Monday, May 30, 2011

Dinner disini mlm ni...

Edisi JJCM kali ni ialah nk terjah Restoran ni..~ Crocodile Rock Restaurant yang terletak area kubang buaya / medan tok sira di sebelah kanan jalan menghala ke Teluk Chempedak sekiranya drpd pusat bandar Kuantan.


Excelli, hampir saban hari kami melalui / melintas dihadapan restoran ini kerana lokasinya berhampiran dengan skul my Inas. dan lm ni baru betul2 ada masa luang utk menjamu selera disini...Dgr khabarnya, disini ialah menu Western Food yang terbaikkk...jom kita rasa!..

tunjuk bil dulu..makk aiiih!...nilah hasilnya tuk 3 orang makan, berbaloi tak rasanya?

Kalo sokmo2 mai makan kat sini, jawapan "tidak" lah pada kami....hanya sekadar sekali-sekala tu buleh lah kut...

ni En HB punya...Sirlion Steak yang reganya RM37 sepinggan..gulpp!

ni saya punya, Chicken Chop yang reganya Rm17....fuhh!..fuhh!

Ni mangkuk feberet my Inas, mana2 pegi msti bwk bekal mangkuk dan bekas airnya (x de dlm gambo). Ni my Inas order satay share ngan nenek (my MIL)..10 cucuk rega Rm17...

ada ruang santai didalam ni.....siap ada musician life band kat sini..

Persoalannya.....berbaloi tak sedapnya dengan rega makanan tu?..jawab saya...dari segi sedap "biasa2 sahaja".....dari segi rega lak " sgt mecekik darah....(-_-)" sebabnya x de extra special apa pun...(hy sekadar pendapat peribadi, terpulanglah pada org lain.....)

Wednesday, May 25, 2011

Healthy food

Ok ke menu ni?..Coslaw ngan sosej bakar?

Bila dah kembali berada dlm plan "berpantang" ni, kenalah kembali fikirkan apa menu terbaik tuk menjayakan plan ini...menu diet tapi mesti sedap!...hehehehe....

Ni lak Salad Dessert....mungkin yg x bagusnya bila kalo guna banyak sangat sos Thousand Island tu..kan..kna..kan..?

Apa2 pun...mmg abis licin semuanya...hehehhe

Sunday, May 22, 2011

Ayah & Iman

Ayah main ngan Iman...

i'm so happy dpt duk atas penimbang ni...:)

angkat tangan mintak dukung dah...

Senyum bila pandang kamera...

lokasi di Specialist Paedtric Clinic YAW....

Datang sini sbb risau bila tg mcm hidung Iman tersumbat ajer..sesekali ada nampak mcm hidungnya berair...(not really hingus). Dan Doc pun kata it's just selsema ringan ajer so tamau beri ubat makan. Just diberikan spray "air garam" katanya utk legakan hidun yg tersumbat.

It's realy work to my Iman...alhamdulillah.Dan mintak juga ubat selsema + cairkan kahak tuk my Inas. Kesian kakak yg nmpknya dah batuk2 juga..:(

Note:..ibu kena cepat2 sihat, sian kat anak2 ibu ni...(masa ni tinggal kak Inas with my maid jap kat umah..)

YALA Seafood mmg terbaekkk!...

Terima kasih daun keladi yer kepada boss Green Earth Studio ni sbb belanja kami makan.....:) muahhh!

Hari ni mmg paln diet saya nk take meal for dinner. As always, niat nk dinner b4 8pm lah...tapi tetiba jer tepon berdering ms otw nk balik dr keja.....My eldest bro call, offer nk blanja makan dinner mlm ni....fuhh!..fuhh!..fuhh!


So, rugilah kalo menolak kan?....huhuhu, inilah antara cabaran tuk berdiet yg sukar tuk ditepiskan. Pulak tu x penah lagi merasa makan disini ni sejak restoran ni bertukar wajah...Maka, dgn pantas bersetju ajer lah......huhuhu


Mmg nmpk 'segar' wajah baru restoran ni....sentuhan design signboard2 baru dari "Green Earth Studio" kepunyaan my eldest bro...cayalahh!


Dah sampai semua hidangan.....kami pun mmg dah tersedia lapor...


Mmg best dan boleh diberikan pujian masakan disini...

Pari bakar

Udang celup tepung

Kerang bakar

Ketam Goreng bercili...

Insyallah...mmg kami akan datang lagi, lagipun hy sejengkal ajer dr umah......Alhamdulillah, mmg puas hati dan kenyang yg amat!...

Note:...abih punah ranah dietku....huwaaaaa!

Friday, May 20, 2011

Selsema....plss stay away from my life

Dah hampir seminggu saya selsema. B4 this ada tanda sakit tekak mcm nak ada tonsil...dh cepat2 terus mintak antibitik "erycthromycin" namanya..)je ngan doc..sbb dah tau kalo just ubat biasa..ubat kemam tu mmg x baik punya tonsil tu. 

Bila dah ada baby kecik ni, mmg kalo x sihat x leh lah tangguh2 tuk nk makan ubat. Sbbnya possibility tinggi nk dpt jangkit kat baby. Seboleh mungkin, x mau dedahkan Iman dgn apa2 virus yg boleh sebabkan dia x sihat...Kesian sgt pada dia kan.....

Tapi, now dh seminggu berlalu..alhamdulillah sakit tekak dah hilang, tonsil tu x menjadi....tapinya selsema saya masih lagi x baik2....:(. Aduhh!....kesian kat Iman yg saya nampak hidungnya mcm tersumbat juga...tanda2 awal nk selsema lah tu...(-_-)...mesti ter jangkit juga drpd saya..:(...Yang paling saya risaukan, kalo2 Iman x mau feeding...x selesa bila feeding nanti...aduh!..mmg sungguh merisaukan saya......

Si kakak pula, mmg dah sah ada berjangkit juga..tapi mujur cepat recover bila dah diberikan ubat....

Ya Allah!..semoga kau lindungi kami sekeluarga drpd sebarang masalah kesihatan...dan semoga anak2 kuberada dalam keadaan kesihatan yang terpelihara...aminnnn

Wednesday, May 18, 2011

Succes tapi msh kurang tegar

Entri ni berkenaan dengan amalan HL Season 2 saya. Alhamdulillah, 2 minggu sudah brd dlm S2 HL ni, ada bukti loss kg. Biarpun x setegar disiplin HL S1 dulu..namun saya masih berjaya membuktikan yang HL adalah sesuai dengan diet yang baik utk saya...




Kenapa saya tak disiplin diet setegar HL S1 ehh?....Mmg puncanya sbb mengelatlah...adakalanya nafsu nak makan sesuatu tu mmg x boleh2 nk ditahan. Hasilnya kenalah jamah sikit.....tuppp!...dah lari target tuk kurangkan kalori seminimum mungkin utk sehari. Aduhh!...

Meh kita kongsi info ni....

1.    Kita tidak sukakan perubahan: Tiada siapa yang sukakan perubahan- contohnya menukar sarapan lazat yang telah anda nikmati selama bertahun-tahun. Its hard to break habits...lagi2 sekiranya perubahan itu drastik kepada cara pemakanan dan gaya hidup. Walaupun untuk jangka masa pendek anda rela dengan perubahan itu, ramai yang gagal untuk jangka masa panjang kerana bosan. 

Komen saya? Perubahan perlu lakukan dengan perlahan-lahan or make changes one at a time. Yang penting niat dan disiplin kena seiring.

2.    Tiada kesabaran: kita semua inginkan hasil yang cepat.....tetpai ingat: Mungkin ia telah mengambil masa 5-10 tahun untuk menambahkan berat badan anda, tapi kebanyakan orang ingin perbubahan dalam masa 12 minggu? Walaupun tak mustahil tetapi ia tidak praktikal sama sekali.

Komen saya? Tepuk dada tanya selera. Masa yang singkat tuk jadi kurus perlulah ada panduan dan cara yang sebetulnya. Boleh dapatkan target yg cepat tapi perlulah pegang kata kunci "disiplin" dengan sekemasnya barulah hasil perubahan itu akan kekal sepanjang hayat.

3.    Matlamat tidak realistik: Ini berpunca kerana terlalu banyak menonton TV atau muka depan sesebuah majalah. Ramai yang ingin kelihatan menarik seperti model. Adakah ini munasabah ? Tentu sekali dan ia selera masing-masing. Cuma ia akan mengambil masa.

Komen saya? Jangan putus harap dan usaha. Carilah matlamant yang serasi dengan kehidupan, umur dan gaya hidup anda. Mulakan dengan matlamat sederhana, pastikan anda menjayakan matlamat itu dan teruskan usaha anda.

4.    Tiada panduan: Sama seperti memandu dalam gelap tanpa peta ( panduan ). Ramai yang tiada panduan diet dan senaman dan dengan itu, menyerahkan kejayaan dan matlamat kepada nasib.
Komen saya? Jangan nafikan panduan sgt penting. Kalau tiada ahli keluarga atau kawan yang sesuai, dapatkan panduan daripada orang yang berkelayakkan, panduan buku, internet
5.    Kurang pengetahuan: Ini lebih kurang sama dengan "tiada panduan". Anda perlukan ilmu pengetahuan asas yang kukuh untuk mengawal "nasib" berat badan dan kesihatan anda. Ini bukan soal nasib. Sesetengah orang menunjungi gim hari2 tetapiu masih gagal dalam usaha mereka untuk mencapai azam mereka. Kenapa? Kerana tiada know-how dan melakukan perkara di gim yang bercanggah dengan matlamat mereka.

Komen saya? Jangan malu untuk bertanya. 


Mode:..mau kurus bukan sbb niat nk nampak cantik je, tapi sebenarnya lebih kepada untuk tahap keyakinan diri yang tinggi...aminn!

Segala2nya berubah

Sudah hampir 4 bln saya / kami melalui perubahan rutin harian dgn hadirnya ahli keluarga baru ~ our miracle baby Iman Wafiqah. Bermakna, secara langsungnya perubahan masa dan pengurusan juga turut dah berubah sama sekali...

Kalau dulu....cukup je tido 6-8 jam sehari, tapi skrg paling lama dpt tido 5 jam je, sbb timing my Iman feeding mmg x boleh miss punya

Kalau dulu....boleh je selit2 curi masa tuk ibu lakukan hobi macam buat kek ke...baca novel ke...ygk tv ke..tapi skrg mcm kena hold dulu lah hobi tu....bila time adik dah feeding / tido..si kakak pula yg menuntut perhatian...

Kalau dulu...boleh je kuar umah kul 8:30am tuk gi opis..tapi skrg plg lewat pun kul 7:45am...sbb nk htr adik dan maid ke umah my parents...

Kalau dulu..boleh lagi tarik2 selimut till 7am dan agak liat jugak nk bangun, tp skrg dh mcm boleh jadi "morning person"...huwaaa!,,,(baguslah kan..?)...sbb my Iman boleh jaga tak tentu masa...

Kalau dulu....keja umah mmg ibu / ayah yang akan bereskan pelan2...dan mmg rasa x penah abis pun buat keja umah ni, tapi skrg..keja umah ibu /ayah dah x yah buat sbb dah ada maid tapi lebih masa tuk melayan dua wajah kesayangan kami pulakk...:)

Ahh kan..baru perasan, kalau hari cuti dirumah...mmg x de apa sgt yg boleh dibuat selain drpd memberi perhatian kepada pengurusan dan jagaan terhadap anak2 kami......Duhai anak....cepatlah membesar dengan sihat...aminnn!

"ada aku kesah?..." ~ kak Inas

Msh ingat lagi, ms tgh peknenkan Iman dulu...sewaktu Iman msh lagi menghuni di alam rahim saya...selalu juga saya dah perkenalkan adik/baby kepada si kakak Inas...Berbunga2 hati si ibu ini bila si kakak bergelak tawa mengangguk kepala bila memandang ke perut saya......tapi ini kisah sebelum adik lahir....:)

Bila adik sudah berada dibwh satu bumbung bersama kita, Kak Inas mmg nmpk excited pada mulanya. Lepas tu...mmg jelas pulak nampak si kakak punya reaction seolah2 mcm "ada aku kesah?"..hehehehe. Maklumlah, hampir usia 7 thn br si kakak bagai ada saingan tuk diberikan perhatian oleh ayah dan ibu...sure punya ada rasa jeles yg menebal....kan..kan...

Dan sebenarnya....jeles si kakak agak susah tuk dijelaskan, tapi ibu dan ayah sgt memahami....Kakak akan menjerit bila nampak ibu dodoikan si adik, Kakak akan datang rapat bila nampak ibu menepuk membelai si adik tido, Kakak akan turut meminta ibu/ayah atau sesiapa shj memanggil namanya sama seperti kami memanggil adik....Kakak akan turut mintak didukung kalo nampak kami mendukung si adik...Kakak akan turut minta dipegang tangan/kaki ketka dlm kereta sama seperti ibu sedang memangku adik.....:)

Adik mmg x boleh duk rapat dengan kakak...Maunya kakak "sentuh" adik dgn caranya tersendiri yg sememangnya secara "gurauan kasar" lah....Mmg mau dipeluk cium si adik....tapi belum betul2 dgn sentuhan yang sejati....hehehehe

Tak perlah kakak...at least kakak mmg ada feeling yg baik ttg itu....maknanya baguslah bila kakak tau jeles, tu tandanya kakak juga punyai feeling mcm org lain kan....

Selagi ada hayat ibu dan ayah...we will love u Inas till end of life....muahhh!


Note:..teringin sgt nk snap pic si kakak dan adik bersama....sabar je lahh!
Related Posts with Thumbnails