Tuesday, July 10, 2012

DONE booking!...

Booking apakah?....
Kalau DONE booking pasal tiket flight ke....hotel / resort ke...kan ke nyaman best ajer kan..kan..kan...?...hehehe

Tapi ni sebenarnya al-kisah booking sesuatu yang penting sesangat istmewa buat our precious Inas....Kali pertama berurusan untuk membuat tempahan dan membeli daripada especialneeds.com salah satu syarikat international bagi pembekalan peralatan bagi keperluan khusus unuk golongan2 istimewa. Bukan mudah bagi kami mendapatkan peralatan yang setepatnya kalau sekadar sekitar di Malaysia. Mujurlah dengana adanya kemudahan internet sekarang ni, maka pencarian dan peluang untuk mendapatkan info terbuka luas buat kami.

Harga asal bagi pakej standard ialah usd1172, tapi kami ada add on beberapa lagi accesories yang lain (seperti dalam pic)

Sebenarnya, dah hampir 2 bulan lebih kami membuat pencarian perincian maklumat sebelum membuat keputusan nak membeli Stroller untuk Inas ni. Ini adalah salah satu wishlist saya untuk tahun 2012 ni demi untuk keselesaan Inas. Memandangkan urusan pembelian ini adalah dengan syarikat di luar negara, maka isu bajet adalah sangat2 penting untuk diambil kira....Namun Alhamdulillah, rezeki anak seistimewa Inas ni sentiasa ada bahagian untuknya...

Yang menariknya tentang syarikat ini, urusan untuk komunikasinya adalah mudah. Saya hanya berkomunikasi mendapatkan maklumat melalui live chart bersama staff dari sana dlm tempoh working hours nya. Kemudian, diselang selikan dengan email apa2 shaja file yang diperlukan seperti quotation / invoice. Dan, untuk membuat tempahan serta pembayaran juga semudah melalui chatting session itu sahaja....Total kos yang dibayar ialah usd1780 = RM5720....

Sekarang, kami hanya sabar menanti product yang diorder itu sampai ke tangan. Kalau semuanya urusan berjalan dengan lancar, dalam tempoh 15 hari bekerja insyallah Inas telah pun mempunya stroller yang baru lebih sesuai dengan keperluan dia sekarang. Harapan besar saya, setelah mengumpul maklumat selama 2 bln lebih ini, stroller yang bakal dietrima itu benar2 memenuhi keperluan spesifikasi Inas......sayang Inas sangat2...muahhh!

Tak sabar nak tunggu ni......

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails