Saturday, July 21, 2012

Wantan Goreng

Honestly, saya belum pernah membikin sendiri kudapan ini. Dan seingatnya juga, jarang2 sekali menikmati kudapan ini. Tapi, bila ada terbaca kat wall kawan opis yang dia baru je selesai menikmati Wantan Goreng ni, terus sahaja muncul idea dan rasa nak buat kuih (ye ke jenis kuih nih?) ni....So, mulalah men Goggle mencari resepinya.....

Ini inti utamanya, saya cincang isi ayam + isi udang + isi ketam

Ini inti sampingannya....cincang bawang, karot, lada, daun bawang

Kemudian saya gaulkan sekali, jangan lupa bubuh juga garam sikit + serbuk perasa (jika mahu) dan juga serbuk lada sulah...

Ini kulit wantannya....sebab x penah beli kan, so jenuh jugaklah mencari kat Giant nun...huhuhu

Nampakdalam pic macam besar2 je kan..tapi padahal cinonet je lah saiz Wantan nih....heheheh


Taraaaa...dah siap digoreng dan ready untuk dinikmati. Saya cadangkan Wantan ni sedap kalau dimakan masa panas2...sebab tahap kerangupannya masih lagi standard. Bila dah sejuk macam dah x rangup jer....Tapi apa2 pun mmg best lah tuk dibuat juadah minum petang....


Selamat Menjamu selera ehhh!....:)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails