Wednesday, July 18, 2012

My 33th day of me

16 Julai is my 33th day of me...Syukur Alhamdulillah kerana masih lagi berpeluang untuk terus hidup bersama keluarga tercinta....menguruskan hal ehwal duniawi mahupun mengejar ganjaran untuk keselesaan di akhirat nanti...

Bulan Julai ni, separuh tahun 2012 kedua sudah pun bermula. kalau nak reverse balik tgk apa citer di sepearuh masa pertama (Jan-Jun), tersangat sarat dgn pelbagai cerita, pengalaman mahupun juga dengan ujian dan rezeki yang melimpah ruah daripadaNya...Alhamdulillah, syukur atas segalanya...




En HB dah byk kali duk tanya, "Mahu Hadiah apa?"...Saya hanya senyum dan senyum saja.....:). Bukannya jual mahal, tapi rasanya setakat ini dah cukup benarlah apa yang ada sekarang ni...maknanya kalau ikut pada "keperluan", rasanya serba seri dah ada.....tapi kalau ikutkan pada "kehendak".....wahhh!....mcm2 yg terlintas dalam kepala ni....mau satu lori penuh yang hendaknya....hehehe

Sampai ke hari ini saya masih tersenyum sahaja lagi bila En HB bertanyakan...biarkan sahaja dulu, sebabnya mau sekali harung mintak saing masa nak ber sopink for Hari Raya nanti....huhuhuh :)


Thank En HB, sbb beria2 nak belaja saya dinner with our precious kids yang comel tu. Siap nak jugak belikan ibu kek walaupun da last minit singgah kedai....(bila ayah nak belikan kek SR ibu pulak kata "tak yah lah sbb kek tu mahal sgt, sayang duit la..."....)....Dan juga, my parents ada berikan hadiah RM kepada saya, walaupun dah beria menolak..tetapi akhirnya ambil juga.....T.kasih Abah dan Mama yang sentiasa baik ada saya.....pada kami semua anak-anaknya...


Hadiah yang paling bermakna sbnrnya bila dapat luangkan masa dengan amannya bersama keluarga....sihat gembira tanpa sebarang masalah kan......aminnn......

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails