"Ya Allah Ya Tuhanku. Semoga Engkau memberi petunjuk kepada kami untuk lebih mentaati diriMu. Semoga Engkau perkenan doa2 kami yang sekerdil ini. Sesungguhnya, kami redha dengan anugerah ini sebagai ujian diatas muka bumi ini. KepadaMu kami sembah dan memohon pertolongan. Amin Ya Rabbal Alamin...."
Saya cuba untuk tidak mensiakan2 peluang kesihatan yg baik, kudrat yg ada di awal2 thn 2010 utk melipat gandakan usaha membantu Inas...Seperti dlm entry sebelum ini, a few things has 2 be done special for Inas alhamdulillah...urusan berjln dgn lancar....
1. PDK, dah settle daftar disitu. Insyallah, everything will be fine...dh stuju ngan HB tuk korbankan masa yg ada (kalau ada masa pun, duk sajer jugak kan.?) tuk amik dan htr inas ke PDK - Intaz. Insyallah...akan diuruskan dgn sebaiknya....Pn Mimi guru disitu sgt friendly dan info2 yg diberikan sgt2 membantu..terima kasih kpd mereka2 yg memahami..
2. Kak Raw, Gedangsa
Dlm masa 4-5 hr ni, kami mencari sbyk mungkin info psl Kak Raw ini. Walaupun agak terhad infonya, tetapi alhamdulillah msh ada juga info dan panduan yg berguna. Hasilnya ptg td saya dt bercakap dgn Kak Raw melalui perbualan telefon.
"Saya ingin membawa anak saya bertemu rawatan dgn Kak Raw. sekiranya diizinkan Tuhan saya ingin melihat anak saya berdikari", saya memulakan bicara."Berapa umur anak?", tanya Kak raw."Dah msk 6 tahun, dah merata tempat dan rawatan yg kami cuba", terang saya kepadanya. "Kalau ikutkan, sebelum 4 tahun ada cerah sikit peluangnya, tapi datanglah tuk mencuba", jwb Kak raw lagi.
Jauh disudut hati saya agak tersentak juga...mudah2an Inas diberi peluang olehNya utk mendapat sentuhan drpd Kak Raw. Semoga Kak Raw tidak menolak untuk membantu merawat Inas.
mode:..Ibu rasa ibu kuat, tapi adakalanya air mata meleleh juga kenangkan nasib anak ibu tersayang ni...
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...