Syukur kepada Yang Maha Berkuasa sbb kurniakan saya seorang pendamping hidup yang boleh bertolak ansur serba serbi dlm menguruskan keluarga. Walaupun pdnya mula, saya rasakan seperti ada halangan besar tuk sama2 berganding bahu menguruskan hal ehwal keluarga....tapi alhamdulillah berkat kesabaran dan komunikasi yang betul akhirnya hasil yang dinginkan tercapai..walaupun tidaklah perfect 100% kan?...
Kalau nk dibandingkan dengan perkongsian citer dgn teman perihal suami ringan tulang, rasanya En Hb msh berada di kelompok teratas. Terima kasih yangg...kerna memahami keperluan urusan dalam keluarga kita. Salah satu rahmat yang kami pelajari ialah dengan dikurniakan our precious - a give from above. Walaupun dimata orang, nampak kepayahan sgt bila ada anak istimewa mcm ni..tapi apa yg kami rasa..segala pahit manisnya sebenarnya byk tersirat keistimewaan.....salah satunya keperluan suami dan isteri akan lebit terkat dengan tanggungjawab yang diamanahkan ini...saling perlu memerlukan antasa satu sama lain...aminnn, semoga nikmat begini berterusan....
Untuk segala bantuan....uruskan pakaian kotor tuk dibasuh, dijemur....memvakum seisi ruang umah dan mengemop....menyental bilik air....mengemaskan mini garden jgn sampai bersemak....menguruskan our precious - memberi makan, memandikan..menidurkan....dan menyempurnakan hajat untuk mahukan itu..mahukan ini...adalah segala mcm bantuan terbesar yang diberikan kepada saya..Terima Kasih yangg....we love u so muchhh!...
Suami dan isteri adalah pelengkap hidup antara satu sama lain. Jangan sesekali nk mengharapkan kesempurnaan sahaja tetapi sebaiknya mestilah menerima seadanya pasangan kelebihan dan kelemahan pasangan kita tu.
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...