Friday, January 1, 2010

Perginya 2009...Datangnya 2010...

Entry pertama 2010 -> Edisi my precious Inas....


"010110...My Inas Fansuri turns to 6th yrs old 2day, is a gift from ABOVE to us.....simply teach me how to appreciate the value of life more and more....i feel blessed!, Thanks God for all the great things i have in life...."
Inilah my status update seawal pagi hari pertama 2010 ini...Alhamdulillah, alhamdulillah...alhamdulillah....Saya msh lagi bernafas dengan kesihatan yang baik....masih lagi tabah dengan kewarasan yang bersyukur padaNya....

Sudah 6 tahun my precious one ni...Insyallah, semoga 2010 akan memberi lebih banyak petunjuk dan sinar cahaya buat my Inas...


"imeen shayang kak inas...."...sungguh terharu bila mendengar anak sekecil imeen berkata begitu pada anak seistimewa Inas..", terima kasih imeen....
Saya mmg sedang berusaha dan usaha tuk mencari pelbagai info baru utk melihat anak ibu ini boleh "berdikari"....Ibu mmg dah lama 'pekakkan' telinga dgn kata2 org sekeliling tentang "kita"...ibu mmg dah lama 'kering hati' dengan perasan yang bercampur baur....ibu mmg sayangkan anak ibu ini....KERANA..ibu tahu bhw God is great....ada tujuan dan ada rahmat yang diberikan kepada ibu....ibu dan ayah sedar yang kami patut bangga ada INAS FANSURI yg dianugerahkan kepada kami....

Datangnya 2010...antara perkara baru yang akan kami harungi untukmu Inas....
Kami akan....
1. PDK
Dapatkan elaun yang sewajarnya tuk keperluan Inas. Menurut info yang kami dpt dr pegawai OKU di JKM Ktn (Mary - PR agak kurenggg sbb berckp dgn customer pun tak pandang mata...conteng2 kertas...dan nada seakan mempelekehkan soklan yang kami tanya...:(..), elaun sara diri tuk anak istimewa hanya boleh melalui PDK tanpa sebarang syarat pendapatan berapa ribu raban gaji parents.Urghh!...niat kami, peruntukan itu tuk anak kami..bukannya kami nak sentuh pun...:(.Mendaftar dengan PDK...selama ini bukannya kami tatau psl PDK ini, cuma mmg mengambil pilihan tuk tdk menghantar Inas kesini kerana :
-> bersetuju dengan kata2 'seseorang' yg kenapa perlu letakkan anak istimewa seperti ini bergaul juga dgn anak istimewa yg lain?..Perkembangannya tak bagus sbb sekelilingnya sama sajer nasib sepertinya...
Tetapi, diakhir 2009 ini..kami ayah dan ibu decide tuk mendaftar inas ke PDK. Bkn semata mahu dptkan elaun shj, tetapi mungkin utk kemudahan akan datang juga..segalanya tuk Inas....Antara info yg kami dapat sewaktu menjengah PDK yg berdekatan dgn rumah ialah...
a. Hanya dibuka dr masa 8am-12pm shj...slps waktu itu kemana pula kami nak letakkan Inas?...i'm a working moomy....:(
b. Hanya dibuka pada hari Isnin - Khamis shj...so hari Jumaat?....
c. Hanya dibuka mengikut kalendar waktu persekolahan...means kalo time musim cuti skolah, tiada pendidikan dan terapi yg dijalankan...
d. Bilik yg disediakan tidak berapa kemas dan mungkin sesuai atau mungkin x selesa tuk anak istmewa. Bukanlah saya terlalu cerewet, tetapi dilihat dgn mata sendiri....ikut katanya pn m**i, sedang dlm proses membersih dan mengemas...Tak per, give them times...kami akan sentiada memantau tahap kebersihan dan kekemasan PDK itu...
Setelah dipertimbangkan....kami akan mendaftar di situ. Lucky is HB keja ikut schedule shift...so dah bersetuju that ayah akan htr dan amik Inas kul 12pm dan htr ke Intaz smula...Cuba utk htr 2kali seminggu disitu...mau cuba terapi dan pembelajaran disitu... cubalah inas... cubalah... cubalah...sebarang hal yg memberatkan kepala kita, kita buang jauh2... cubalah inas..... Ibu cukup teruja untuk melihat anak ibu ini berjalan....
2. Kak Raw, Felda Gedangsa
Dah byk saya add to favorite blog kwn2 senasib kami parents yang beruntung terpiling mempunyai anugerah anak seperti ini. Awalnya, psl kak raw ini kami telah mendapat info melalui buku adik "atiq wazif"...seawal 2009 hr tu...Dan, alhamdulillah....sms kami lepak2 di dataran merdeka baru2 ini...terjumpa dan berkenalan dgn hamba allah yang senasib juga...memberi info lagi psl kak raw....dan saya tak berlengah lagi, terus google info lagi psl kak raw ini....
Special thanks to pak long yang sentiasa tidak jemu2 melayan Inas....Inas yang sentiasa inginkan perhatian...
, kami bersetuju tuk membawa my Inas juga kesitu...hsl dr penceritaan blog kwn2 yg sudah mendapatkan khidmat rawatan kak raw...kami akan kesitu...By hook or by crook, kami cuba utk kesana tiap2 minggu selama 2 bln berturut. Hari rawatan ialah sabtu, dan bermakna hari jmaat sudah gerak kesana...uit ringgit dan penat lelah akan kami letakkan ketepi...
Ihsan dr blog kwn (walaupun hanyalah kwn cyber yang tak kenal rupa) yg dijumpa...ini adalah peta laluan ke rumah kak raw...
"Ambil highway Plus ke utara, keluar ikut exit Behrang. Slps tol, ader simpang 3, turn ke kanan dan akan jumpa Balai Polis Behrang Stesen. Di simpang 3 lampu isyarat tu, ikut kiri. Terus je smp jumpa Jambatan Sg Bernam, then ada simpang 3 lps jambatan, ambil kiri ke Felda Gedangsa / Felda Soeharto. Jalan terus lagi dan nanti akan ader simpang ke kanan untuk ke Felda Gedangsa /Felda Soeharto tu. Dari situ untuk sampai ke Felda Gedangsa lebih krg 10 km dan amik masa dlm 10-15 minit . Tak boleh bawa laju sbb jalan sempit & bengkang bengkok. Bila sampai Felda Gedangsa, terus je sampai jumpa Balai Polis Gedangsa dan Masjid Makmur, Gedangsa. Depan ckit je lg akan jumpa signboard Kg Tengah di sblh kanan, belok ke kampung tu. Jalan terus, akan jumpa kedai2 makan, dekat2 ctu lah rumah kak raw. Depan rumah kak raw ader tembok dan banner
Dan keperluan brg tuk rawatan tersebut ialah...
"Nanti jgn lupa bw 2 gulung bandage cotton saiz sjengkal (biasa warna coklat kemerahan- bukan yg elastic) - utk balut badan, 8 gulung bandage saiz kurang ckit dr sejengkal td tu utk balut lengan & kaki , dan 2 gulung lagi utk balut kepala. Bawak jugak krim nivea, vicks dan beberapa helai daun sirih yg besar"
Insyallah...entry psl awatan ini akan seniasa saya update kan....
mode:...terharu dengan semangat kental diri sendiri...suami ku terchinta...dan semangat anak ku Inas....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails