Wednesday, September 1, 2010

Rezeki Ramadhan sungguh murahh....aminnn!


kali ni kami dibekalkan dengan sampul duit raya from our Kolej...bestt!..

Alhamdulillah.....dalam 10 hari terakhir Ramadhan ini, masih ada lagi rezeki yang datang kepada kami sekeluarga. Mungkin juga berkat rezeki baby dalam rahim ibu ini.....alhamdulillah, semoga Yang Maha Esa memberikan rahmat dan keberkatan kepada kami.....

cam biasa..sessi bersalaman dan bermaafan.....
Utk dua tahun berturut ini, majikan saya aka pihak BOD telah berbesar hati untuk memberikan kami bonus raya yg agak besar buat kami. Syukur alhamdulillah...dapatlah kami menampung perbelanjaan utk menyambut Syawal dengan seadanya. Cuma kali ini, yg agak terkesan dan terharu di hati saya ialah...cara penyampaian our GM yg sungguh halus dan menyejukkan hati semua. Saya betul2 terasa bagaikan cukup bertuah...sungguh bertuah..pabila masih setia mencari rezeki disini...

dan kami dapat satu set kuih muih ini sempena Hari Raya gifts...mekacihhh!

Jauh disudut hati saya (yg sudah bersama di sini selama 8thn++)...kini saya amat berbangga kerana masih setia bekerja disini. Cukup terharu bukan pabila BOD sendiri menyatakan bahawa " Terima kasih kerana masih sudi bekerja disini...Terima Kasih kerana masih setia bersusah senang bersama kami..."


Insyallah, selagi saya mampu..saya kan berikan yg terbaik komitmen dan tingkatkan hasil mutu kerja saya disini. Terima kasih Dato Doc Hj Azman Zaini & Datin Suzieyati Hj Idham atas penghargaan yg diberikan kepada kami.....Doa kami agar sentiasa kita semua dimurahkan rezeki...aminnnn!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails