Monday, April 19, 2010

Luka dilukai...

Topik entry ni agak subjektif sikit. Fokus sebenarnya ialah tentang my precious. Tidak langsung ada kaitan dgn emosi peribadi tentang diri sendiri saya.


Sian sangat kat anak ibu ni. Matanya luka mmg sure kena tercucuk tu. Tatau nk komen apa sbb mmg x de sape pun leh jadi saksi apa sebenarnya terjadi kat mata anak ibu ni. Dah bwk pi jumpa doc...alhamdulillah, doc kata its just luka biasa...will recover dgn sendirinya...

Tiap kali terjadi hal2 yg sebegini...Inas 'dilukai'....(naper saya kata 'dilukai'?....Logiklah kan, mana mungkin Inas mencari "luka" dgn sendiri..atau pun 'melukai' diri sendiri kerana kebatasan pergerakan dan perlakuan dia yg sebegini....)...hati saya sgt tersentuh mengenangkan nasib anak kecil yang tidak mampu utk mengungkap kata ini apath lagi untuk mengadu domba apa yang tidak adil diterima olehnya .

Ini bukanlah kali pertama kejadian luka-dilukai begini. Penah jua Inas terjatuh ketika di Nurseri dgn belakang kepalanya bengkak....calar2 dibadannya....dan kalau kes byk gigitan nyamuk dan semut itu adaah perkara biasa....:(. Sebagai ibu yang mengandungkan selama 8 bln...(She's prematured )..., merasai susah payah keperitan tuk melahirkan....semestinya saya agak terkilan dgn 'layanan' & 'perhatian' org lain selama mana saya meninggalkan dia sementara dibwh jagaan mereka.....

"Prayer Changes Things"....saya tidak akan putus2 berdoa agar anak ibu ini diberikan 'cahaya' utk terangi hidupnya dan merasai nikmat hidup seperti mereka2 yg gah dgn perilak mereka diluar sana....

mode:...ada insan yg hanya mampu melihat sahajakah?

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails