Tuesday, April 13, 2010

Nikmat disebalik kesibukan bekerja

bersama sebahagian rakan2 sekerjaya dgn saya

Minggu ni, at work saya benar2 sibuk. Sibuk untuk menyelesaikan tugas2 yg terakhir sebelum penutup semester....menyiapkan 'carrymark' pelajar sebelum mendapat ramalan suam2 kuku apakah analisis untuk keputusan exam mereka. Secara terus terangnya, saya kesibukan krn terdapat hal2 yang pending yg mmg x dapat nak dielakkan. Sudah tentu lah...masih byk tugasan2 dan kuiz muiz students yg tidak ditanda dgn sempurna.


meneliti hasil kerja pelajar

Kenapa bertangguh?

Asas diri saya...TIDAK SUKA BERTANGGUH. Mmg dlm hal ini saya menyalahkan diri ini 100% sebelum mau memikirkan tentang hal2 berkait kenapa saya merasa bersalah. Tapi, saya perlu akur jua..saya hanya manusia biasa yg tidak dapat lari drpd hanya mampu merancang..tapi penyudahnya mungkin tidak seperti yg diharapkan...

Selesai sempurnakan 'penilaian yang berterusan' kepada pelajar2 saya...minggu2 peperiksaan mula menyusul. Saya bertugas sebagai pengawas peperiksaan mmg agak membosankan..tetapi itulah t/jawab yg perlu saya lunaskan.

Saya cuba untuk tidak mengomel mengenai beban tugas yg diletakkan diatas bahu ini. Cukuplah selama ini saya merasa terbeban dgn apa yg dah sedia ada...apa yg penting, perlu bijak untuk mengatasinya dan saya tetap akan lakukan sedaya yg mampu. Masa semakin pantas berlalu, saya ingin isikan setiap ruang masa yg ada dgn sehabis mungkin membuat perkara2 yg positif ditempat kerja.

Setelah berpenat lelah memberikan komitmen yg saya cuba untuk membuat yg terbaik..musim2 indah + santai akan menyusul kelak. Musim indah?..kedengaran mmg agak menarik kan?....yer, ketika pelajar2 saya bercuti...beban kerja secara otomatik akan menjadi ringan...inilah antara faktor utama kenapa saya sayangkan bidang kerjaya saya ini....."Sibuk kena pada masanya....ruang santai tersedia menanti"....

I'm a career woman....sesibuk mana pun saya, teap saya akan pastikan masa saya utk family tetap ada. Alhamdulillah, saya masih mampu sempurnakan tugas sebagai seorg ibu kepada my precious dgn sebaiknya..msh mampu menyediakan sendiri dgn memastikan "bersilat" didapur demi untuk menjaga selera suami...alhamdulilahh!...syukur nikmat hidup ini....

Pencapaian terbaik saya semester ini (penilaian terhadap siri sendiri shj)..ialah saya mampu untuk menepati hadir tepat masa untuk memulakan setiap kuliah saya....alhamdulillah, saya telah sempurnakan janji & azam seawal tahun 2010 tempohari......tahniah yer! :)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails