maid selama 3 weeks, so dikira sgt2 berpuas hati.....

Lps ni..kena tgk betul2 cemana rutin harian setelah bekerja + adanya Iman + adanya bibik. Confirm berbeza kan dgn keadaan yg sebelum ni....

Check it outt!....catch later....


Kembalilah semula ke pangkal jalan.....

Saya sudah jauh tersasar ni...sudah menci smula tgk rupa sendiri dlm gambo...kenapa?

Tentulah jawapannya hanya ada pada saya. Saya yg hampir2 lupa diri...lupa akan janji2 pada diri sendiri ini. Setelah hampir setahun melayan selera yg terbuka...akhirnya saya begini...begini..begini....merugikan sungguh wang ringgit yg selama ini dikeluarkan....
2 minggu dlm berpantang

hari2 terakhir berpantang

Maaf kan saya duhai diri sendiri....Sendiri tak sanggup melupakan janji2 yg ternyata bagus utk diri sendiri itu. Dan dgn itu, bermula hari ini..saya mesti kembali semula ke pangkal jalan...kembali mengira satu persatu kalori yg sudah hampir saya lupakan formulanya itu..tak patut kan saya..?.....tak patut...kesian pada diri sendiri ini....

abis pantang 40 hari

Insyallah, saya akan nekad seperti satu ketika dulu..bekerja keras tuk memenuhi impian sendiri....apalah salahnya kan asal diri sendiri rasa bahagia dan tentunya rasa seronokkk itu akan ada....wahh! awal2 lagi sudah rasa bahagia...

1 week with S1 HL....8 kilos lg yg belum hilang ni tuk BMI normal....huhuhu

Doakan saya, agar saya cekal seperti satu ketika dulu untuk mendapatkan apa yg dihajati......Insyalah, saya tau saya boleh lakukannya...aminnn!

Monday, May 2, 2011

Raikan cinta di ruang udara....xoxo!


Alhamdulillah.....1 May 2011 adalah genap our 8th wedding aniversary...with Inas & Iman, we are blessed! Plan asalnya mau nikmati hari istimewa ini di Langkawi, tapi nampak gayanya tiada rezeki kami tuk kesana...Ubah haluan dgn melencong sajer ke KL....

1st trip for Iman..after 3 mths++ days of life....(kalut juga 1st time travel ngan anak 2 ni...hehehe)....



Dah pasang niat, mau hvg a great lunch for our special day at Restoran Berputar Seri Melayu KL Tower. En HB dah booking awal2 lagi....Tak dapat nk bawak Iman serta sekali sbb bb kena tinggal je dulu kat umah...huhuhu




Sampai sini, fuhh!..ramai org rupanya, ahh yer la sbb kan ni weekend yg ada PH...pasti ramai visitor punya kan....

Straightly kami terus ajer naik ke ruang udara tinggi diatas nun....Dan terus ajer mau melayan selera with the foodies yg mmg best2 kat sini....yummy!...


Sambil2 makan...layan pemandangan indah KL (ye ke indah....yesss!..:))..dr ruang udara nun....hehehe

Hadiah tuk En HB...dah pasti apa yang dia mahu..:). Untuk saya...tiada kepentingan drpd segi barangan...cukuplah sekadar lega dan bahagia terasa bila dapat menghadiahkan sesuatu utk En HB yang ternyata kelihatan dia gembira dgn hadiah itu...apa dia ya?..nnt akan diupdate ehh!...:)


Semoga Allah kurniakan kami kebahagian di dunia dan diakhirat bersama dgn anak2 yang tercinta....aminnn!
Related Posts with Thumbnails