Tuesday, August 7, 2012

Happy Birthday Ayah!....

Kek yang on the spot beli, tiada langsung kesempatan untuk perancangan awal....Tapi, seriusss...cheese cake ini sangat sedappp dan harganya sungguh berpatutan....

Alhamdulillah...Si dia chenta hati saya ni genap berumur 38 tahun pada ulang tahun kelahirannya kali ini. Banyak2 kupanjatkan syukur kepadaNya kerana tulang belakang keluarga kecil ini masih diberikan kesempatan dan peluang untuk menjalani kehidupan bersama2 kami.....Alhamdulillah...




Mujur sempat merakamkan gambar kenangan, walaupun kek ini siap dibawa khas ke rumah Tok Wan....rasa semput jugak terkejar2 kesana sini.....fuhh!..Tengolah aksi si manja kenit yang 2 orang ni...sungguh kalut bila mereka excited duk tengok kek yang comell itu...:)

Doa kami...agar abang / ayah sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan.....Semoga kita sama2 bahagia diduni ini dan diakhirat jua nanti.....aminnnn. Kami sayang Ayahhh!......muahh!

Friday, August 3, 2012

Kuih-muih for Iftar

Buah Melaka aka Onde-onde
~ Tak berapa menjadi sebabnya ada yang terkurang isi gula melakanya (jadinya tawar) dan ada pulak yang terlebih isi gula melakanya (jadinya abih meleleh terkuar)...So pas ni kena pesan molek2 lah kat maid tuh..(saya tukang bancuh dan adun jer...)

Popiah
~ intinya ialah carrot + taugeh + isi ayam, ok je macamnya...tapi bila digoreng cepat sgtlah pulak kulitnya tu garing dan kalo lambat angkat terus buleh jadi hangit....huhuhu, silap pilih jenis kulit kut..lepas ni kena hati2 lahh...

Sira Pisang
~ All time feveretku.....yang wajibnya ialah mesti Pisang nangka....petua nak sedap, kuahnya jgn cair dan cara nak masukkan telur tu biar betul kalo dak nampak pulak ada telur yang berketul...(resepi saya x guna santan yer...)

Bulan-posa mcm ni mmg haruslah kena banyak idea nak masak apa...bukan takat nak pikir lauk pauk ajer, tapi kuih muih manisan pun haruslah jugak kena perah idea...huhuhu

Monday, July 23, 2012

Salam Ramadhan

Alhamdulillah...berpeluang selagi lagi menyambut Ramadhan pada kali ini bersama keluarga tercinta.Kami  berpeluang menyambut 1st Ramadhan bersama dengan keluarga in law di kampung....

Cuma x lupa nak coretkan disini "kes S.A.D.I.S" yang berlaku di awal ramadhan yang mulia ini...

1. Sehari sebelum umat islam menyambut 1st Ramadhan, saya telah kehilangan my Nokia gara2 tersalah menggunakan car charger kepunyaan En HB. Sungguh x sangka, dalam sekelip mata 30 saat saya kehilangan my Nokia itu sebaik sahaja saya masukkan connector charger itu...terus sahaja hphone saya itu terpadam....Bila nak  dihidupkan semula mmg ternyata tidak boleh.....(-_-). Langsung ke kedai membaiki telefon bimbit, dan dimaklumkan bahawa motherboard hphone saya telah pun terbakar....dushhh!....terduduk dan tidak dapat terkata2 saya dibuatnya......so sadddd!!!!! Dengan RM250 saya bawa balik Nokia second hand yang lebih "adik" modelnya daripada yang my Nokia itu, walhal dit itu sebenarnya saya mahu gunakan untuk perkara lain. Tak pe lah, agaknya dah mmg tiada rezeki saya tuk gunakan duit itu utk perkara lain......

2. Malam 1st Ramadhan itu kami sampai di kh in law near jam 11pm. Bersiap apa yang patut utk menu berbuka dan berniat tuk terus merehatkan diri tido. tapi sungguh x bernasib baik kerana kami terpaksa melayan karenah my Iman yang dengan tenaga luar biasa mau bermain seperti disiang hari....apakahhh????.....Aduii, naik lebam n tension ibu dan ayah dibuatnya. Sehinggalah jam 3am, ikami langsung ajer bersahur, dan akhirnya setelah total susu 3 botol telah dihisap barulah my Iman ni boleh tido dengan amannya.....ouhhh!...sangat penat okehhh......

Menu 1st Ramadhan, as always disediakan oleh saya (walaupun sebagai tetamu dirumah orang...) iaitu tomyam campur, udang masak sambal petai dan juga ikan goreng......cukupp!

Selamat menjalani Ibadah Puasa buat semua.....

Saturday, July 21, 2012

Wantan Goreng

Honestly, saya belum pernah membikin sendiri kudapan ini. Dan seingatnya juga, jarang2 sekali menikmati kudapan ini. Tapi, bila ada terbaca kat wall kawan opis yang dia baru je selesai menikmati Wantan Goreng ni, terus sahaja muncul idea dan rasa nak buat kuih (ye ke jenis kuih nih?) ni....So, mulalah men Goggle mencari resepinya.....

Ini inti utamanya, saya cincang isi ayam + isi udang + isi ketam

Ini inti sampingannya....cincang bawang, karot, lada, daun bawang

Kemudian saya gaulkan sekali, jangan lupa bubuh juga garam sikit + serbuk perasa (jika mahu) dan juga serbuk lada sulah...

Ini kulit wantannya....sebab x penah beli kan, so jenuh jugaklah mencari kat Giant nun...huhuhu

Nampakdalam pic macam besar2 je kan..tapi padahal cinonet je lah saiz Wantan nih....heheheh


Taraaaa...dah siap digoreng dan ready untuk dinikmati. Saya cadangkan Wantan ni sedap kalau dimakan masa panas2...sebab tahap kerangupannya masih lagi standard. Bila dah sejuk macam dah x rangup jer....Tapi apa2 pun mmg best lah tuk dibuat juadah minum petang....


Selamat Menjamu selera ehhh!....:)

Wednesday, July 18, 2012

My 33th day of me

16 Julai is my 33th day of me...Syukur Alhamdulillah kerana masih lagi berpeluang untuk terus hidup bersama keluarga tercinta....menguruskan hal ehwal duniawi mahupun mengejar ganjaran untuk keselesaan di akhirat nanti...

Bulan Julai ni, separuh tahun 2012 kedua sudah pun bermula. kalau nak reverse balik tgk apa citer di sepearuh masa pertama (Jan-Jun), tersangat sarat dgn pelbagai cerita, pengalaman mahupun juga dengan ujian dan rezeki yang melimpah ruah daripadaNya...Alhamdulillah, syukur atas segalanya...




En HB dah byk kali duk tanya, "Mahu Hadiah apa?"...Saya hanya senyum dan senyum saja.....:). Bukannya jual mahal, tapi rasanya setakat ini dah cukup benarlah apa yang ada sekarang ni...maknanya kalau ikut pada "keperluan", rasanya serba seri dah ada.....tapi kalau ikutkan pada "kehendak".....wahhh!....mcm2 yg terlintas dalam kepala ni....mau satu lori penuh yang hendaknya....hehehe

Sampai ke hari ini saya masih tersenyum sahaja lagi bila En HB bertanyakan...biarkan sahaja dulu, sebabnya mau sekali harung mintak saing masa nak ber sopink for Hari Raya nanti....huhuhuh :)


Thank En HB, sbb beria2 nak belaja saya dinner with our precious kids yang comel tu. Siap nak jugak belikan ibu kek walaupun da last minit singgah kedai....(bila ayah nak belikan kek SR ibu pulak kata "tak yah lah sbb kek tu mahal sgt, sayang duit la..."....)....Dan juga, my parents ada berikan hadiah RM kepada saya, walaupun dah beria menolak..tetapi akhirnya ambil juga.....T.kasih Abah dan Mama yang sentiasa baik ada saya.....pada kami semua anak-anaknya...


Hadiah yang paling bermakna sbnrnya bila dapat luangkan masa dengan amannya bersama keluarga....sihat gembira tanpa sebarang masalah kan......aminnn......

Saturday, July 14, 2012

Pertemuan keluarga...

Tahniah kepada adik saya dan isterinya dengan kehadiran ahli keluarga barunya setelah hampir 2 tahun menunggu. Baby Nayli, our new family members......so ada majlis kecil cukur jambul yang diadakan untuk ahli keluarga baru ini

Pic kelabu, tapi seronok tgk anak2 kecik ni main sama2.....:)

See...my Iman nak digantung oleh Pakcik gara2 si kenik ini tersangatlah ligat aktifnya....:)

Inilah si comel Nayli


Tetamu yang hadir boleh tahan ramainya, tapi saya x berkesempatan nak ambil pic....(sejak ada si kecil Iman ni). Foodies pun mcm2 ada....(x sempat gak nak amik pics nya....

Lagi pic blurrr..tapi tetap gak nak tepek kat sini.....Kegirangananak2 kecil ini, tetiba syahdu pulak bila my Inas x dapat nak ada kat dalam pic ni....Sian my Inas, masa ni hanya gelak2 tengok dari jauh jer....

Friday, July 13, 2012

Wow!!...18% dividen KPF :)

Dalam hati ni berbunga2 happynya....Tahun ni Alhamdulillah dapat menikmati rezeki duit simpanan kami di Koperasi Permodalan Felda dengan keuntungan dividen setinggi 18%....mmg tinggi nilai itu kan?...

Dividen akan dibayar dalam 2 peringkat, untuk fasa pertama dah pun selamat dmasukkan ke dalam akaun masing2 sebanyak 10%...dan susulan fasa kedua sebanyak 8% lagi akan dimasukkan sekitar bulan 8 nanti, ngam2 lah masa tu perlu bajet tuk nak buat belanja Raya pulak....hehehehe...

Start tahun ni, plan En HB dah membahagi 2 lokasi bagi platform simpanan kami iaitu yang sejatinya ialah di ASB dan yang keduanya pulak di KPF inilah.....Semoga perancangan pelaburan simpanan ni dapat memberi manfaat kepada kami sekeluarga, aminnnn....

Untuk 10% yang pertama ni, selamat dah kami terima RM877.....ada bahagian tuk ibu, untuk my InasIman dan untuk ayah juga.....:). Ermmmm....nk beli apa ya?...

Note:...pada kami, dividen yang diterima akan kami belanja untuk keperlan / kehendak masing2.....ala2 sebagai rewards lah kan.....i likeee!....

Tuesday, July 10, 2012

DONE booking!...

Booking apakah?....
Kalau DONE booking pasal tiket flight ke....hotel / resort ke...kan ke nyaman best ajer kan..kan..kan...?...hehehe

Tapi ni sebenarnya al-kisah booking sesuatu yang penting sesangat istmewa buat our precious Inas....Kali pertama berurusan untuk membuat tempahan dan membeli daripada especialneeds.com salah satu syarikat international bagi pembekalan peralatan bagi keperluan khusus unuk golongan2 istimewa. Bukan mudah bagi kami mendapatkan peralatan yang setepatnya kalau sekadar sekitar di Malaysia. Mujurlah dengana adanya kemudahan internet sekarang ni, maka pencarian dan peluang untuk mendapatkan info terbuka luas buat kami.

Harga asal bagi pakej standard ialah usd1172, tapi kami ada add on beberapa lagi accesories yang lain (seperti dalam pic)

Sebenarnya, dah hampir 2 bulan lebih kami membuat pencarian perincian maklumat sebelum membuat keputusan nak membeli Stroller untuk Inas ni. Ini adalah salah satu wishlist saya untuk tahun 2012 ni demi untuk keselesaan Inas. Memandangkan urusan pembelian ini adalah dengan syarikat di luar negara, maka isu bajet adalah sangat2 penting untuk diambil kira....Namun Alhamdulillah, rezeki anak seistimewa Inas ni sentiasa ada bahagian untuknya...

Yang menariknya tentang syarikat ini, urusan untuk komunikasinya adalah mudah. Saya hanya berkomunikasi mendapatkan maklumat melalui live chart bersama staff dari sana dlm tempoh working hours nya. Kemudian, diselang selikan dengan email apa2 shaja file yang diperlukan seperti quotation / invoice. Dan, untuk membuat tempahan serta pembayaran juga semudah melalui chatting session itu sahaja....Total kos yang dibayar ialah usd1780 = RM5720....

Sekarang, kami hanya sabar menanti product yang diorder itu sampai ke tangan. Kalau semuanya urusan berjalan dengan lancar, dalam tempoh 15 hari bekerja insyallah Inas telah pun mempunya stroller yang baru lebih sesuai dengan keperluan dia sekarang. Harapan besar saya, setelah mengumpul maklumat selama 2 bln lebih ini, stroller yang bakal dietrima itu benar2 memenuhi keperluan spesifikasi Inas......sayang Inas sangat2...muahhh!

Tak sabar nak tunggu ni......
Related Posts with Thumbnails