Friday, May 14, 2010

Panggilan Pulau

After 6 yrs, now kami menjejakkan lagi kaki ke Pulau ini....yang pastinya, ini adalah kali yang pertama buat my precious. Niat dihati mmg ingin berehat dan bersantai setelah 'berpenat' menguruskan 'mega projek' baru-baru ini....

Dengan tempahan melalui FIL, kami dibawa ke pulau dengan speedboat dengan masa hanya 15-20 min sahaja. My Inas mmg sgt seronok bila dapat menaiki bot laju Tok Ki....Dari jauh kelihatan pulau yang sangat mendamaikan dan sunyi sepi. maklumlah..kami bertandang kesini pada weekday...so mmg logik lah sunyi pulau ini...Tak byk sgt pun perubahan dengan 6 thn yg lepas. Dan kami terus check in dulu di Chalet Kapas Island Resort..(saya sebenarnya lbh berminat dengan Chalet Makcik Gemok..)

Chalet
Sorry to say...Tak seindah yang disangka..tak berbaloi dengan harganya...:(...Chalet yang ditempatkan oleh kami ini harga RM160 per nite, ada 2 katil single dan tdklah seluas mana pun. Namun, yg sangat kami jengkelkan ialah keadaan tdk brp bersih chalet tu...-> berhabuk sangat2....t*h* cicak merata2...bersawang sana sini..huhuhu, mmg betul2 x selesa....tapi saya tdklah membuka mulut, sekadar mengomel sendiri sahaja...tamau kacau mood En HB yang sememangnya ada nampak mcm kurang stabil jer.:(

Kawasan Chalet juga tak brp sedap mata memandang. Mcm hanya 60% jer terjaga dengan betul....:(. Hanya yang terubat sedikit rasa indah dihati dengan pemandangan alam semulajadi yang cantik disini.. subhanallah... indahnya kuasa Tuhan Yang Maha Esa ini...

Kakitangan disini pun x brp friendly...:(. Mungkin sbb duk asik perati kat Inas yang special cenggini....apalah sgt perlu dipandang2 pada Inas ini....ermmm...agaknya dalam fikiran depa....(anggapan kasar sahaja) -> "janganlah aku dapat nak macam ini..."....Inas pun tak mintak dilahirkan macam ni yer, harap maklum untuk semua.....titikk!

Pantai cantik

Apa yang suka tentang pulau ini ialah pantainya yg cantik..ini mmg x boleh nk dinafikan pun. Airnya yang jernih da boleh nmpk jelas kelihatan ikan2 yang cantik2 berenang2 dalam air....kalaulah saya mempunya kamera yang mahal (dan tentu kualiti) pasti saya dapat rakamkan segala reaksi keriangan ikan2 itu dengan jelas sekali.

Kami x lepaskan peluang untuk bersantai mandi manda disini...Inas as always dia mmg suka ngan air. Riuh rendah sekali dengan gelagat dia...Mmg rasa bahagia sgt bila tgk Inas happy, cuma x dapat nak berlama-lama sebab ibu dan ayah tak terdaya nk dukung + pangku Inas yang udah besar dan tentunya juga agak berat ni..heheheh. Saya contengkan perkataan itu.....untuk diri sendiri...:)

Pulak tu ada satu port yg kami suka iaitu duk berhayun kat buaian ni...so sweet jer bila lepak2 kat sini. Pastu pegi jugak lah jengah kat chalet sebelah nun..kelihatan view disebelah sana happening la sikit drpd di area chalet kami duk ni...(senyap sunyi sepi jer...)...pelancong luar mat/minah salleh pun ramai kat sebelah sana....

Aft dah penat main air dan jalan2 sekitar pulau, kami balik bilik dan kabommm...kami tido tuk rest..sampailah ke pukul 9 mlm br terjaga..huhuhu, penat sungguh! Tuk dinner En Hubby kuar pi beli kat satu2nya warung yg ada kat sini...(keadaan warung pun kurang bersih...:( )..Tapi kami tak de pilihan la..nnt kang berlapar la pulak....



Esok paginya, kami siap tuk breakfast kat cafe chalet ni. Diberikan dengan nasi goreng cina + telur mata, roti sandwich + air sunquick + tea. Saya hanya jamah gitu2 jer....

At 11am, kami dah siap nak balik. Speedboat abah dah tunggu....Babai Pulau Kapas, tatau la bila nk dtg semula sbb mmg x terasa sangat bestnya bila dtg ke sini..huhuhu



Menanggung akibat...

Kadang kala, kita di anugerahkan dengan ujian sebegini...Pada awalnya niat kita baik untuk membantu org yang memerlukan bantuan (bukannya org yang susah...tapi memerlukan bantuan)...Dan kita sememangnya dengan lapang dada membantu lebih2 lagi sekiranya ada hubungan kekeluargaan......



Tapii....bila terpaksa menanggung kesan & akibat yg tidak langsung menggembirakan sebegini...siapa yang nk tolong jawab yer?....Adakah salah diri sendiri kerana sanggup menolong pada satu ketika dulu?..Ohh! sungguh tak patut kan?...

  
Mmg tatau nak describe mcmana feeling bila brd dlm situasi ygmcm ni...Marah + benganga sudah tentu ada....sedih turut sama bertandang..hanya mampu berdoa agar kami dibebeaskan drpd keadaan yang lemau sebegini....huhuhuhuhu!

Wednesday, May 12, 2010

Defining moments...


Last weeks, saya bersama hadiri jemputan majlis kenduri sepupu di Felda Bukit Sagu. Majlisnya sangat simple tetapi sempurnalah sebagai syarat sebagai sebuah majlis kahwin. Excelli, sepupu saya nk dah near 1 yrs kawin tapi br sekarang ada peluang untuk buat majlis. Sgt kagum dengan pasangan nya Cikgu Fara yang sentiasa nampak cool jer.....



Us with Nenda...

Saya x berapa sgt feeling excited sebenarnya becoz En Hubby x de...(mmg saya tak boleh hidup tanpa En Hubby sayang..) . Bukannya apa, saya rasa agak terhad sikit kemampuan (boleh je sebenarnya) untuk uruskan Inas bersendirian apatah lagi di rumah/majlis orang. Sebab tu sekarang saya lebih senang tuk berada di rumah sendiri jer sekiranya En Hubby kluar daerah...Cuma sbb x sabar nk jumpa ngan kaum kerabat keluarga membuatkan saya berperasaan sedikit ok untuk hadir ke umah mak sedara Acik saya ni...



Bangun seawal 7am untuk membantu my mum menyiapkan lauk pauk hidangan tuk pengantin. Mujur juga my SIL ada balik, so ringan lah sikit tugas tuk siapkan hiasan2 itu. Lepas tu cepat2 uruskan Inas seperti biasa.

Kepada pasangan pengantin ini..saya doakan semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat....aminnn!

Saturday, May 8, 2010

Tahniah kepada semua...

Baru-baru ni diadakan Majlis Pra-Konvo (kali pertama diadakan) untuk meraikan students2 yang bakal meninggalkan kolej ini. Tahniah semua kepada students2 yang bakal bergraduat. At least, sebelum mereka melangkah kluar, ada la juga kenangan yang terpalit at least bergambar2 besama kwn2 dan juga lecturer...hehehe. Sebagai Pensyarah, mmg cukup terasa terharu pabila akhirnya pelajar yang didik berjaya menggenggam segulung Diploma.


bila majlis selesai..kami semua lega, tapi mulalah layan mood tuk berposing plak..huhuhu

Sebagai tugas /tjawab ad-hoc yg diberikan kepada kami, seboleh mungkin kami cuba sempurnakan tugas dengans sebaiknya. Saya betil2 mendapat tugas tiba2 jer..menjadi Ajk Tajaan, Gerai & Jualan...Mmg cuak jugak sbb tiba2 ajer dlm masa yang sangat singkat di beri tugas ini..Tapi saya cuba buat yang terbaik. Alhamdulillah, lebih kurang 12 gerai yang dpt dijemput hadir kesiini cuma bab mencari sponsor tu mmg minta maaf sangat2...dlm j/masa yg sgt terhad, amat mustahil berjaya mendapatkan sponsor





Barisan BOD yang menjadi VIP pada majlis ini. Terima kasih atas ucapan penghargaan yang diberikan kepada team kami..


Simple but nice kan...?.Tahniah kepada team Ajk Pentas...

Monday, May 3, 2010

High Tea KEKAS

Apa KEKAS tu?....Kelab Kebajikan Kolej Shahputa....ohh tu rupanya :). Alhamdulilah, at least wujud juga kelas utk staff di tempat keja saya ni. Walaupun tdklah aktif sgt...tp at least utk majlis jamuan makan-makan ttp tdk akan diketepikan....
Last week....diadakan Majlis "High Tea" bertemakan "Salam Kekasih" untuk kami semua disini. Tema nya ialah Merah menyala gitu. So x hairanlah bila all the decoration at courtyard menggunakan warna2 merah yg ceria ini. Mmh cantik sungguh bila dlm pics..terserlah keceriaan majlisnya walaupun hanya dibuat di kawasan kolej jer...(our kolej mmg cantik....muahh!)

Bila seme sepakat mengenkan baju dgn tema merah yang cantik nih..mmg sungguh2 cantik la rupanya majlis kami ini. Rasa cerah je bijik mata dgn suasana yg segar mcm ni. Kena pulak dengan deko2 yg cantik...belon sana sini...kain gantung sana sini, fuhh!..mmg terserlah majlis kami nihh....Cuca juga seolah2 mmg merestui dgn majlis mesra2 kami ini....Thanks God!....



Kami mcm biasa...x lepas peluang utk merakam saat2 yg mcm ni..tatau bila pulak kan nk ada lg majlis cenggini, so kenapa nk lepaskan peluang yg ada utk dirakam memori kan...? (bg yg x suka bergambar...duk diam2 dah ler....heheheh)



Kelihatan..our BOD sdg mau merasmikan logo baru KEKAS...xsempat la pulak saya nk snap logo baru itu....Lepas tu, ada lah acara tuk memberikan hadiah2 bagi perkahwinan, kelahiran baby dan juga harijadi kepada mereka yg lahir blan jan-apr.....wahhh2 seronok.....:)





Walaupun jamuan ini hanyalah sekadar menu minum shj..but all the foosies was great. Mee Hon goreng, popiah, karipap, sate, roti jala, cupcakes yang disusun cantik......dan yg paling menyegarkan kami ialah CENDOL...wahh!....best kan?...


hari ni saya pakai skirt labuh kembang tau...heheheh


Insyallah, lain kali nk lagi yer majlis2 mesra2 cenggini...hehehhe

Gedangsa - Part 13

After 2wks bercuti drpd pi Gedangsa (excelli K.raw juga mengistharkan cuti sempena kebizian dia menghadapi pengundian calon bagi pilihanraya DUN Hulu Selangor) so...x de lah timbul istilah kami ni yg sajer memonteng..huhuhuhu!

Ohh yer, sblm nk teruskan pjg2 lagi nk catit stori psl kunjungan kali ini...saya nk selitkan sikit ttg ketidakselesaan saya yang menghadapi sakit kepala. Exceli, a day b4 (dah ada citer skit dlm entry yg lepas) saya diserang sakit kepala yg tetiba mcm pening semacam jer. Berlarutan sikit hingga ke awal subuh nk gerak pi Gedangsa tu...sudahnya, saya mmg bertahan dgn panadol dan cuba utk tido / rest semasa dlm perjalanan. Kesian lak kat En HB sbb sy x dpt temankan dia bersembang sambil dia memandu....X putus2 saya berdoa ~ dipermudahkan urusan kami~ agar cepat2 kepala saya menjadi ringan bila mengenangkan saya kena berikan perhatian kepada my Inas ketika di Gedangsa nanti. Dan..alhamdulilah, rasa sakit + pening kepala saya itu beransur2 hilang...dapatlah saya tunaikan peranan spt biasa menguruskan Inas....I know God is Great!...

Ada sikit kelainan pada pemandangan mataku kali ini....tidak kelihatan senior2 kali ini, dan mmg ada kedapatan pulak muka2 baru. Kali ini alhamdulillah my Inas punya giliran no 5. Agak cepat sikit sessi kali ni walaupun ketiadaan Kak ham (pembantu K.raw) yg menjaga giliran no. barangkali tiada gangguan atau kuasa drpd pihak2 senior kut....(tanggapan biasa shj).It's no harm pun for us asalkan no giliran kita tetap kta yg punya....huhuhuhu. Hr ni last my Inas di mandikan dgn air masjid. Harap2 semuanya betul dan teratur mengikut apa yg difahami (setelah kami mcm tersilap phm tentang bilangan air masjid utk setiap kali turn mandi...). K.Raw kata tulang Inas dah tersusun ok..next treatment nk kena tmbh step tuk mengiring lak....i've no idea camne step tu..tunggu n tgk je lah nnt....(nxtwk confirm x leh dtg sbb ayah ada komitmen keja....)









B4 gerak balik...sms menunggu turn...sedang dibalut...dan 15 min di standing frame, mood my Inas tersgtlah cantik dan bagus memberi kerjasama. At 9:30am kami dh boleh gerak balik.....Bermula fasa mengamuk Inas tak henti2.....marah barangkali dan tdk selesa sudah tentu sehinggalah berkarutan sampai ke Genting Sempah (mananya lbh kurang 1j30min jugalah...)...saya plak x dpt nk duk belakang sbb ada brg kotak2 penuh "door gift" muatan di belakang tmpt duduk Wish yg dikirm oleh k.long utk dibawa balik ke Kuantan. Saya hanya mampu pujuk..tepuk2...dan sambil menyabarkan diri juga....(bimbang juga mood saya jd x tentu arah sbbnya pening kepala msh x hilang 100% lagi...)..turut kelihatan En HB pun sdg mengawal perasaan....kesian Inas, sbb mmg nmpk sgt dia mengantuk nk tido api mmg x dpt nk tido....
Sampai Genting Sempah at 11am, saya turun belikan nasi tapau utk kami. Ayah stay with Inas dlm keta....bila leraikan ikatan balutan yg dibwh dagunya itu..brlah Inas nmpak ceria....x de nk ngamuk2 lagi...Lega sgt2 rsnya b ila nmpk Inas dpt lelap mata walaupun sekejap....Mula2 En HB mcm nk stop kat R&R Temerloh tp x jd la pulak sbbnya nk je terus balik cpt2 sampai umah...Saya ok je sbb dlm kepala fikir boleh juga rehat n rest dulu..sbb mlm nnt kami msh ada komitmen untuk hadiri jemputan Wedding Dinner....

Ngelat masa this time...sbb kena buka balutan Inas hy jm lbh kurang krn dia b***k...huhuhu....Luv u Inas.....muahhh!

Sunday, May 2, 2010

Love is Life...

Event : Wedding Resepsi
Lokasi : Hotel Vistana Kuantan
Date : 1 May 2010



Selamat Pengantin Baru buat kawan saya Azirah dan pasangannya Rifky. Semoga ikatan suci perkahwinan ini akan kekal hingga ke anak cucu....Sungguh cantik mereka pada malam ini dan berpadananlah dengan majlis yang glamer sebegini.


Disebabkan kami kepenatan (baru pulang drpd Gedangsa petang tadi), saya tak bekesempatan utk terlalu nk pikirkan apa baju yg akan kami pakai pd mlm ini. Sudahnya, saya hanya meminja baju drpd my sister sahaja. terima kasih ye kak long atas pinjaman baju kurung cotton ini. Sejujurnya, saya tdk begitu gemar utk memakai pakaian drpd kain kapas ini (walaupun sedap dan selesa...tak panas la kononnya) kerana agak membuatkan saya kelihatan mcm tembam jer...betul kan?......huhuhuhuhu



cenderahati yg simple but nice drpd pihak pengantin...

Setia hensem dan segak bergaya si anak teruna....:)

All the foodies was great....betul2 mirip macam lauk pauk kenduri. Mmg semua tetamu pasti berpuas hati dengan hidangan buffet ini....

as always, saya x akan lepaskan peluang utk snap pics with teman2...:)


Terima kasih kerana menjemput kami. Suka sangat tg pics yang ini..kami ibarat sebagai satu family...ibarat air yg dicincang tidak akan putus....luv themmm!

Saturday, May 1, 2010

Officialy 7th yrs together...


Alhamdulillah...hari ni 1 Mei 2010 genap 7 thn kami hidup bersama. Kita berjaya sehingga ke hari ini untuk ber susah dan senang bersama-sama. Terima kasih abang kerana setia dengan kasih sayang dan tanggungjawab sepenuhnya kepada keluarga kecil kita ini...



Tahun ni x dpt nk plan molek2 special celebrate among us. Bukannya saya tak cuba plan, tapi very tight with schedule...Di hari yg sama ini juga, kami mendapat undangan majlis kahwin kawan saya. Jadi saya mengambil kesempatan tuk snap pic kami berdua...nampak tak berserinya muka saya kan?...walaupun saya rasa saya tak kelihatan OK bila berbaju kurung kain kapas itu....(x suka saya tgk figure yg mcm berisi jer..huhuhu)

After diner, we spent time sembang2 duk dalam keta pusing2 bandar. Ohh yer..ketika ini my Inas tinggal jap ngan atuk n tukma nya...:). Kasi chance ibu dan ayah berdua...terima kasih yer Inas.


For 7yrs married....saya doakan agar kebahagian kami ini berpanjangan hingga ke akhir hayat. Semoga kasih dan sayang kami tetap utuh bersama....demi Inas...demi keluarga kita. Terima kasih abang atas segala tanggungjawab dan pengorbanan yang telah dicurahkan kepada saya...kepada buah cinta kita.....Semoga Allah mmeberkati ehidupan kkta sekeluarga...aminn.
Related Posts with Thumbnails