Monday, March 12, 2012

Fiesta Konvokesyen UCSA

Simple tapi sedap mata memandang....(sebelum Fiesta)

Alhamdulillah, akhirnya berlangsung jua Majlis Konvokesyen Kali -1 ini. Diadakan selama 3 hari berturut-turut dengan pelbagai aktiviti yang menarik....So, seminggu sebelum berlangsungnya majlis ini, semua orang benar2 sibuk dengan tugasan masing2....fuhhh!


Ada Pertandingan Mewarna untuk adik2 jemputan Taska ini..


Ada Pertandingan Tarian juga untuk adik2 Taska...sungguh kiut miut mereka ini. Dan, terdetik juga dalam hati, kalau my Inas seperti mereka juga...sure boleh terlibat sama kan...?...Ehh!, my Inas dah 8 yrs old dah...sure time ni dia kat sek rendah lah...(hanya impian seorang ibu yang x pernah padam...)


Ada juga aktiviti Klinik Bola Sepak tu....dapat sambutan yang menggalakkan juga....



Hiasan simple tapi mmg nampak kat courtyad tu sangat menarik dngan gantungan sarung lampu ala2 IKEA punya nih....:)


Ada Pertandingan Memasak....dalam diam teringin jugak nak masuk, tapi penyertaan terhad yer...yg mewakili "tuan umah" x boleh terlibat tau....huhuhu


Ada banyak juga gerai2 jualan....Habis terbang RM50 ku sekelip mata ajer.....(beli tudung, asam jeruk dan keronsang)


Sekitar Majlis Konvokesyen itu...bertuah mereka ini kerana diraikan dengan seselesa mcm ni, aminnn...


Tugas saya adalah AJK Makanan bahagianVIP. Fuhh, mmg x menang tangan...mujur juga ada pelajar2 selaku AJK lantikan untuk membantu kami. Walaupun penat susah nak citer, tapi semuanya berjalan dengan lancar....



Lagi, gambar2 sekitar Majlis Konvokesyen itu...


Pameran lukisan pun ada dengan temanya ialah "RASUK". Saya tak pandai nak menilai, tapi pada pandangan mata saya yang bukan org seni ini....mmg nampak CANTIK...:)



Ini buku penghargaanya....Tahniah semua kepada para pelajar yang bergraduat dan yang bakal bergraduat juga. Semoga anda terus cemerlang juga di luar sana ya.....:)


Sunday, March 11, 2012

Iman's with new rides

Sgt excited, duk telek dan telek dan telek......:)

Tu diaa...ada lagik tunggangan baru untuk Iman nampaknya. Mmg murah rezeki Iman ni, byk dah tersedia baju, toys yang diwarisi pinjam daripada her cousin dan juga yang si Kakak Inas comel punya dulu2....



Dengan bergaya sepet rambut birunya itu....mmg nampak sangat adik Kak Inas ni dah besor rupanya. "Matured" kata kawan ibu bila dia comparekan Iman dengan anaknya yang sebaya (tapi anak dia cukup bulan jer...).....hehehe


Alhamdulillah, Terima kasih Tuhan kerana memberi kami anugerah ini.....aminnnn!....

Saturday, March 10, 2012

Rewards for students


Sekali-sekala, perlu juga saya bagi rewards kat students yang cemerlang kan?...Apa lah salahnya, bagi depa rasa happy kan, tandanya lecturer dia ni alert dgn prestasi mereka. Mungkin juga boleh jadikan semangat tuk mereka terus cemerlang kan...?...:)

So, kepada mereka2 yang berkenaan, harap sudilah terima hadiah yang biasa2 ajer ni drpd saya okehh!....

Friday, March 9, 2012

Sup Cendawan 1H1R - 2


Yang ini x betul2 follow resepi 1H1R tu, sbbnya saya ada buh sayur sawi dan juga tauhu tu. Pulak lagi ada tambah isi ayam jugakk....

Cukup bagi saya semangkuk ni hirup mcm tu sahaja, tapi lately ni selalu kalah dengan apa sahaja makanan yang ada untuk dijamah. Aduhaiiii!....kechiwa jugakkkk kan.....:(


p/s:...tips tuk tdk kalah dengan nafsu makan sendiri, jangan berasapkan dapur sebenarnya....huhuhu!

Thursday, March 8, 2012

Warung Aja....test selera sini

Lokasinya hanya ditepi jalan berhadapan dengan Masjid Bukit Setongkol

Kebetulan kami lau jalan ni, terpandang deretan lauk sebegini.....STOPP! beritahu saya kepada En HB, "kita try makan kat sini nak yanggg?"...."OK", respon En HB....:). Dan dengan slowly saya pun mencar2 Mr Sony saya ni tuk membuat "kerja" seperti biasa....hehehe

Macam-macam ada....pilh sahaja ikut selera..ikut kiraan kalori yang sebetulnya...(pada saya....huhu)

Aduhhh!...Tak tahan godaan sungguh nampak ulam-ulaman ngan adanan sambal belacan, tempoyak / budu / cencaluk / sambal kicap nihh...Kalau diikut selera, mmg mau menambah nasi.....

Bawak2 muhasabah dirilah yer.....awak dah byk kali tersasar jauh tu....huhuhuh!

Monday, March 5, 2012

Bersiar-siar di Taman Gelora

Si comel kami ini kenapa lah dengan mimik muka yang muncung panjang cenggini?....hehehe, merajuk apa kah?...

"T.A.M.A.N G.E.L.O.R.A"

Begitulah nama diberi tempat rekreasi ini. Tak jauh dari rumah kami sekitar 12km sahaja. Ibu suka datang sini, banyak memori kenagna ibu terpahat disini. Bermula dari alam persekolahan, merentas desa pantai...berjogging, bersenamrobik disini....Menikmati selera Rojak Ayam juga di gerai disini....

Masih jua bermuncung panjan begini....Naper ni Iman?...Sebenarnya ibu tau (tapi sajer wat2 tatau...), dia mau turun dari kenderaan ini......no...no..no...., sebabnya ibu dan ayah x larat mengah semput nnt dukung Iman yang x lekat dipegang nih....huhuhu

Subhanallah...Alhamdulilah...Indahnya ciptaan Tuhan kan?

Haaaa...baru senyum sikit dia.....auuuuu cakkkk! :)

Ayah yg cuba test try bergayut....x sampai seminit pun, huhuhu

Kakak Inas as always, excited bila dibawa bersiar2 mcm ni....riuh rendah dia :)

Dan kenangan itu sekitar 2001, kali pertama bertemu muka dengan ayah juga disekitar2 sini.... ehemm!.... ehemm.... huhuhu

Love u forever.....muahh!

Lentok abis Kak Inas...ramai org bersiar2 sambil berjogging petang ni

Tengok tu....peringatan yang baik bagi kita semua...

Sedap ajer mata memandang kan?.....Teringin nak hampiri air laut tu tapi masa tidak mengizinkan....Insyallah, next time ok..!

Friday, March 2, 2012

Do or Die?....

Amacam bila baca tajuk entri saya kali ni?..Bunyi mcm orang yang dah betul2 blurr je kan?...

Mesti buat...kalo tak buat?.......

Isteri: Abang, saya kena kerja weekend Sabtu Ahad ni....tapi tiada cuti ganti"
Suami : Habis tu, kan ke weekend ni abang punya shift keja, so mcm mana anak2?....
Isteri: --------- *diam*
Suami: tak kan abang kena amik cuti lagi...dah berapa kali weekend kena cuti......:(
Isteri : Nak buat mcm mana :( (kalau tak kerana "terpaksa" mengkut arahan, x de saya suka2 nak kerja di hari minggu, pulak tu tak diberi cuti ganti :(...*dalam hati*)

Betul2 dalam dilema kan?....

warghhhhh!....feel like to cry lahhhh!...............

note: rasa bersalah sgt2 dengan suami dan anak2....tapi tanggungjawab saya terhadap kerja juga perlu diambil kira kan?...

Thursday, March 1, 2012

Juadah 'air tangan' MIL

Masa saya perlu menghadiri kursus Team Building ofis last month, my MIL bebesar hati datang dr kampung tuk temankan anak2 dan suami dirumah. T.kasih makkk....

Acar Nenas Berlada

Mak telah sudi buatkanm menu ni. Saya sendiri x penah cuba lagi sbbnya agak kurang makan nenas, tapi bila sekali sekala pekena acar ini mg terangkat abiss...sedapppp! :)

Sayur Lemak Labu

Kemudian, masa saya ajak mak ke LY Plantation (mini market sayur freshh tu) dia duk telek sayur labu..saya tau ila mak asik duk telek lama2 tu tandanya dia nakk...so saya capai ajer masuk bakul...:). Dan hasilnya, Sayur Lemak Labu ni lah....mmg berselera sungguh saya lihat dia makan.....

Ni lah kombinasi menu kami pada dinner malam itu...Alhamdulillah, T.Kasih makk....:)
Related Posts with Thumbnails