Tuesday, June 15, 2010

what's NEXT for HER?....




Buntu seketika saya dibuatnya....
_
_
_
_
_
_

Setelah genap 15 kali kami berulang alik ke Gedangsa, apa perubahan our precious?...
1. Jarak serangan "fit" pada Inas 2-3 bln sekali
2. Kefahaman pada percakapan improve

Masih lagi....tak mampu
1. duduk sendiri
2. berdiri lama...diangkat kakinya...

Lepas ni, kami decide tuk pergi pada minggu yang En HB tak bekerja shj....so maknanya selang seminggu atau 2 minggu sekali..atau sebulan 2 kali je la....ok juga rasanya, x de lah kami stop terus...Insyallah, semoga urusan kami ini selalu di permudahkan olehNya....Kami cuba untuk balance kan bajet buat belanja kat sana...(TOL : RM88, Fuel : RM120, Meals: RM100 : RM 308) perlu ada untuk setiap trip ke sana...insyallah, rezeki untuk our precious ini x pernah putus..syukurr!

Tapi, saya personally belum cukup puas dgn apa yang telah kami usahakan untuk my Inas...lately, saya terfikir2 untuk mencari alternative lain lagi...dan lagi..dan lagi...untuknya....


 
Just for remind back...antara alternative treatment yang kami usahakan untuk our precious ni ialah..:

1. Fisioterapi + Occupational Terapies : at HTAA since 1 yrs-5yrs, kdg2 pegi..kdg tidak. Hanya diperuntukan masa 1 jam, dikendalikan oleh kakak praktikal..tapi kdg2 dibiarkan je...bila mood Inas x berani comel..kdg2 dtg ke situ umpama mcm buat kunjungan melawat jer...ermmm. Kalau mood dia cantik, dapatlah guna alat2 kat situ dgn masa yg terhad....sudahnya, semua exercise tu boleh dibuat dirumah....tapi persoalannya...ada buat ke exercise kat umah tu?

2. NURY - Glen Doman program : at Taska TS & Bkt Antarabangsa. Mmg byk yang kami laburkan untuk program ini. Seingat saya, kami mampu bertahan selama 2 thn (age 2-4yrs). terkilan juga terkesan di dalam hati kerana pihak NGO yang berkenaan seakan ambil kesempatan dgn kaut keuntungan dengan servis yg sebegini...apa lah salahnya setidaknya memberikan sedikit 'kemampuan" beban terhadap golongan yg memerlukan seperti kami ini. Program disini mmg  bagus...sangat bagus.
a. Attend bengkel RM500 for both
b.Consultation cost near RM300 / 3mths
c. Plus fee for gas RM180/mths
** aft 1yrs, lump sum with KWSP fund for 2 yrs...(br 3 kali refill, msh ada tong tu kat rumah..)
d.Supplement vitamins 8 jenis RM220++ / 2-3mths

Tetapi, oleh kerana ketidakmampuan drpd segi RM yang diperlukan membuatkan kami 'de-motivated' sebenarnya utk teruskan....Inas, ibu dan ayah minta maaf sangat2...Upset dengan pengurusan di taska lama juga membuatkan kami seakan merajuk....Namun, kesedaran bahawa kesempurnaan dan kebaikan pada Inas semestinya datang daripada kami, kami akur dengan keadaan ini...Lagi sekali Inas, maafkan ibu dan ayah.....

3. Order Standing Frame : melalui HUKM direct to Mrs Leong. Mula2 mmg praktikal...digunakan. Now ada diletakkan at INTAZ...lepas ini saya mestibertekaduntuk gunakan degan praktikal dan sungguh2 untuk Inas...mesti.mesti...tidak boleh tidak lagi..!!...mestiii!

4. Rawatan Akunpuntur di Master Leong : at TheTole di Bukit Bintang KL. Selama 2 minggu berturut dan spent near RM3k. Disini, memorable memories is Inas kena fit sehingga membuatkan kami bekejar2 mencari klnik di tengah2 kota....sungguh sadis bila mengenangkannya...:(

5. Rawatan Tradisional anak buah Ust Harun Din : at Kok Lanas, KB. Kalau tak silap ni masa yr 2006, lbh kurang 3H4M kami disana staying at homestay somewhere around P.Chepa. Diberikan air penawar dan diusap kepala Inas...tiada urutan yg dilakukan.

6. Berurut dengan Tok Esah : at Bkt Goh. Excelli Tok Esah ini ialah tukang urutan secara tradisi keluarga kami. Urutan keseluruhan tubuh, kebiasaanya Inas akan menjerit biasa sahaja. Time biasanya pagi2 b4 10am...biasanya weekend is hari untukberehat dan bangun lambat...so, selalu juga agak payah tukbangun seawalnya dan siapkan Inas.....agaknya, now is the best time untuk kembali semula pada Tok Esah?....

7. Fisioterapi : at Gleneagles Hospital. 3-4 kali juga diaturkan pertemuan disini, mendapat pandangan dan nasihat drpd Doc here. Servis mmg bagus tapi tanggungan fee oleh ING adaah bersyarat ketat....dapat order sarung kaki here cost RM600 sepasang.

8. Rawatan secara Batin oleh "nenek" : at Gombak yr 2008. Kami tetap mahu mencuba. Tapi sungguh kecewa dengan segala janji yang ditaburkan. Berabis nearRM2k juga..(1k from Inas's grandparents, tqvm)....mmg dr awal saa tiada kepercayaan terhadap perkara2 sebegini....tp demi kerana untuk mencuba, saya relakan juga..sudahnya, mmg jelas tiada apa perubahan pun...:(. Msh ada rupanya orang2 yang mengambil kesempatan sebegini......:(...sewaktu ini juga, Inas di serang fit dan dibawa kesini....

9. Berurut dengan Makcik Limah : at Jengka 21 yr 2009. Hanya berpeluang baru sekali pergi. Bermalam di bajet bilik at Temerloh. Urutan biasa keseluruh tubuh dan diberikan air penawar juga.

10. Order special WheelChair : at Puchong (end year 2009) cost RM2600. Pegi tgk terus je beli...Now ada kat umah, praktikal tuk Inas duduk rather than asik2 baring saja.... 

11. Balutan bandage air tangan Kak Raw : at Gedangsa, Behrang. Hinnga kini, sudah 15 kali ulangan.....

What NEXT?.....ada masanya kebuntuan mmg melanda. With medical treatment di hospital mmg sudah "tiada apa2" yang boleh dibantu....hanya jawapan "jaga dia dengan baik" sahaja diterima drpd doc....Ermmm, "Don't be sad"....insyallah masih ada byk lagi peluang dan pilihan di luar sana untuk Inas....Demi Inas, ibu da ayah x akan berhenti untuk mencuba apa saja untuk mu Inas.....Kita sama2 kena kuat semangat, demi keluarga kecil kita....

Saya mmg sedang x jemu2 meninjau apa lagi yang seterusnya rawatan untuk Inas...duit ukanlah segalanya...duit boleh dicari...tapi "gift from ABOVE" ini tidak boleh dapat dimana2...tidak boleh ditukar ganti...We LOVE u Inas....sayang Inas....muahh!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails