Tuesday, September 25, 2012

Kisah Open House

Penghujung Syawal, masih ada menerima jemputan Jamuan Rumah Terbuka. Alhamdulilah, kami cuba memenuhi jemputan itu...

1. Jiran sebelah rumah ~ Kak Imah dan Abg Najib
    Saya mmg suka sangat ngan menu Mee Sup Tulang yang mmg kebiasaannya dijamu oleh jiran kami ini.   Air tangan sup nya itu mmg buat saya angau lah jap...hehehe (saya mmg peminat aneka sup yang tegar yer..). biasanya saya dan En HB pergi bertandang berdua ajer, x bawaklah anak-anak sbb sebelah rumah je kan....hehehe

2. Kawan opis - Fatihah
    Rumah kat area Indera Mahkota, x jauh pun dari opis kami. So sbb 1st time nak bertandang ke umah dia ni mmg excitedlah....pulak tu jemputan tengahari. Kami semua pergi tapi anak2 tinggal kat dalam kereta ngan maid, kami gilir2 makan. Bukannya apa, nnt kalau anak-anak turun juga mmg nak cepat jadi lambat pulak lah kan...lagi pun kesian kat Inas nanti, ramai mata2 yang sibuk duk tengok dia dan as always tanya mcm2 soalan yang patut dan ada juga yang tak patut......(-_-)

Menu mmg terbaik...hasil air tangan kawan saya sendiri ni, menu nasi putih dan lauk pauk orang kampung. Alhamdulillah, kenyang perut suka hati....

3. PDK Inas
Ini lebih kepada konsep potluck juga. Dah lupa apa menu yang saya berikan...hehehe (ni citer dah lapuk br nak post). Ramai juga jemputan terdiri daripada ibu bapa anak2 PDK kat sini dan juga tetamu yang ada deal nganPDK ini. Bagus juga untuk lebih kenal dan eratkan silaturrahim...

4. Ex-Ofismate ~ Hanisah
Ini kali kedua datang umah dia Kali pertama masa tgk bb ke 3 dia hari tu. Design rumahnya cantik, lain dari yang lain. Jemputan terdiri daripada kwn2 dia yang juga kwn2 saya serta kwn2 suaminya juga. Menu ringkas ajer tapi tetap sedap kan....kali ni bawak my kids, mmg x duk diamlah saya...lebih2 lagi Iman kesana sini, dan Kak Inas yg mmg sentiasa kena pegang ajer lah......

Terima kasih semua atas jemputan kalian. Semoga Tuhan murahkan rezeki kalian berpanjangan....aminn..

Jauh disudut hati, kami juga teringin nak buat open house ajak kawan2 dan ahli keluarga sedara mara datang bertandang ke teratak kami, tapi nampa gayanya keadaan tidak mengizinkan.....(Kalau tak silap, last sekali kami penah buat ialah 5 tahun yang lepas....) Insyallah, kami tetap pegang niat tu, kerana kami percaya setiap tetamu yang datang ke rumah kita dan diraikan ada membawa rahmat aminn....

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini...

Related Posts with Thumbnails