Tuesday, April 12, 2011

MAID sudah sampai....

Finally...setelah sekian lama penuh sabar menanti, yang ditunggu sudah ada didepan mata. Bila saja mendapat khabar drpd K.LH yg bibik saya nantikan sudah tiba...rasa lega muncul dan tipulah kalo nak kata rs neves tu x ada..huhuhuhh! Apsal lak neves?...

Mungkin neves sbb perlu ada 'stranger' dlm umah kami. Nk paham lagi, sebetulnya bila dah ada org luar duk skali dlm umah...kami tak boleh bergerak 'sebebas' seperti biasalah kan...itu yang sebenarnya mmg x dpt nak lari ketidakselesaan mcm tu bila kita ada maid kan?...

TAPI....
itu cuma ketidakselesaan kecil yg kami harus letakkan ditepi shj...berbanding dgn banyak mudahnya keja2 umah saya dengan bantuan maid ini (besar harapan). Bukan bermakna saya tdk betah membuat keja umah, tapi niat asal ialah krn tdk mahu kurangkan perhatian terhadap dua anakanda saya yg msh kecil itu. Insyallah, saya akan tumpukan sepenuh perhatian kpd si kakak dan si adik setelah saya boleh 'lepaskan' urusan keja umah kepada maid ini. Opss!...urusan memasak msh lagi akan dikuasai oleh saya......Insyallah!...

Urusan masuk maid ini kami serahkan bulat2 kepada kenalan yg saya panggil "Kak LH" setelah diperkenalkan oleh mummy (ibu angkat saya). Kami hy sediakan wang yg secukupnya sekitar RM5k++ (msh lagi dianggap murah berbanding dgn melalui agen), dan segalanya diuruskan oleh K.LH. Alhamdulillah, setelah hampir 4 bulan menanti...akhirnya maid yg ditunggu ini sudah berada di depan mata. Orangnya kecik rendah sajer....moga cekap dan cergas membuat kerja...:)

So, untuk sebulan yg pertama ini, pasti perlu ada 'indoor training' utk maid ini. Saya perlu pastikan modul training ini benar2 berkesan supaya urusan keja yg dilakukan oleh maid ini berjalan dgn lancarr...chewahh!!...(  serius je bunyinya...huhuh!)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails