Tuesday, June 8, 2010

Merajuk pada yang sayang

"betul tu dik.kalau merajuk pada yang tak sayang, orang tak pujuk pulak kan hehe..."... kata seseorang kpd saya...ermm, betul juga kan?...

Saya mmg ada sikap merajuk itu dlm diri. In my mind, cuma nk pujuk hati agar terima sesuatu keadaan yang membuatkan situasi merajuk itu muncul...x de la niat nk merajuk lama2 pun...cuma, ada masanya bila rasa rajuk tu dah hilang, bimbang pulak boleh timbul rasa x de mood pulak ttg sesuatu itu....ermmm, mcm2lah segala rasa pekasam nihhh...huh!

"Andai kata rajuk dihati...jangan sampai merosak cinta"

Rendahkan lah sikap ego yang ada ini...layan kejap dah le rasa rajuk ni, kemudian cubalah juga pandang status kita yang "hanya manusia biasa" ini...lagipun, setiap silap yg dilakukan adakalanya tak disengajakan pun...so, apa salahnya kalau kita bertimbang rasa menerima keadaan seadaanya....

Okey, no more ngajuk lama2....tak bagus untu dalaman sendiri dan juga org2 terdekat yg kita sayang. Merajuk ni pun sebenarnya nk perhatian jer kan..?...hehehe, selebihnya diri sendiri yang penat wehhh!...huhuh

"Hidup ini menemukan kita dengan situasi-situasi berbeza. Dari situ kita dapat ilmu berbeza-beza. Kita kena menafsir, memahami kemudian mengingati lantas mengamalkan apa yang kita pelajari dari kehidupan.

Bila kita merasa kurang bersemangat, cari, perhatikan lalu kaji kehidupan seseorang yang jauh lebih bermasalah hidupnya dari hidup kita sekarang ini. Apabila kita melihat betapa susahnya dia menjalani hidup, serta merta akan timbul rasa kesyukuran yang amat mendalam dalam diri kita.

Kita bersyukur kita tak merasai kesusahan yang dirasainya. Dari kesyukuran itu, timbul semangat untuk kita memperbaiki hidup kita sendiri. Kita akan dapat satu dorongan untuk mengubah hidup kita menjadi lebih baik dari tahap sekarang..."

mode: teringat satu eksiden merajuk pada satu ketika dulu....di awal perkenalan, abg sanggup turun dr Ktn-KL semata2 nk memujuk saya...huhuhu, surprise juga dan terkena tempelak my roomate " wehh, ko ingat Ktn-KL tu mcm dr Ampang je ke?..."....huhuhuhu, dasatt penangan merajuk nihhh...

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails