Friday, February 19, 2010

Walimatul Urus - sebelum....

Kejap je rasanya masa bergerak....minggu depan dah nk pi bertandang htr B2B my adik bernikah di Rembau, pastu giliran belah kami pulak berkenduri kawin....
Mmg byk menda yg nk kena uruskan..manyak menda yg hv to settlekan....dan seharusnya juga, manyak kos yg perlu dikeluarkan. Agaknya boleh juga mencecah kos near 25k budget yg perlu disediakan oleh seorang lelaki untuk mengahwini seorg perempuan itu.
Perlukah?
Matlamat kawin sekali seumur hidup. My prinsip pun mmg setuju la....dan kalau boleh mesti kita nak kan majlis kita tu sempurna dan yg paling penting berjalan dgn lancar. Dan saya juga percaya, untuk menjayakan sesuatu majlis dgn jayanya....mesti perlu sejumlah budget yg secukup...ya secukupnya....tetapi biarlah jgn nampak seperti satu pembaziran pula...(membazir itu sifat syaitan...)
Semput juga saya tgk budget yg my adik punya majlis ni. Mmg x leh nk komen apa sangat...sbbnya mmg betul ada perkara yg perlukan budget yg sebegitu. Saya sendiri belum membuka mulut tuk berani niat nk sponsor apa2...ketika ini pun kami mmg tgh mencatu2 budget since ulang alik KL-KTN for treatment my Inas....bukannya berkira, tetapi perlu juga hati2 dan beringat ttg beberapa perkara...(perkara apa erkk?...hehehhe)
Bila bertemu jodoh dgn org jauh...jauh yg bermaksud perlu menempah hotel tuk bermalam, mmg sah2 la kena kuarkan sejumlah budget yg sepatutnya utk kaum keluarga yg menjayakan majlis tersebut. Kalo mcm buat derkk jer...rsnya tak sesuai lah kan?.....
Insyallah, walaupun saya x dpt nk spend to much abt $$ bg menjayakan majlis itu, saya akan pinjamkan tenaga saya tuk siapkan apa2 yg patut bg menjayakan majlis itu....duit ringgit bukanlah penyebab utama sesuatu majlis itu berjln dgn lancar.....
Betul tak?.....:)

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails